Showing posts with label Sidang pemangkin AVA. Show all posts
Showing posts with label Sidang pemangkin AVA. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Perjuangan Diteruskan


Salam Buat Peminat AVA,

Alhamdulilah setelah jerih dan perih dilalui oleh pengurusan AVA kini tibalah masanya untuk melabuh tirai 2010. Melabuh bukan untuk berehat tetapi melabuh untuk merancang perjalanan 2011.

Buat peminat AVA dan pemburu ilmu teruskan menyokong dan memberi pendapat yang membina kerana ini adalah penting untuk AVA meneruskan perjuangan menegakkan ilmu penulisan mengikut acuan dan perjalanan arus semasa.

Buat pengurusan AVA teruskan bekerja dengan ikhlas kerana Allah hanya akan memandang ikhlasnya hati dan kerja sesesorang hambanya. Teruskan merancang perjalanan ilmu, jangan mengalah dengan Tsunami kehidupan, dengan Al-Nino perjuangan kerana yang pasti kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang tetapi ALLAH yang akan merahmati setiap hati orang yang menjadi hambaNya.

Akhirnya JADIKAN AVA MAGNET KEJAYAAN BAGI YANG MAHU BERKARYA.

Read more...

Wednesday, March 24, 2010

ANDA SEORANG PENULIS?

Salam Penulisan,

Bagaimana tanggapan anda apabila soalan diatas ditujukan kepada anda? Positf? Negatif?
Tidak banyak yang saya hendak komen kerana saya tahu anda semua merupakan penulis yang hebat. atau rasa diri hebat? apa-apa pun terpulang kepada bagaimana anda menggarap diri anda.

Semalam saya membaca buku yang bertajuk KUNCI KEJAYAAN MINDA karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dan tertarik dengan tajuk Apakah etika seorang penulis?. Beliau menggariskan beberapa etika:-

1. Tidak menulis kecuali telah benar-benar menguasai disiplin ilmu yang sedang dikaji.

2. Tidak menulis kecuali masalah yang yang menjadi lapangannya dan tentang isu yang dikuasainya. Jika tidak mempamerkan kelemahannya.

3. Mengelakkan penulisannya daripada pembohongan, pendapat yang menyalahi norma masyarakat dan menghindari kata-kata celaan dan cacian.

4. Tidak bermegah-megah dengan hasil tulisannya dan karyanya kerana itu akan menjadi fitnah baginya.a

5. Memberitahu sumber rujukan, pendapat atau nasihat kepada pemiliknya dan hindari mencuri ilmu atau karya orang lain.

Pada pendapat saya setiap apa yang kita hendak kerjakan/ceburi lakukanlah dengan berILMU. Selamat berkarya kepada semua. Semoga tercapai maksud dan tujuan.

Read more...

Thursday, February 11, 2010

MINDA

Assalamulaikum,

Alhamdulilah sekali lagi saya diberi kekuatan untuk berkongsi maklumat. Kali ini saya hendak berkongsi tentang Minda. Tahukah anda semua kita dikurniakan 2 bentuk minda. Minda yang pertama ialah minda sedar dan minda yang kedua ialah minda separuh sedar.

Apa yang saya hendak kongsikan dengan penulis semua ialah minda separuh sedar. Minda ini sangat hebat. Apa yang perlu kita tahu ialah bagaimana mengeluarkan kehebatannya sahaja.

Satu darinya ialah kita harus selalu memfokuskan apa yang kita hendak. Selalu kita bayangkan apa yang kita mahu, bagaimana kita mahu mencapainya, bila kita hendak mencapainya. Petuanya adalah:
1. Kita minta apa yang kita mahukan
2. Kita mesti mempercayai apa yang kita mahu atau impikan
3. Kita pasti akan dapat.

Jangan tanya bila kita akan dapat kerana ianya bergantung kepada sikap sejauh mana kita mempercayai dan merasai yang kita telah dapat apa yang kita hajati. Tanpa dilupakan letakkan Allah dan rasulNya di hadapan yang pasti akan mengikutinya.

Jadi letakkan kepercayaan kepada diri anda semua yang anda telah menjadi penulis yang hebat, bayangkan anda telah mempunyai sejumlah buku yang telah diterbitkan, anda telah berganding dengan sasterawaan negara dan anda menghampiri anugerah sasterawaan negara.

Hingga kita bertemu dilain perkongsian. TAHNIAH ANDA HEBAT DAN BERJAYA.

Read more...

Tuesday, January 26, 2010

Kejujuran dan Keterbukaan

Assalamualaikum Semua,

Apa khabar? Moga semua ahli AVA berada dibawah lindungan Maha Esa. Maafkan Abg Bro kerana lama tidak menulis di sini. Maklumlah agak sibuk kebelakangan ini dengan amanah yang digalas, untuk melatih pekerja yang mereka panggil "upskilling".

Abg Bro ingin berkongsi dengan anda semua antara yang harus disampaikan pada hari pertama ialah WHO.

W=willing / kesediaan
H=honest / kejujuran
O=openness / keterbukaan

Dalam perbincangan bersama perkara pertama yang kami bincangkan ialah sikap kesediaan, keterbukaan dan kejujuran. Abg Bro rasa sikap ini juga perlu ada pada setiap individu terutama penulis yang akan menukilkan rasa, emosi, pengamatan, pendengaran dan juga penglihatan. Anda dituntut untuk bersikap sedemikian kerana dengan ini akan mengundang rasa yakin, jujur, amanah dan telus dalam berkarya juga jangan dilupakan integriti semasa menulis dan mengulas.

Sekian dari abg bro insyallah kita akan berkongsi di pertemuan akan datang.

Read more...

Monday, September 28, 2009

Pengurusan Masa

Assalamualaikum,

Alhamdulilah bertemu kita sekali lagi di SidangPemangkin. Diharap lebaran yang lepas banyak meninggalkan kenangan yang terindah buat saudara/i semua, terutama bila dapat bersama keluarga tercinta. Abg Bro (untuk penulisan yang akan datang saya akan menggunakan nama ini) juga dapat merasakan keceriaan saudara/i.

Memang setelah lama fizikal kita bercuti atau berehat minda juga turut sama berehat dan kadangkala rehatnya minda sehingga membuatkan kita malas untuk berfikir apa yang akan dilakukan seterusnya. Apatah lagi bila minda mula menggamit malas, makhluk ini akan menghantar mesej ke seluruh sistem badan untuk turut serta bermalas-malasan, tambah-tambah iblis sudah terlepas dari ikatan?.

Nah! untuk itu kita perlu bangkit semula dan sentiasa berfikir ke arah positif. Sehubungan dengan itu Abg Bro ingin berkongsi ilmu dengan saudara/i mengenai apa yang Allah telah firmankan di dalam surah al-'Asr ayat 1-3 yang bermaksud "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Ayuh! Rakan-rakan AVA bangkit dan berjuang kerana perjuangan anda dalam penulisan amat diperlukan, saudara/i adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk berjuang di dalam penulisan, tidak semua orang mempunyai bakat seperti anda. Gunakan kesempatan masa yang diberi untuk perjuangan yang hakiki (Abg Bro juga berpesan untuk diri sendiri).

Akhir kalam daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah bersabda maksudnya:
"Rebutlah lima peluang sebelum datangnya lima: Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum fakirmu."

Insyallah kita akan bertemu dilain penulisan.

Read more...

Sunday, September 6, 2009

Mencoret Kebenaran

Assalamualaikum Semua Rakan-rakan AVA,

Alhamdulilah bertemu sekali lagi kita di ruangan pemangkin ini. Dikesempatan ini saya panjatkan kesyukuran kepada tuan punya dunia ini kerana masih lagi diberi nafas bertemu kalian di ruangan ini. Alhamdulilah kita telah menjalani ibadah penyucian jiwa ini selama 17 hari di bulan Ramdhan ini dan diberitakan hari ini turunnya al-Quran kepada junjungan besar yang kita sayangi nabi Muhammad s.a.w dan dengan itu termaktublah kita harus mengikutinya sebagai penduan agar tidak sesat di alam fana ini.

Sehubungan dengan ini saya mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan kalian semua dalam persoalan berkata benar. Menurut hadis daripada Abdullah bin Mas'ud r.a, Nabi s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya benar membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kepada syurga, dan sesungguhnya seorang yang benar sehingga ditulis Allah sebagai ahli yang benar."

Benar adalah sifat yang mulia yang seharusnya ada pada diri kita (saya berpesan pada diri saya) terutama yang di katakan penulis kerana pena penulis adalah umpama mata pedang yang tajam walau tidak perlu ke medan perjuangan namun dek kerana tulisan akan dapat membunuh seseorang, samada tulisannya berpandukan kebenaran, pandangan, sangkaan dan kefahaman. Juga niat penulis samada menaikkan atau menjatuhkan.

Benar ini berkait rapat dengan Siddiqin sebagaimana Nabi s.a.w mengiktiraf Saidina Abu Bakar yang membenarkan kata-kata nabi walaupun tahu yang dia akan menerima risiko akibat mengiyakan perjalanan israk mikraj nabi s.a.w.

Benar terbahagi 3 bahagian:

1. Benar hati dan iktikad - bahagian ini merupakan yang paling sukar untuk dilakukan kerana tidak akan terlihat melalui perbuatan dan perkataannya. Ianya banyak bergantung kepda niat dan niat ini banyak berkait dengan hati hati pula merupakan raja atau pemerintah kepada seluruh anggota badan. Bahagian inilah yang akan bertukar-tukar antara iman dan nafsu. Jadi berlatihlah selalu agar hati sentiasa dipagari dengan iman.

2. Benar perbuatan - Setelah bahagian yang pertama selesai dilakukan dengan istiqamah maka bahagian ini tidak terlalu sukar kerana ianya akan terpancar mengikut perintah raja(hati).

3. Benar perkataan - Juga bergantung kepada kuatnya hati(iman) menentang musuh nombor satu manusia(syaitan) yang mengawal nafsu.

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama memacu kebenaran didalam setiap penulisan kita walaupun benar itu pahit namun jangan terus ditinggalkan kerana tidak semestinya manis itu penawarnya.

Insyallah bertemu dilain perkongsian ilmu.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

-abg bro-


Read more...

Monday, August 31, 2009

Salam Penulisan

Assalamualaikum...

Apa khabar semua ahli2 AVA? Semoga keredhaan Allah mengiringi setiap detik perjalanan ahli2 semua terutama dalam menyambut Ramadhan Al Mubarak bulan yang penuh bermakna buat kita hamba-NYA. Juga salam pengenalan dari sidang pemangkin buat teman2 rakan penulis. Ini merupakan coretan saya yang julung kali di pojok ini. Alhamdulilah Allah jualah kekuatan ini saya serahkan dan ini juga setelah perbincangan panjang lebar saya dengan pengendali AVA mengenai perjalanan dan arah tuju AVA.

Rumusan yang dapat saya coretkan ialah AVA mempunyai hala tuju yang ada kejelasan dan keyakinan serta arah tuju terutama dari sudut fikiran pengendali AVA. Juga yang dapat saya simpulkan ialah setiap ahli AVA juga harus mempunyai hala tuju yang jelas serta memberikan sepenuh perhatian dalam setiap penulisan yang akan dibuat tidak kira sama ada kita melakukan secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Saya akan tinggalkan ahli AVA semua buat seketika dengan kata-kata popular 'manusia yang gagal merancang adalah manusia yang merancang untuk gagal' . Insyallah kita akan lebih kerap bertemu di ruangan ini selagi Allah memberi keizinan buat saya menulis kerana saya juga mengendalikan syarikat saya sendiri dan juga selagi mendapat mandat dari pengendali AVA untuk mengendalikan ruangan pemangkin ini.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP