Monday, May 18, 2009

Buku Hidup?

Saya menerima lewat emel dari ahli KEPEZI yang menyatakan sesuatu yang amat menarik dan saya ingin berkongsi dengan teman-teman sekalian.

Emelnya :

"Minggu lalu saya berkesempatan ke Malmo City Library atau dalam bahasa tempatannya, Stadbibliotek. Oleh sebab kita berkongsi minat yang sama -yakni buku- jadi saya fikir ingin berkongsi beberapa gambar dan cerita tentang sesuata hal yang memang sering kita ramahi.


Stadbibliotek dulunya adalah istana yang kemudiannya diubahsuai. Ruang & blok bangunannya telah ditambah - hasil rekaan arkitek dari Denmark; lalu menjadi librari. Salah satu ruangnya mempunyai dinding/tingkap petak2 kaca besar mengadap taman diseberang jalan dinamakan 'Kalendar Cahaya'. Dari sini perubahan setiap musim akan dapat dilihat -malahan dinikmati- sambil kita menelaah buku.


Ada satu hal yang menarik tentang librari ini. Di sini, ada satu konsep yang dikenali 'Living Books'. Kebiasaannya jika ke mana2 librari kita akan meminjam buku untuk dibawa pulang dan dibaca. Tetapi di Stadbibliotek ahli librari boleh meminjam orang tertentu untuk mengetahui tentang apa saja cerita darinya. Selama 45 minit di satu sudut, ahli librari boleh meminjam buku hidup ini dan boleh bertanya segalanya kepada orang yang dipinjam itu. 'Living Books' ini sebenarnya adalah warga Malmo yang jalan hidupnya tidak sama dengan kita.


Golongan homeless & tranversite adalah contoh 'Living Books' yang boleh dipinjam. Selama ini kita hanya membaca cerita dari buku, dan sekarang buku hidup itu pula sendiri yang bercerita. Konsep ini semakin popular di Eropah dan saya fikir ia amat menarik. 'Living Books' di Stadbibliotek hanya akan disambung semula menjelang September depan."


Artikel Oleh Serunai Faqir (Salinan dari emel beliau)


2 comments:

Jue May 19, 2009 at 6:19 AM  

wahhh...meanriknya library ni..kena letak dlm list ni...mana tahu ada rezeki boleh pergi...lg menarik leh pinjam orang utk bercerita!hahaha...

Khar,  May 19, 2009 at 5:25 PM  

Ya Jue, idea ini sangat menarik kalau dapat dipraktikkan di sini. Saya fikir ia lebih mempercepatkan proses kita untuk memahami sesuatu dan seseorang dan mudah kita faham dan menjiwai watak manusia. Sebenarnya untuk memahami diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP