Gambar Sekitar Bengkel Penulisan Novel 3 Januari 2010
Seusai bengkel kali ini terasa penat mula memanjat seluruh tubuh. Tapi keseronokan menjajah perasaan apabila terpandang kepuasan di tampang perserta yang hadir. Pun begitu sebagai wakil AVA, saya memohon maaf atas kemusykilan yang timbul di waktu pagi (sesi pendaftaran). Tapi atas usaha sdr Farid (MC), sesi ini dapat diatasi dengan cekap. Sekali lagi, dalam bengkel yang serba sederhana ini, saya dapat mengunyah banyak input baru yang dihidangkan oleh Puan Nisah.
Meskipun dua slot agak panjang, namun pengisiannya dapat dirasakan amat-amat membantu penulis. Maklumat, penjelasan, huraian terasa memberikan sinar baru dan pengharapan dalam melunasi novel-novel yang ada dalam simpanan. Kalau dahulu, peta minda dihamparkan, kali ini input yang diberikan bagai melengkapkan sesi yang terdahulu. Pun begitu, saya yakin bahawa banyak lagi kejutan input yang ada pada Puan Nisah dan masih belum dikongsikan bersama mereka yang sentiasa mengikuti bengkel penulisan AVA. Slot 1 dan 2 diwarnai dengan teknik, format, kaedah dan segala perihal yang berkaitan dengan teknikaliti dalam menggarap karya novel.
Dan sesi akhir, selepas rehat pula dihabiskan dengan membedah sinopis, bab 1 dan watak-watak. Saat-saat ini amat kritikal, persoalan panjang pendek sinopsis perserta dibincangkan, itu tidak menjadi hal. Apa yang penting adalah maklumat yang diberikan dan segala petua pesan serta nasihat dapat dihadami sebaik mungkin oleh para perserta. Dan yang paling penting sekali adalah menyiapkan novel tersebut!
Walau sehebat mana pun karya anda, yang penting ia perlu berada di atas meja editor dalam bentuk fizikalnya yang siap untuk ditarah dan ditebas, bukannya idea yang menerawang di dalam kepala. :) AVA mendoakan moga-moga para perserta terus tekal dalam menyudahkan manuskrip novel yang dicita-citakan. Selamat maju jaya.
Gambar-gambar lain, sila lihat di FB AVA.
Senarai perserta yang hadir :
Keterangan Bengkel - klik di sini
1. Anne Kasih Mustafa - Sinar Cinta Kembali
2. Water Lily - Pelangi Cinta Watanabe
3. Ariyatna Adri - Ratna Mulya
4. Amir Hamzah - Pertemuan
5. Putri Lily - Perginya Bersama Cinta
6. Kaseh Esmiralda - Angel In The Devil Suit
7. Nemo - Kasih Yang Terbagi 2
8. Fadhilah Maarif - Kerana Betty
9. Z.S Karya
10. Zayu Hisham
11. Muhaymin Ahmad - Layar Impian
8 comments:
Belum rezeki Lea untuk turut serta bersama rakan-rakan yang lain. Apapun tahniah diucapkan buat AVA!
samalah kita... huhu, ingat nak terjah sebab tak berkesempatan nak ke bengkel novel sebelum ni... tapi apakan daya, ada urusan lain la pulak... tahniah AVA!
Ned dan Lea - jangan risau, akan ada lagi bengkel penulisan cerpen dan novel kelak. Cuma kena selalu tengok perkembangan blog AVA saja.
Tahniah dengan perkembangan AVA yang sangat laju ini..teruskan hayunan jgn toleh ke belakang lagi...bak kata othman hafsam dlm iklan dia...KITA JALAN KE HADAPAN...
wah, nampaknya bergereka terus!!! tahniah!
Alhamdulillah... lily seperti mendapat pengetahuan baru dalam dunia penulisan. Insya-Allah segala tunjuk ajar dan nasihat2 Puan Nisah menjadi semangat untuk lily terus menulis.
Terima kasih AVA.
~Putri Lily~
"Jangan idea menerawang dalam kepala" dan sinopsis kekal sebagai sinopsis bertahun-tahun.
Fuh...kena gerak ni.
Faiz@Ariyatna
abg Bro - Insya-Allahu amin, bro, terima kasiha atas sokongan abg Bro yang padu!
Fadz - doakan agar sayap AVA akan terus berkembang dan terbang tinggi di pilinan awan yang memutih.
PL - Alhamdulillah, teruskan usaha menggarap karya yang mantop-mantop!
PD - Bukan 'fuh' lagi dah, kena tulis, bukan kena gerak saja. Hehehe ... gerak tak tulis pun tak jadi juga. :)
Post a Comment