Showing posts with label Bengkel Berkaitan Skrip Drama TV. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Berkaitan Skrip Drama TV. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Bengkel Skrip Drama : 7 Oktober 2012


Pemudahcara : Maizura Mohd Ederis
Tarikh: 7 Oktober (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa @ International Youth Centre, Cheras (IYC),KL
Masa : 9 pagi - 4.30 petang
Yuran : RM 150.00
Bil Peserta : 10 - 15 orang sahaja.

Profil ringkas pemudahcara :
Seorang penulis skrip drama yang prolifik berkarya. Drama yang sudah seperti Nur Kasih, Datin Wannabe, Tudung Ekspres (Astro), Nora Elena (Tv3), BFF...Teman Tapi Mesra (Tv3), Aishiteru (tv9), Cut Amirah (Singapura) dan sebagainya. Yang masih disiarkan : Andai KuTahu (Tv9)

Sila emel di astakavilla@yahoo.com untuk mendapatkan (boleh pilih) sama ada akaun Maybank @ CIMB untuk bayaran. Hanya mereka yang membuat bayaran sahaja dikira sah penyertaannya. Sila sertakan nama, Alamat, No.IC dan No hf. Tempat adalah terhad. Siapa cepat, dia punya.

Peta Ke IYC


Sila klik peta untuk besarkan saiz

Read more...

Sunday, December 18, 2011

Bengkel Skrip Drama Gaya Ezad 17-18 Dis 2011

Para peserta bergambar dengan Sifu Ezad

Syukur alhamdulillah, sebagai penganjur AVA merasa bersyukur sangat kerana bengkel selama dua hari ini berjalan dengan lancar hingga ke akhir. Bengkel ini sudah dirancang seawalnya dan mendapat sambutan yang menggalakan, hinggalah ke minggu terakhir masih ramai yang mahu mendaftar. Akan tetapi AVA terpaksa menghadkan penyertaan untuk menjaga kualiti dan fokus di dalam bengkel.

Sifu Ezad yang santai

Sesi membentangkan idea / sinopsis masing-masing

Selama dua hari, Sifu Ezad mengongsikan idea, pengalaman serta mencurahkan sepenuhnya ilmu yang ada padanya kepada peserta yang hadir. Respons dari peserta amatlah menggalakan. Kebanyakannya berpuashati dengan apa yang diperolehi dari bengkel ini. AVA sebagai penganjur merasa senang sekali dengan komentar dari para peserta. Hasrat kecil AVA dalam membantu menghasilkan penulis skrip drama dikira tercapai. Tidak cukup dengan itu, AVA menubuhkan grup tertutup kelas Sifu Ezad bagi memastikan para peserta dapat berhubung terus dengan Sifu Ezad. Dengan ini, dapatlah mereka mempelajari, bertanya atau mendapatkan sebarang maklumat secara terus dari Sifu Ezad yang memang berhasrat untuk mencari protege bagi syarikat Radius One.

Selain itu, tayangan drama yang dihasilkan oleh beliau juga dipaparkan, bagi mempastikan penerangan beliau dapat difahami dengan baik. Nota yang diberikan sebagai panduan, diulas sejajar dengan tayangan drama yang dihasilkan dari olahan dan penulisan skrip beliau. Sifu Ezad juga selain itu, berpuashati dengan bengkel yang diadakan, serta berhasrat sebenarnya untuk mengadakan lima hari bengkel sekiranya diizinkan.

Disamping itu, klinik Skrip Drama Ezad juga akan diadakan. Ini bagi memastikan para peserta yang hadir ke bengkel ini menghasilkan skrip drama supaya ilmu yang dipelajari tidak hilang begitu sahaja. Sesi itu kelak menyaksikan peserta sudah punya skrip dan sebagainya.

Sebelum balik

Akhirnya, AVA mengucapkan terima kasih kepada Sifu Ezad dan para peserta yang hadir. Juga kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. AVA tiada hasrat lain, selain membantu untuk memeriahkan lagi industri penulisan, tidak kira dari genre apa sekalipun. Akan datang, tiga klinik akan diadakan, Insya-Allah.

Iklan sebelum ini. Klik sini.
Akan datang : Klinik Skrip Ezad

Read more...

Sunday, September 11, 2011

Bengkel Penulisan Skrip Drama Gaya Ezad : 17 - 18 Dis 2011



Tempat : IYC (International Youth Centre) @ Pusat Belia Antarabangsa Cheras Tarikh : 17 & 18 Disember (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9 pagi - 4.30 petang

Peserta : Terhad untuk 15 - 20 orang peserta
Yuran : RM 300.00 sahaja

Booking Fees : RM 150.00


"Pencarian bakat-bakat baru ... saya mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan sekiranya mereka benar-benar berminat dan mahu menjadi penulis skrip drama yang berjaya. Disamping itu, Radius One juga memerlukan penulis skrip baru yang berbakat. Adakah anda orang yang saya cari itu?" - Shahrul Ezad.

Prebiu bengkel : Sdr Shahrul Ezad akan mengongsikan 15 tahun pengalamannya menulis skrip drama tv dan berkaitan dengan penyiaran tanah air. Selain itu, prebiu (sesi mengenal) akan dijalankan. Tidak cukup dengan itu, Sdr Shahrul Ezad juga akan melatih dan cuba mencungkil bakat-bakat baharu yang dicarinya selama ini; melalui sesi praktikal (penulisan) yang akan dijalankan.

- Makan, minum akan disediakan (pagi dan tengahari).
- Ada kemudahan surau untuk bersolat.
- Pakaian bebas.
- Sijil akan disediakan.
- Peta ke IYC - klik sini.

Read more...

Monday, January 24, 2011

Bengkel Asas Skrip Drama - 22 Mei 2011


Pembimbing : Maizurah Mohd Ederis (salah seorang penulis skrip drama popular Nur Kasih)
Tarikh : 22 Mei (Ahad)
Tempat :PKG Hulu Kelang - sila klik sini
Masa : 9 pg - 5 ptg
Yuran : RM 150.00 (daftar dan terus bayar sebagai mengesahkan kehadiran)

(a) Sijil, nota disediakan.
(b) Makan minum pagi dan tengahari disediakan.
(c) Kemudahan
surau.
(d) Perserta hanya 15 orang sahaja.

Tentatif Bengkel :

9 pg - 10.30 pg
Dokumentasi Yang Perlu Disediakan oleh Penulis Skrip

10.30 pg - 11.00
Rehat

11.00 pg - 12.45 tgh
Mengenali Pasaran & Pasukan Kerja

12.45 tgh - 1.45 ptg
Makan Tengahari dan Solat

1.45 ptg - 4.00 ptg
Pembelajaran Melalui Visual
(Tayangan Beberapa Segmen Drama)

4.00-5.00 ptg
Soal-jawab, Bersurai

Read more...

Sunday, January 23, 2011

Santai Bersama Ezad - Rock n Roll Bro! - 23.1.11

"Saya amat menghargai watak-watak dalam penulisan skrip saya," ujar sdr Shahrul Ezad bersungguh-sungguh. Ia adalah suatu penyataan yang menggambarkan bahawa pembimbing sangat-sangat menghargai setiap watak yang dikarang dalam skrip agar dapat dijiwai dengan sepenuhnya. Itu adalah perkara yang dikongsikan oleh beliau, selain dari cebisan pengalaman selama 15 tahun dalam industri pembikinan drama tv. Sambil menceritakan secara serius, sesekali disulam dengan lawaknya yang bersahaja, menyebabkan kelas bergema dengan tawa.

AVA merasa bertuah kerana kehadiran beliau sebagai salah seorang pembimbing diharapkan dapat menyemarakan lagi dunia penulisan skrip drama. Antara lain, beliau juga menyentuh tentang perlunya ilmu yang perlu digali dan dilatih secara tekal agar dapat menghasilkan skrip yang baik. Sikap tekun dan tidak mengenal putus-asa itu jugalah yang membawa apa beliau pada hari ini. Kepada beliau apa yang penting adalah berkarya dengan seikhlas hati, agar dapat menimbulkan kesan/impak kepada penonton.

Ia bukan mudah untuk dilakukan, tetapi tidak pula mustahil, tambah beliau lagi. Bengkel di sebelah petang menyentuh perbincangan seputar tiga skrip yang dibekalkan kepada peserta. Bagi beliau, seni menulis skrip drama adalah suatu perkara yang bukan main-main, ia harus diladeni dengan sepenuh hati, sambil mengingatkan peserta bahawa penulis skrip perlu adanya sikap tanggungjawab terhadap masyarakat (obligasi sosial). Tambah beliau lagi, kemenangan adalah suatu bonus tapi bukan segala-galanya, apa yang penting adalah teruskan usaha untuk menghasilkan skrip yang baik.

Kegagalan lalu adalah apa yang beliau perolehi pada masakini. Ia menjadi guru yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang berminat dalam penulisan skrip drama agar terus berusaha memperbaiki kelemahan. Jangan sesekali jadikan kegagalan sebagai suatu batu penghalang untuk meraih kejayaan dalam apa yang diidamkan. Masa yang terluang hatta di meja makan sekalipun, para peserta dan pembimbing terus berbincang. Inilah adalah suatu yang positif dan merupakan amalan AVA pada setiap bengkel. Suasana mesra dan santai yang wujud antara peserta dan pembimbing adalah merupakan suatu 'jalan' untuk memudahkan rintangan dalam apa yang dicita-citakan, namun tetap perlu berusaha dengan iltizam yang tidak putus.

Bengkel terus berjalan sehingga jam 5.30 petang. Seterusnya beliau menekankan lagi agar peserta terus berlatih menulis bagi yang baharu. Sementara yang sudah berpengalaman agar terus memperbaiki skrip yang ada. Ucap semangat dan kata-kata azimat dilontarkan buat tangkal kepada peserta yang akan berpamitan.


Tetapi yang paling istimewa adalah AVA digesa agar menghantar senarai nama peserta agar dapat mereka dapat dihubungi oleh pihak Radius One secara eksklusif. Apa yang Radius One ingin bicarakan kepada peserta, itulah adalah rahsia bagi mereka yang menghadiri bengkel ini. Semoga bengkel ini dapat menyemarakan lagi dunia penulisan skrip drama tanah air. AVA hanya menjadi pemyumbang kecil ke arah itu.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang hadir. Kepada sdr Farid yang menjadi jurugambar, merakamkan setiap saat dan detik yang terlintas. Terima kasih AVA ucapkan kepada semua.

Bengkel Ezad yang lepas di sini.
Akan datang 30 Januari 2011 - bengkel asas fotografi, sila klik sini.
Gambar sepenuhnya di fb sdr Farid Jasni.

Read more...

Sunday, December 19, 2010

Bengkel Skrip Drama Finale Ke-2 : 30 Mac 2011



Keterangan :
Atas sambutan yang menggalakan dari perserta bengkel penulisan skrip drama, AVA membawa lagi satu bengkel penulisan skrip drama, kali ini finale ke-2 untuk memenuhi permintaan peserta.

Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad)
Tempat : IYC, Cheras
Perserta : 6-8 Orang sahaja
Syarat penyertaaan : WAJIB menghantar treatment terlebih dahulu kepada AVA sebelum atau pada 20 Mac 2011.

Yuran : RM 250.00 sahaja
(Kehadiran adalah dikira sah dengan pembayaran)
- Hanya 20% sahaja yuran akan dipulangkan sekiranya perserta membatalkan penyertaan.

Sesiapa yang berminat, sila hantar nama penuh, ic ke emel astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi sdr. Khar (019-2414928) atau sdr. Farid (012-2790474).

Bengkel Skrip Drama Yang Lepas :
1) Bengkel Penulisan Skrip Drama 1 - 10 Januari 2010
2) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 2- 25 April 2010
3) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 3 - 30 Mei 2010
4) Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip Drama : 1 - 27 Jun 2010
5) Bengkel Lanjutan Skrip Drama : 2 - 25 Julai 2010
6) Bengkel Adaptasi Novel - 8 Ogos 2010
7)
Bengkel Skrip Drama (Finale) : 12 Dis 2010

Read more...

Sunday, December 12, 2010

Final Countdown ... Bengkel Skrip Drama Finale - 12.12.10

Perserta dan pembimbing bengkel, Puan Maizura Mohd Ederis
(sila ke blog beliau untuk membaca pelbagai maklumat
dan perkembangan dunia penulisan skrip di sini)

Memang bukan mudah untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yang kita lakukan. Tidak ada jalan singkat yang membolehkan kita untuk berjaya dalam sekelip mata. Banyak halangan dan dugaan yang datang sama ada kita bersedia atau tidak. Begitu jugalah dengan bengkel finale ini. Hingga ke saat-saat akhir, ramai yang menarik diri atas alasan-alasan yang teresndiri. Namun ia tidak pula mematahkan semangat AVA untuk meneruskan bengkel ini. Hatta walau seorang pun perserta, Insya-Allah AVA akan cuba untuk meneruskan bengkel yang sudah diiklankan beberapa bulan sebelum ia berlangsung (entri iklan : 28 Julai 2010).

Poster iklan bengkel

If you can't get something done, just do it. If you don't do it the 'something' will never exist at all. - kata-kata di International Youth Center (IYC), Cheras

Tambahan pula, kali ini perserta DIWAJIBKAN untuk menyiapkan treatment agar dapat dibengkelkan. Ramai juga yang tidak dapat menyiapkan treatment kerana digeluti oleh komitmen dan tugasan seharian @ lain-lain hal. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, AVA hanya bertindak sebagai pemangkin, selebihnya atas kekuatan dan kemahuan para perserta.

Pun begitu, bengkel ini tidak sama sekali menghampakan para perserta yang hadir. Ini disebabkan 'buah' dan 'petua' yang tidak dikongsikan pada bengkel I dan 2, diperturunkan kepada perserta. Sekaligus, ia meletakkan sebelah kaki calon penulis skrip ke dalam dunia industri yang penuh dengan ranjau, onak dan duri. Treatment para perserta diperbincang, digarap, diasuh, diasah, diasak dengan hebat; ibarat emas bermutu yang dibakar sebelum dicanai menjadi sebuah skrip yang sedia untuk dipasarkan secara praktikal. Tetapi AVA percaya calon perserta yang ingin lebih 'buah kilas', 'elak' dan 'serang', terpaksalah mengadap pembimbing secara peribadi agar mendapat kepuasan yang dihajati.

Selain itu, bengkel finale ini juga adalah penutup pada siri pelbagai bengkel yang diadakan oleh AVA untuk tahun 2010. Namun, tahun 2011 menjanjikan bengkel yang lebih pelbagai dan menarik, dibawa khas untuk mereka yang sanggup menjadi 'pemburu' ilmu di gedung AVA. Ibarat AVA menyediakan padang buru, kepada mana-mana 'pemburu' yang dahagakan ilmu, dipersilakan untuk memburu buruan yang tidak ternilai harganya. Jauh lebih berharga dari emas permata, Insya-Allah.

Salam hormat daripada krew AVA dan pembimbing, semoga kita bersua kembali Insya-Allah pada 2011. Terima kasih juga kepada calon para perserta yang memberikan sambutan terhadap siri bengkel pelbagai yang diadakan oleh AVA. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk sejahtera dan bahagia dunia akhirat, amin.

Read more...

Monday, November 15, 2010

Bengkel Lanjutan Skrip Drama : 5 Mac 2011 (Sabtu)



Maklumat Bengkel :
Ia adalah merupakan bengkel kedua (lanjutan) dari bengkel skrip yang pertama. Perserta akan belajar cara untuk menghasilkan kertas konsep/skrip yang baik, komentar terhadap kertas konsep
, perkongsian idea dan lain-lain.

Pembimbing : Maizura Mohd Ederis
Tarikh : 5 Mac 2011 (sabtu)
Tempat : PKG Hulu Kelang, klik sini
Masa : 9 pagi - 5.00 petang.

Yuran : RM 200.00
Perserta : 6-8 orang sahaja
Makan minum - tidak disediakan

Diminta calon perserta menghantarkan kertas konsep telemovie kepada AVA selewat-lewatnya 31 Januari 2011.

* Contoh kertas konsep telemovie HANYA akan diberikan kepada calon perserta yang sudah membuat bayaran yuran bengkel.


Kepada yang berminat, sila baca :
a) cara daftar, klik sini
b) syarat menyertai bengkel, klik sini
c) tentang bayaran yuran bengkel, sila klik sini

Bengkel Skrip Drama Yang Lepas :
1) Bengkel Penulisan Skrip Drama 1 - 10 Januari 2010
2) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 2- 25 April 2010
3) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 3 - 30 Mei 2010
4) Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip Drama : 1 - 27 Jun 2010
5) Bengkel Lanjutan Skrip Drama : 2 - 25 Julai 2010
6) Bengkel Adaptasi Novel - 8 Ogos 2010
7) Bengkel Asas Skrip Drama - 7 Nov 2010

* Kepada mana-mana perserta yang pernah mengikuti bengkel asas skrip drama kendalian Maizura Mohd. Ederis, dijemput untuk menyertai bengkel ini untuk maklumat dan pengetahuan selanjutnya, insya-allah.

Read more...

Tuesday, November 9, 2010

Santai Bersama Ezad : 23 Januari 2011

Pengenalan

Perbincangan berakhir dengan keputusan. Alhamdulillah sdr Shahrul Ezad, produser syarikat Radius One dan juga seorang penulis skrip yang tidak asing lagi dalam industri penyiaran akan turun padang untuk mencari bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan melalui syarikat beliau.

Melalui AVA, bengkel sehari tersebut akan lebih membicarakan 'gaya penulisan Ezad', bagaimana pemikiran dan kreativiti beliau dalam menghasilkan skrip drama yang mengancam. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mendaftar dengan AVA dengan seberapa segera agar tidak terlepas peluang untuk mencuba nasib, manalah tahu terpilih untuk bekerja dengan Radius One.

Sila lihat senarai penuh produksi drama Radius One.

Maklumat Bengkel :
Menekankan gaya penulisan berkesan dalam menghasilkan skrip drama menurut pengalaman beliau. Selain itu mencari bakat-bakat sama ada baharu atau yang sudah mempunyai asas dan dirasakan berpotensi dari kaca mata beliau. Realiti dalam industri penyiaran. Skrip yang baik. Kehendak stesen penyiaran dan produser terhadap skrip. Dan pelbagai.

Tarikh :
23 Januari 2011

Masa :
9 pagi - 5 petang

Tempat :
IYC, Cheras, sila klik sini.

Yuran Bengkel :
RM 200.00

Peserta :
Hanya 15 - 20 orang sahaja

Bengkel Ezad untuk AVA sebelum ini. Sila klik sini.

Kepada yang berminat, sila baca :
a) cara daftar, klik sini
b) syarat menyertai bengkel, klik sini
c) tentang bayaran yuran bengkel, sila klik sini

Read more...

Monday, November 8, 2010

Bengkel Skrip Drama - 7 Nov 2010

Kenyataan bahawa penulis skrip berkurangan dalam pasaran adalah suatu peluang yang harus diambil bagi sesiapa yang berminat dalam penulisan skrip drama televisyen. Oleh itu, AVA tidak henti-henti mengadakan bengkel penulisan skrip drama, sebagai sumbangan kecil terhadap industri penyiaran tanah air. Meskipun bengkel yang diadakan tidak ramai, tapi AVA mementingkan kualiti dari kuantiti. Justeru, AVA hanya memperuntukan kekosongan dalam yang skala yang kecil.


Namun dari masa ke semasa, bengkel skrip drama akan diteruskan lagi pada tahun 2011 bagi membantu industri. Ada masa ramai, ada masa sedikit bilangan. Dan kedapatan pula calon perserta yang menarik diri di saat-saat akhir ataupun tidak memberikan sebarang respon terhadapan emel peringatan yang dihantar. Tetapi, itulah asam garam dalam mengadakan bengkel. Namun AVA bersyukur kerana sudah menerima perserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei. Diharapkan mana-mana peserta yang hadir ke bengkel AVA dapat memanjang-manjangkan lagi bengkel-bengkel yang disediakan oleh AVA kepada rakan-rakan lain.

Dan bengkel kali ini, alhamdulillah AVA menerima lapan orang perserta yang berminat. Meskipun begitu, bengkel yang dijalankan diharapkan dapat memuaskan hati peserta serta mendapat manfaat dari pembimbing yang sudah tidak asing lagi namanya. Sehubungan itu, bengkel skrip drama akan diteruskan lagi, kemungkin besar ada sedikit penambahan untuk penulis skrip pula; yakni bengkel untuk penulis skrip yang akan dikendalikan oleh sahabat AVA, sdr Sharul Ezad dari Radius One. Masa akan menentukannya.

Cuma AVA mengharapkan akan menerima lebih ramai peserta dari kalangan lelaki. Memandangkan peratusan bengkel sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum wanita. AVA tabik pada kaum wanita kerana rajin dan selalu menambah ilmu dalam bidang/bengkel yang diminati.

Read more...

Monday, October 18, 2010

Klinik AVA!

AKAN DATANG 2011 - DIBAWAKAN OLEH AVA UNTUKMU ...

Ini bukan bengkel, tapi klinik untuk mereka yang memerlukan khidmat nasihat dari doktor pakar penulisan kreatif tersohor tanah air.

Julung-julung kalinya rally empat genre penulisan
yang berbeza diadakan serentak!


Nantikan kemunculannya!

Rekomendasi :

Nisah Haron : Alhamdulillah, saya sokong konsep klinik ini dan semoga ramai yang segera sembuh daripada pelbagai 'penyakit' penulisan kreatif! FB AVA

Read more...

Thursday, August 5, 2010

Bengkel Asas Skrip Drama 4 : 7 Nov 2010


Pembimbing : Maizurah Mohd Ederis (salah seorang penulis skrip drama popular Nur Kasih)
Tarikh : 7 Nov 2010 (Ahad)
Tempat : IYC Cheras (peta ke IYC - sila klik sini)
Masa : 9 pg - 4 ptg
Yuran : RM 150.00 (daftar dan terus bayar sebagai mengesahkan kehadiran)

Bagi mereka yang berminat, sila emel nama penuh, kontek nombor, alamat rumah di astakavilla@yahooo.com atau astakavilla@gmail.com

(a) Sijil disediakan.
(b) Makan minum pagi dan tengahari disediakan.
(c) Kemudahan
surau.
(d) Perserta hanya 15 orang sahaja.

Tentatif Bengkel :

9 pg - 10.30 pg
Dokumentasi Yang Perlu Disediakan oleh Penulis Skrip

10.30 pg - 11.00
Rehat

11.00 pg - 12.45 tgh
Mengenali Pasaran & Pasukan Kerja

12.45 tgh - 1.45 ptg
Makan Tengahari dan Solat

1.45 ptg - 4.00 ptg
Pembelajaran Melalui Visual
(Tayangan Beberapa Segmen Drama)

* Yuran hanya dikembalikan sebanyak 20% sekiranya perserta membatalkan penyertaan, kecuali AVA yang membatalkan adalah sebaliknya.

Bengkel Skrip Drama Yang Lepas :
1) Bengkel Penulisan Skrip Drama 1 - 10 Januari 2010
2) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 2- 25 April 2010
3) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 3 - 30 Mei 2010
4) Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip Drama : 1 - 27 Jun 2010
5) Bengkel Lanjutan Skrip Drama : 2 - 25 Julai 2010
6) Bengkel Adaptasi Novel - 8 Ogos 2010

Bengkel berkaitan : Finale Skrip Drama

Peserta salah satu bengkel skrip drama AVA yang lepas.

Read more...

Wednesday, July 28, 2010

Bengkel Penulisan Skrip Drama : Finale - 12 Disember 2010 (Ahad)

Keterangan :
Atas sambutan yang menggalakan dari perserta bengkel penulisan skrip drama, AVA membawa lagi satu bengkel penulisan skrip drama, kali ini
finale sebagai menutup bengkel penulisan skrip drama AVA pada 2010.

Tarikh : 12 Disember 2010
Perserta : 6 Orang sahaja

Syarat penyertaaan : Menghantar treatment terlebih dahulu kepada AVA
Yuran : RM 200.00 sahaja
(Kehadiran adalah dikira sah dengan pembayaran dan akan disenaraikan di blog AVA)
- Hanya 20% sahaja yuran akan dipulangkan sekiranya perserta membatalkan penyertaan.

Sesiapa yang berminat, sila hantar nama penuh, ic ke emel astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi sdr. Khar (019-2414928) atau sdr. Farid (012-2790474).

Bengkel Skrip Drama Yang Lepas :
1) Bengkel Penulisan Skrip Drama 1 - 10 Januari 2010
2) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 2- 25 April 2010
3) Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 3 - 30 Mei 2010
4) Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip Drama : 1 - 27 Jun 2010
5) Bengkel Lanjutan Skrip Drama : 2 - 25 Julai 2010
6) Bengkel Adaptasi Novel - 8 Ogos 2010

Read more...

Sunday, July 25, 2010

Laporan Bengkel Lanjutan Skrip Drama : 25 Julai 2010

Bengkel lanjutan penulisan skrip : 2 ini adalah merupakan kesinambungan dari bengkel asas penulisan yang terdahulu. Kalau dahulu, perserta didedahkan dengan teknik untuk memasarkan skrip serta berkenalan dengan dunia penyiaran tanah air, kali ini arah dalam merealisasikan penulisan skrip semakin hampir.

Bengkel yang sememangnya memperuntukan jumlah perserta yang kecil ini dapat menajamkan lagi pemahaman dan daya ta'akul perserta dengan kehendak skrip itu sendiri. Selain itu, perserta dikehendaki untuk mempersembahkan cadangan idea untuk dibedah siasat secara langsung. Hasil dari slot ini dapat menambahbaikan lagi idea sama ada dari segi garapan plot, watak, lojik dan sebagainya. Disamping nota yang dibekalkan untuk perserta merujuk apa yang diajarkan dalam bilik, pembimbing merujuk pada banyak filem, drama bersiri, telemovie dan sebagainya. Ini bermakna, seseorang calon yang bakal menceburkan diri dalam bidang penulisan skrip harus peka dengan perkembangan industri penyiaran tanah air terutama filem dan drama sama ada di dalam atau luar negara.

Dengan kesabaran dan sikap murah hati pembimbing, Pn Maizurah Mohd Ederis, para perserta berjaya melepaskan idea yang terbuku dalam sesi idea pitch ini. Rakan-rakan perserta lain juga aktif mengambil bahagian dan mencadangkan dari pelbagai sudut dan aspek agar dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas.

Disamping itu, AVA yang berkonsepkan mesra pelanggan di antara pembimbing dan perserta, lazimnya akan meletakkan mereka di meja yang sama. Dengan ini, pelbagai persoalan dapat diajukan sewaktu makan, juga memberi bimbingan kepada perserta secara tidak langsung. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Walaupun hujan lebat turun pada sebelah petangnya, akhirnya kesemua perserta dapat mencurahkan idea masing-masing melalui sesi 'awalan treatment'.

Sesi ini pula, perserta mempersembahkan sedutan dari apa yang terfikir untuk dijadikan skrip dan diberi 'nafas' oleh pembimbing dan rakan-rakan perserta. Di akhir bengkel, AVA mengumumkan bahawa akan ada bengkel ketiga, melalui cadangan perserta untuk mengadakan bengkel yang lebih menjurus kepada skrip.

Syukurlah, pembimbing masuh sudi dan menerima cadangan perserta untuk mengadakan sesi bengkel ketiga. Kali ini pembimbing menyarankan dengan tegas bahawa teratment masing-masing harus siap dan dihantar seawal mungkin untuk semakan beliau. Dijangka akan diadakan pada bulan Disember kelak, Insya-Allah.

Sementara itu bengkel adaptasi novel ke skrip drama akan diadakan pada 8 Ogos 2010 (Ahad).
Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Senarai Perserta :

1. Khadijah Hashim
2. Wan Norliza Wan Ahmad
3. Nik Rashidah bt. Wan Hassan
4. Masterah Abdul Mutalib
5.
Adi Affandi b. Abd Talib

Sila klik pautan di bawah untuk melihat bengkel penulisan skrip yang lepas.

Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 1
Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 2
Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama 3

Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip Drama 1

Read more...

Sunday, June 27, 2010

Pencerahan di Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip Drama 27.6.2010


Ariyatna Adri - "Terima kasih Astaka Villa Aksara kerana menganjurkan Bengkel Lanjutan Penulisan Drama bersama Kak Maizura Ederis, banyak yang dipelajari hari ini..dan semakin banyak pula masih perlu dipelajari."

Semakin menyelam, semakin dalam dan tak terselam lautan ilmu. Itulah tanggapan AVA pada bengkel kali. Kali ini perserta dapat menghamparkan idea yang terpendam seorang demi seorang di hadapan pembimbing; pitching idea. Pembimbing seterusnya memberikan ulasan, komentar, cadangan dan penambahbaikan idea yang sudah dibentangkan. Bukan setakat itu, malah peserta lain turut melontarkan idea untuk memperbaiki dan mencantikan lagi idea asal para perserta.

Sesi berjalan lancar dan penyertaan dari perserta amat menggalakan hingga terlajak 1.30 petang. Tidak cukup dengan itu, perbincangan dilanjutkan di meja makan hingga hampir jam 2 petang. Seusai solat dan rehat, slot seterusnya memberi peluang sekali lagi untuk perserta menghasilkan treatment yang ringkas untuk dikongsi dan dibedah dengan teliti oleh pembimbing. Ini menyebabkan kelas bertambah gamat dengan idea para perserta yang mencurah, sesekali disulam oleh gelak tawa.

Tidak setakat itu, pembimbing meneruskan agendanya dengan menyentuh aspek pemgembangan plot, pembinaan watak, susunan plot dan treatment. Selain itu, agenda pembimbing untuk menubuhkan satu pasukan skrip drama insya-Allah akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Kesimpulannya, boleh dikatakan bengkel kali kedua ini menganjakan paradigma para perserta ke proses penjanaan skrip penuh. Meskipun masih terdapat pelbagai persoalan yang timbul, namun pencerahan dikatakan sudah berjaya. AVA mendoakan agar perserta bengkel dapat meneruskan niat dan hajat di hati agar berjaya menukil sebuah skrip yang penuh serta dapat dimajukan kepada pihak yang berkenaan, khususnya stesen televisyen tanah air. Tahniah dan terima kasih kepada para perserta dan pembimbing.

Senarai Perserta :

1. Mohd Nur Hakim Bahaman
2.
Syaz Syukor
3. Hanisah Othman
4. Ariyatna Adri
5. Rohaizad b. Kamarudin

* Bengkel lanjutan hanya mengambil perserta yang sedikit untuk membolehkan pembimbing memberikan tumpuan kepada perserta secara langsung.

Read more...

Wednesday, June 2, 2010

Laporan Bengkel Penulisan Skrip Drama 25 April 2010 Di Blog Pembimbing Bengkel

Bengkel Penulisan Skrip Drama TV anjuran ASTAKA VILA AKSARA [AVA] pada 25 April lalu berjaya menarik seramai 24 peserta. Kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berminat menyertai bidang penulisan skrip drama TV tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula.

sila baca selanjutnya di blog pembimbing bengkel Puan Maizurah.

Read more...

Sunday, May 30, 2010

Khabar Bengkel Penulisan Skrip Drama Ke-3 : 30 Mei 2010

Syukur Alhamdulillah. Walaupun pihak IYC menukarkan dari bilik Merak ke bilik Mawar di saat-saat akhir, namun majlis berjalan lancar sehinggalah jam 4.00 petang, dan disambung sedikit kerana masalah teknikal (masa kecederaan). "Story driven atau character driven?" Itulah adalah antara punch line yang menjadi kata-kata hikmat kepada para perserta.

Kali ini pemudahcara memberi penekanan dalam banyak aspek berbanding dengan bengkel yang pertama dahulu. Baik dari segi penyampaian format yang lebih tersusun, hinggalah ke stesen televisyen yang perlu difikirkan sebelum seseorang itu berminat untuk menghantar kertas konsepnya. Selain itu tips-tips juga diperturunkan untuk makluman perserta dalam pelbagai segi sama ada penulisan mahupun kaedah menghantar kertas konsep.

Seterusnya, pemudahcara menyentuh secara rinci tentang keperluan dalam penulisan skrip seusai menonton drama '10'. Tambahan pula perserta banyak bertanyakan soalan dan persoalan dalam penulisan skrip. Semoga para perserta akan terus berusaha untuk menghasilkan cerita yang menarik serta sabar dalam menghadapi kerenah dalam industri penulisan skrip drama yang penuh dengan ranjau dan liku-liku berduri.

Seperkara lagi, pemudahcara bersetuju untuk meneruskan bengkel lanjutan bagi mereka yang berminat pada masa akan datang. AVA akan sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sebaik mungkin.

Gambar-gambar boleh dilihat di FB AVA.
Tentatif bengkel, klik sini.
Entri bengkel penulisan skrip drama pertama oleh Puan Maizura (pemudahcara). Klik sini.

Senarai Perserta :

1. Norziati binti Mohd Rosman
2. Ezi Afiza binti Mohd Muzli
3. Dima Mazlina Abu Bakar
4. Shaslin bt. Mohamad Idris
5. Rohaizad b. Kamarudin
6. Ida Munira Abu Bakar
7. Haryati Abu Nasir
8. Sasya bt Zainal
9. Azura Mohd Halid
10. Farah Bani
11. Ahmad Fitri Che Musa
12. Wan Khunifa Uti
13. Nasirudin Norshidi
14. Marina Ghazali
15. Khadijah bt. Hashim
16. Nik Rashidah bt. Wan Hassan
17. Adi Affandi b. Abd Talib

Read more...

Friday, May 28, 2010

Makluman Harga Skrip Drama Oleh Dua Orang Penulis Skrip

Sebagai organisasi yang turut memainkan peranan kecilnya dalam pembelajaran penulisan skrip drama, AVA ingin berkongsi maklumat yang diambil dari blog dua orang penulis skrip drama. Tujuannya adalah gambaran atau perkembangan yang sedang berlaku dalam industri penulisan skrip drama sebagai rujukan awal.

"Rasanya bulan lepas, Alfie Palermo bertanya tentang harga skrip yang sepatutnya diperolehi. Beliau menyarankan para penulis mapan (establish) berkongsi harga masing-masing untuk rujukan penulis baru.. Harga skrip saya iaitu :" sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.
(diambil dari blog Puan Maizurah Mohd Ederis)

Di bawah pula adalah dari blog Cik/Puan Faznita :-

"Ada permintaan dari rakan sepenulis untuk para penulis skrip berkongsi harga belian skrip. Saya kongsi harga yang saya dibayar:-" sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Di atas adalah contoh blog yang boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk mengetahui perkembangan dunia penulisan skrip drama termutakhir. Disamping usaha mereka dalam merangka draf perjanjian antara penulis dan penerbit. Kita doakan agar usaha mereka akan terlaksana dalam memartabatkan penulis skrip drama dan televisyen. Terima kasih.

p/s : Ada penulis-penulis novel yang ingin berkongsi persen royalti/honorarium yang diperolehi serta bayaran daripada mana-mana penerbit, sama ada yang menerbitkan novel atau cerpen/sajak/artikel? Sila tinggalkan di kotak komen ini.

Read more...

Sunday, May 9, 2010

MAKLUMAN UNTUK PERSERTA BENGKEL LANJUTAN PENULISAN SKRIP DRAMA

Senarai calon perserta sudah mencukupi kuota, hanya menunggu pengesahan kehdiran sahaja. Kepada sesiapa yang berminat, sila daftar untuk sesi ke-2.

Sila klik sini.

Tarikh : 27 Jun 2010
Tempat : Bilik Merak, IYC, Cheras.
Masa : 9 pagi - 4 petang.

Diminta calon perserta menghantarkan kertas konsep kepada AVA selewat-lewatnya 6 Jun 2010.
Terima kasih.

Read more...

Monday, May 3, 2010

MAKLUMAN UNTUK PERSERTA BENGKEL LANJUTAN PENULISAN SKRIP DRAMA

Salam hormat.

Tuan/Puan
Kepada mereka yang sudah menghantar emel atau belum kepada AVA untuk bengkel lanjutan, adalah dipinta untuk menghantar konsep telemovie terlebih dahulu kepada ejenmanuskrip@yahoo.com.

Tarikh akan diumumkan di blog AVA dan melalui emel perserta bengkel lepas yang menghantar emel kepada kami untuk menyertai bengkel ini.

p/s : Makluman di atas adalah daripada Puan Maizurah.
Terima kasih.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP