Sunday, April 25, 2010

Laporan Ringkas Bengkel Penulisan Skrip Drama 25 April 2010

Gambar sepenuhnya, di FB AVA.

Komen salah seorang perserta, Syaz Syukor, "Bagus bengkel hari ini, berbanding dengan yang saya pergi dahulu. Terima kasih dan tahniah. Saya akan menyertai bengkel fasa ke-2, insya-Allah."

Kata Norafiza, "Best, best, best!"

Nisah Hj. Haron. "Bengkel Skrip hari ini mengukuhkan hujah saya sebelum ini bahawa penulis mesti ada sasaran menulis (di mana mahu diterbitkan karyanya)..."

Seusai bengkel kali ini, kami merasa lega amat. Entah sejak dua, tiga minggu sebelum ini, kami acap berbincang tentang perjalanan bengkel yang tidak terjangka sambutannya. Sewaktu iklannya disiarkan, hanya tiga penama sahaja yang menempah paling awal, ia kekal sehinggalah dua minggu terakhir sebelum bengkel. Sebagai penganjur, kerisauan cepat terpanah di hati, tapi ia berakhir dengan kelegaan apabila kotak senarai nama semakin memanjang sehingga terlebih perserta pula.

some text

Di sebalik kelemahan yang berlaku, kami bersyukur kerana ia berjalan lancar sehingga jam empat petang. Paling menyeronokan apbila dapat melihat betapa sesuatu bengkel itu bagaikan wadah sama ada berkenalan sesama penulis mahupun memperbaharui silaturrahim yang sekian lama jeda akibat saat dan ketika yang tidak mengizinkan.

Bengkel ini kali memperlihatkan sesuatu yang baru. Pengisian yang diberikan oleh Puan Maizura selaku pemudahcara bengkel amat menarik. Banyak perkara yang disentuh, paling mengesankan adalah berkaitan sasaran penulisan. Bagaimana menulis skrip drama yang sejajar dengan kehendak stesen televisyen yang mempunyai pelbagai ragam dan kehendak. Menurutnya lagi, 3 stesen televisyen di negara kita menanti akan bakat-bakat baru dan idea yang menyerlah, sesuai dengan aspirasi dan konsep muncul di arena penulisan skrip drama. Peluang dan ruang amat banyak, dan itulah yang diperkatakan oleh Puan Maizurah, antara lain.

Pun begitu, selain minat dalam penulisan skrip, topik pitch idea disentuh dengan panjang lebar. Ini bermakna, seseorang penulis skrip drama haruslah setidak-tidaknya mempunyai kebolehan untuk memperjelaskan kepada panel dalam masa 10 minit. Sekiranya berjaya meyakinkan panel penilai, skrip akan bertukar dalam bentuk visual tidak lama lagi. Jika gagal, maka terpaksalah skrip di bawa ke stesen televisyen yang lain untuk dicadangkan sinopsisnya.

Meskipun keadaan sedikit penuh, perserta dapat mengikuti bengkel dengan baik. Tambahan pula, kali ini tayangan babak - komentar dan soal jawab serta perbincangan diadakan secara terus selepas menontonnya. Akhirnya bengkel, Puan Maizurah menyatakan hasratnya untuk mengadakan beberapa siri bengkel yang lebih kecil, agar dapat membimbing perserta hinggalah terhasilnya sebuah skrip drama yang mampu dipasarkan.

Akan datang, bengkel yang serupa akan diadakan pada 30 Mei 2010 (Ahad). Kepada sesiapa yang berminat, sila daftar dan buat pembayaran terus agar tidak terlepas peluang keemasan untuk mengikuti bengkel yang menarik ini. Wuallahua'lam.

p/s : Perserta yang berminat untuk mengikuti bengkel AVA, hendaklah menghantar nama dan pendaftaran melalui emel kepada kami, bukan melalui pesanan ringkas. Nama penuh juga hendaklah diberikan, bukannya nama gelar, nama pena atau sebagainya. Terima kasih.

Senarai Perserta yang hadir :

1. Nisah Hj. Haron
2. Rosmawati Mohamad Rasit
3. Agus Purwa b. Ahmad
4. Syima Syawal
5. Syaz Syukor
6. Hanisah Othman
7. Wan Norliza
8. Noor Halilah
9. Faezah Shafawi
10. Maslina Ngadiman
11. Zurina Shafie
12. Saiful Anuar
13. Nurul Hammidi
14. Morlee Abu Bakar
15. Mukhsinun Mohyi
16. Che Aida Dollah
17. Zalisa Maz
18. Azhar Ahmad
19. Intan Mas Ayu bt. Mastimar
20. Noor Huwaina Idris
21. Mohd Nur Hakim Bahaman
22. Noor Afiza bt. Mohd. Asmi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP