Monday, May 30, 2011

Bengkel Asas Serunai : 19 Mei 2011 (Ahad)

Para peserta

Bengkel yang jarang diketengahkan ini menjadi agenda AVA kali ini. Antara tujuannya adalah untuk memperkenalkan semula peralata muzik tradisi Melayu yang kini menjadi asing kepada bangsa kita sendiri. Ramai yang tidak mengenali peralatan muzik 'serunai'. Maka dengan itu, alhamdulillah sambutan yang diberikan amat menggalakan. Seramai 13 orang peserta yang datang pelbagai daerah dan negeri, serta aliran persilatan - mengambil inisiatif untuk mempelajari seni ini.

Dimulakan dengan sesi pengenalan peralatan muzik serunai, kemudian terus sahaja praktikal. Belajar dan praktik cara-cara bagaimana mahu mengambil nafas. Pelbagai aksi dan ragam yang dilihat ketika itu. Semuanya menjadikan suasana ceria dan hidup. Sebagai penganjur, AVA merasakan bahawa ini adalah suatu perkembangan baik dalam memperkenalkan muzik tradisi ini. Merasakan sumbangan ini terlalu kecil, namun sebagai menunaikan tanggungjawab bernama Melayu, bengkel ini akan diulang semula pada 19 Jun akan datang. Harapan AVA agar ia mendapat sambutan yang baik daripada umum.

KGGK membuat persembahan

Kemudian pada sebelah petang, bengkel diserikan dengan kehadiran KGGK yang menyumbangkan beberapa buah lagu dan kelas seterusnya disambung oleh Cikgu Ramli (KGGK). AVA juga bersyukur kerana dapat menyediakan 13 batang serunai untuk peserta. Ia bukan suatu perkara yang mudah, namun Allah mengizinkannya. Syukurlah sekali lagi kerana dapat memenuhi impian peserta yang hadir.

Sesi petang ini melihat bahawa semua orang mampu untuk meniup serunai sekiranya benar-benar berminat. Harapan AVA agar bengkel kedua juga mendapat sambutan seperti bengkel ini.

Terima kasih AVA ucapkan kepada rakan-rakan KGGK yang hadir untuk membantu dan menjadikan bengkel ini lengkap.

Bengkel Asas Serunai akan datang - sila klik sini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP