Showing posts with label Bengkel Berkaitan Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Berkaitan Cerpen. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Makluman Perubahan Tarikh Klinik Cerpen

Dimaklumkan bahawa Klinik Cerpen kendalian Serunai Faqir akan diubah dari 12 Febuari 2012 (Ahad) ke 11 Febuari 2012 (Sabtu), selain dari itu butiran klinik masih sama. Kepada yang masih belum menghantar cerpen untuk dibedah, sila hantar dengan segera. Terima kasih.

Read more...

Monday, October 18, 2010

Klinik AVA!

AKAN DATANG 2011 - DIBAWAKAN OLEH AVA UNTUKMU ...

Ini bukan bengkel, tapi klinik untuk mereka yang memerlukan khidmat nasihat dari doktor pakar penulisan kreatif tersohor tanah air.

Julung-julung kalinya rally empat genre penulisan
yang berbeza diadakan serentak!


Nantikan kemunculannya!

Rekomendasi :

Nisah Haron : Alhamdulillah, saya sokong konsep klinik ini dan semoga ramai yang segera sembuh daripada pelbagai 'penyakit' penulisan kreatif! FB AVA

Read more...

Sunday, October 10, 2010

Seusai Bengkel Asas Cerpen 10.10.10

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengizinkan bengkel asas cerpen berjalan lancar, meski di saat-saat akhir Dr Mawar tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tertentu. Bengkel dibimbing oleh Serunai Faqir. Walaupun premisnya (Akademi Fatani) sedikit tersorok, namun semua dapat hadir, cuma akses untuk ke tempat ini sedikit mudah jika dibandingkan dengan IYC. Adanya LRT Setiawangsa sebagai landmark, memudahkan perserta untuk diambil dan menjadi panduan utama kepada perserta yang hadir.

Bengkel ini banyak menyentuh perihal asas dalam penggarapan karya cerpen, format, prosedur menghantar, proses kreatif, realiti dunia penulisan tanah air serta praktikal secara langsung. Ini membolehkan komentar terbuka dari para perserta kepada garapan yang dilakukan. Selain itu, maklumat berkenaan editor dan 'kabel-kabel AVA' juga diperkenalkan. Penyertaan dalam diskusi juga agak menggalakan.

Di pertengahan bengkel, kehadiran sdr Farid, sedikit sebanyak membantu urusan berkaitan bengkel serta menjadi jurugambar untuk rekod AVA. Seterusnya pembimbing menyentuh juga sedikit tentang dunia penerbitan dan realiti sebenar. Harapan AVA , semoga bengkel ini dapat membantu perserta dalam memulakan langkah untuk menggarap cerpen dan menghantar pada mana-mana majalah atau akhbar yang difikirkan sesuai.

Pembimbing juga berkongsi tips-tips dalam menghasilkan cerpen yang baik, cara mana untuk 'menangkap' editor dan khalayak serta banyak petua dan rahsia dalam penulisan yang dikongsi, termasuklah bagaimana untuk mengurangkan kadar klise dalam penulisan cerpen. Tahniah kepada perserta yang hadir. Semoga dengan ini, dapatlah berkarya dan menghasilkan cerpen yang diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi, insya-Allah. Terima kasih juga Akademi Fatani yang memberikan kerjasama sayang penuh.

Gambar sepenuhnya di sini.

Read more...

Monday, September 20, 2010

Bengkel Pencerahan Dalam Menggarap Cerpen

RINCI



Hari: Sabtu
Tarikh: 16 Oktober 2010
Tempat: FnD Mindspot TTDI
Tajuk: Pencerahan Dalam Menggarap Cerpen
Penceramah: Serunai Faqir (Pemenang Hadiah Sastera Cerpen Berunsur Islam DBP 2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, 2007, 2008, 2009 dan Hadiah Sastera Darul Ta’azim 2007 & 2009)



Nama Pena: Serunai Faqir | Biodata | my.Kapasitor
Tarikh: 16.10.2010
Masa: 9 pagi – 4 petang
Harga: RM80 seorang

Sila tulis perenggan pertama cerpen anda bagi sessi kritik cerpen di akhir bengkel ini nanti.

FUNGSI & OBJEKTIF BENGKEL

  • Menyentuh perihal formaliti dalam penulisan Cerpen.
  • Mendedahkan perserta pada teknik menulis Cerpen di ‘luar kotak’ kebiasaan.
  • Berkongsi maklumat dan pengalaman tentang dunia sebenar penulisan cerpen.

ATURCARA BENGKEL

9 – 10.30 pagii) Pengenalan pada Cerpen.
ii) Format-format berkaitan
dengan Cerpen
10.30 – 11 pagiRehat
11 – 1 petangi) Proses Kreatif
ii) Klimaks dalam Cerpen
1 – 2 petangRehat
2 – 4 petangSessi kritik

Sila hubungi :

Read more...

Thursday, July 1, 2010

Bengkel Asas Cerpen Bersama Serunai Faqir 10 Oktober 2010 (Ahad)




Pembimbing : Serunai Faqir

Tarikh : 10 Oktober 2010 (Ahad)

Tempat : Akademi Fatani, Setiawangsa
Keramat Permai, KL.

Waktu : 9 pagi - 4.30 petang


Yuran : RM 100.00 (akaun diberikan kepada mereka yang mendaftar - sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com. Pendaftaran adalah dikira sah dengan pembayaran yang dibuat.)
Jumlah Perserta : 15 orang sahaja

Makan & Minum disediakan
Sijil disediakan
Kemudahan surau, ATM Maybank

Tentatif Program :

9 pagi - 10.30 pagi
Realiti Menjadi Penulis

10.30 pagi - 11.00 pagi
Minum Pagi

11.00 pagi - 1 ptg
Proses Kreatif

1 ptg - 2 ptg
Makan Tengahari, Solat

2 ptg - 4 ptg
Sesi Menulis, Bersurai


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Khar : 019-2414928; atau Farid : 012-2790474

Bengkel Penulisan Cerpen Yang Lepas :

1) Bengkel Penulisan Cerpen - 18 Oktober 2009
2)
Bengkel Asas Pengkaryaan Cerpen - 11 April 2010

Read more...

Sunday, April 11, 2010

Bengkel Asas Pengkaryaan Cerpen 11 April 2010



Kredit : Gambar diambil dari FB Mat Min

Alhamdulillah, bengkel yang berlangsung semalam berjalan lancar hingga ke akhir. Meskipun jam empat petang sudah tamat, namun sesi diteruskan hingga ke 4.30 petang. Mujur jugalah tidak dikenakan bayaran tambahan oleh pengurusan IYC. Sesi yang bermula dengan penerangan paling asas dalam penggarapan cerpen oleh Puan Nisah menarik minat perserta. Meskipun sudah ada perserta yang cerpennya biasa terbit di akhbar arus perdana, namun dia dapat memanfaatkan lagi ilmu yang didapati dari bengkel tersebut.

Perjalanan bengkel menjadi perlahan sedikit apabila menjelang selepas makan, namun ia tidak lama. Sesi petang, Pn Nisah mengadakan praktikal terhadap pembelajaran yang dilakukan pada sesi sebelum rehat tengahari. Disulam pula dengan gelak tawa daripada beberapa perserta yang nakal, bengkel menjadi hidup. Suasana kembali ceria hingga ke akhir.

Gambar-gambar dapat dilihat di FB AVA.

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Makluman Tentang Bengkel Skrip Drama Dan Cerpen

Bengkel Skrip Drama 25 April - Bersama Maizurah Ederis - salah seorang pembikin skrip Nur Kasih. Cepat daftar, sila ke blog untuk keterangan lanjut. Pat, pat siku lipat, siapa secapt dia dapat!

Bengkel Asas Pengkaryaan Cerpen pada 11 April 2010 - Dibuka kepada semua yang daftar dan terus membuat pembayaran. Kepada mereka yang sudah menempah tapi belum membuat pembayaran, sila lakukan dengan cepat atau nama anda akan digantikan dengan mereka yang mendaftar dan terus membayar. Terima kasih.


Read more...

Friday, January 8, 2010

Bengkel Asas Pengkaryaan Cerpen 11 April 2010

Salam hormat, disebabkan sambutan bengkel penulisan yang diadakan, AVA berhasrat mengadakan bengkel asas penulisan cerpen pada tarikh di atas. Kali ini ia lebih menjurus pada asas, format dan segala yang paling asas dalam pembikinan cerpen. Tidak perlu menghantar sebarang cerpen untuk dibedah, hanya datang, duduk, dengar dan bertanya sekiranya terdapat sebarang kemusykilan. Kepada ahli AVA khususnya, sila ambil peluang ini untuk menambah lagi ilmu, dan peminat cerpen amnya. Terima kasih.

Untuk mendaftar, sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com - nama penuh, nombor untuk dihubungi. Bagi ahli AVA, sila emel kami dengan mengatakan bahawa anda berminat untuk mengikuti bengkel ini.

Pembimbing : Puan Nisah Hj Haron.
Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Tempat : IYC, Cheras (Pusat Belia Antarabangsa, berhampiran dengan HUKM; peta ke IYC : sila klik sini)
Masa : 9.00 pagi - 5 petang
Bayaran : RM 50.00 sahaja
Makan dan minum tidak disediakan.

Peraturan membayar yuran pendaftaran - sila klik sini.

Read more...

Tuesday, October 27, 2009

Hantarkanlah Cerpen Yang Sudah Dibengkelkan

AVA mahu perserta bengkel penulisan cerpen yang diadakan baru-baru ini agar memperbaiki dan menghantar cerpen ke akhbar/majalah yang sesuai seperti yang dicadangkan oleh Pn. Nisah Hj.Haron.

Read more...

Sunday, October 18, 2009

Laporan Bengkel Penulisan Cerpen AVA- 18 Oktober 2009





















Alhamdulillah, itulah perkataan yang terbit dari dalam hati setelah hampir seharian menjadi pengelola bengkel yang julung-julung kalinya diadakan oleh AVA. Meskipun agak sederhana, namun saya yakin perserta sedikit sebanyak dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari bengkel ini.

Tambahan pula bengkel ini dibimbing oleh pemudahcara yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan, Puan Nisah Hj. Haron. Diserikan pula dengan Tuan Rozlan MN yang mewakili penerbitan Tintarona Publications. Dan tentunya, kehadiran ahli AVA sekaligus menjayakan bengkel ini dengan izin Allah. Tentunya bengkel yang pertama ini banyak kelemahan dan kekurangan, sama ada ketara atau tidak. Insya-Allah, AVA akan cuba memperbaiki lagi kelemahan ini pada masa akan datang.

Sebagai pengelola, AVA juga banyak belajar dari perserta dan suasana sepanjang bengkel ini berlangsung. Ya, menganjurkan bengkel ini secara perseorangan amat meletaikan, namun AVA amat berpuashati secara keseluruhannya, baik dari segi penyertaan, respons di dalam bengkel serta pemudahcara yang amat bermurah hati mengongsikan ilmunya dari jam 8 pagi santak ke 4 petang. Wakil dari Tintarona pula dapat menambahfahamkan lagi perserta secara ringkas tentang dunia penerbitan.

Semoga Allah memberkati bengkel tersebut dan memberikan kekuatan kepada AVA untun menganjurkan lagi bengkel yang dapat memberikan manfaat kepada semua golongan, sama ada yang baru belajar menulis mahupun yang karyanya berada di pasaran. Alhamdulillah.

Lagi berita di blog :
Celik Huruf
Fadxiora Hiwatari
Farah Husain
Ilmar Imia
Juliaesqa
Neddo
Abang Bro

Read more...

Tuesday, October 13, 2009

Pra Bengkel Penulisan Cerpen - Biodata Pemudahcara


Berikut adalah sambungan ke blog biodata pemudahcara bengkel yang akan diadakan pada 18 Oktober (Ahad) ini. Sila klik di sini - Biodata Puan Nisah Hj Haron.

Sumber gambar - dari blog Biodata Puan Nisah Hj Haron


Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Komen Pra-Bengkel

Salam pra bengkel kepada rakan ahli AVA.

Saya mengamati semua cerpen sekali lalu dan masih terdapat banyak kesilapan terutama dari segi format. Hanya satu, dua cerpen sahaja yang menepati format yang dicadangkan oleh AVA dalam entri sebelum ini. Saya tidak ada apa-apa komen lanjut melainkan sama-sama kita nantikan bengkel nanti.

Kepada peserta bengkel, sila muat turun semua cerpen peserta bengkel yang diemel. Cetak sendiri dan bawanya semasa bengkel nanti. Baca terlebih dahulu di rumah / asrama. Cerpen yang menepati format : -

1) Mentari Merah Di Ufuk Timur - Ahadanahad (Abang Bro)
2) Khilaf Diriku - Farah Husain
3) Rajuknya Emak - Fadhilah Maarif

Isu penceritaan cerpen, saya biarkan Puan Nisah Hj Haron yang akan membedahnya kelak. Selamat berbengkel. Moga mendapat manfaat dari majlis yang tidak seberapa ini.

Read more...

Wednesday, September 30, 2009

Perhatian - Satu Lagi Kekosongan Untuk Bengkel Cerpen

Saya dimaklumkan oleh Dewi Biru bahawa beliau tidak dapat hadir kerana tarikh bengkel yang diadakan sama dengan tarikh peperiksaan akhirnya. Kepada mana-mana ahli AVA atau bukan yang berminat untuk menyertai, sila hubungi ejenmanuskrip@yahoo.com dengan segera. Sila klik di sini untuk keterangan rinci.

Read more...

Tuesday, September 29, 2009

Perkembangan Bengkel Penulisan Cerpen

Pertama - Alhamdulillah, dalam hujan dingin pagi tadi saya ke Pusat Belia Antarabangsa semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Insya-Allah kalau tiada apa-apa aral melintang kita akan berjumpa pada 18 Oktober kelak. Setakat hari ini masih ada dua peserta yang belum menghantar cerpennya. Saya tidak pasti sama ada mereka masih berminat untuk menyertai bengkel ini atau tidak. Tapi tidak mengapa, esok hari terkahir untuk menghantar cerpen.

Kedua - Alhamdulillah sekali lagi, AVA menerima panggilan dari seorang penulis yang mahukan manuskrip novelnya diedit oleh AVA. Selain itu kami juga berbincang berkenaan fungsi AVA buat masa kini. Saya katakan AVA lebih kepada menolong rakan-rakan untuk menghantar manuskrip mereka agar tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya penulis tersebut mengatakan dia akan membayar harga suntingan yang akan dilakukan kelak. Ya, pertama kali saya mendapat panggilan yang mahukan AVA berfungsi dengan fungsi sebenarnya dan tentunya dia sanggup membayar dengan harga yang berpatutan. Saya katakan kepadanya tidak semua penulis yang berupaya untuk melakukan apa yang dilakukannya, dan saya tidak mahu memaksa sesiapa untuk melakukan sepertinya.

Tapi seandainya semua penulis mampu, saya akan menghambakan diri saya dalam bidang suntingan ini sepenuhnya tanpa perlu ke pejabat lagi. Bolehlah saya 'membedah' manuskrip tersebut untuk mencantikkan lagi perjalanan novel itu di rumah sahaja. Persoalannya, mahukah/mampukah penulis kita membayar untuk harga suntingan, pembedahan dan cadangan yang akan dilakukan? Saya katakan kepada rakan penulis, saya terbuka. Lagipun AVa mempunyai rakan editor yang ramai untuk melakukan tugas tersebut andainya banyak tempahan untuk suntingan.

Ketiga - Kepada ahli AVA yang buku atau novelnya telah diterbitkan, sila bawa beberapa naskhah untuk dipamer dan dijual semasa bengkel tersebut. Saya telah menempah meja khas untuk meletakkan buku-buku tersebut. Caranya mudah - hubungi penerbit anda. Katakan anda mahukan 10 naskhah atau mungkin lebih untuk dibawa ke bengkel tersebut. Jadi, maklumkan kepada penerbit anda juga agar kalau tidak keberatan dapatlah dihantar naskhah tersebut secepat mungkin untuk dibawa ke bengkel.

Sumber gambar Puan Nisah Hj Haron : Flickr Firdaus Arif

Read more...

Thursday, July 9, 2009

Pengumuman - Bengkel Penulisan Cerpen 2009 (Terbuka Untuk Semua)

Bengkel Penulisan Cerpen akan diadakan : (Terbuka Kepada 15 orang sahaja!) - Sila daftar tempat dengan segera berserta nama, alamat dan nombor selfon ke ejenmanuskrip@yahoo.com. (Untuk ahli hanya perlu daftar nama sahaja).

Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa
(Peta), Cheras, KL.
Jam : 9 pagi - 4 petang
Pengendali Bengkel : Puan Nisah Haji Haron

Syarat-syarat Penyertaan :

1) Menghantar softcopy cerpen : -
a) 8 - 12 muka surat
b) Langkau dua (double spacing - *Selepas ini perkataan double spacing tidak akan digunakan lagi, sila ambil ingatan.)
c) Times New Roman, saiz huruf - 12
Sila emel ke ejenmanuskrip@yahoo.com, selewat-lewatnya 1 Oktober 2009 (untuk dikompilasi)

2) Yuran Penyertaan : -
a) Ahli - RM 100.00
b) Bukan Ahli - RM 150.00
Bayaran hendaklah dibuat semasa pendaftaran bengkel.

3) Tentatif Program
Akan dihantar melalui emel peserta.

* Makan dan minum akan disediakan.
Sebarang pertanyaan, sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com

PERUBAHAN TERBARU TENTANG YURAN PENYERTAAN - HARAP MAKLUM!

Read more...

Monday, June 22, 2009

Bengkel KEPEZI 2009

HEBAHAN mengenai Bengkel Kepezi 2009 (bengkel penulisan fiksyen genre cerpen). Ia akan diadakan pada 1-2 Ogos di DBP KL. Setiap peserta dikehendaki menghantar cerpen (8 hlm langkau 2 baris TNR saiz 12) sebelum 24 Julai kepada Zaharah Nawawi menerusi nemoku@tm.net.my beserta maklumat peribadi (sebagai tempahan tempat). Tempat terhad (hanya 20 peserta). Bengkel akan dibimbing oleh Zaharah Nawawi dan Dr Mawar Shafei. Yuran cuma RM 300, tidak termasuk urusan penginapan.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP