Sunday, August 23, 2009

Terbit Sendiri Dan Jual Secara Online Di AVA

Sedang saya berbaring seketika tadi sementara menantikan perut hilang sebu (terlebih minum air masa berbuka tadi, hehehe ...), saya didatangi ilham tapi saya tidak tahu bagaimana pendapat anda agaknya. Alhamdulillah syukurlah dengan ilham yang mendatang itu.

Ceritanya begini, kepala saya menerawang, teringatkan blog-blog ahli AVA, entah bagaimana saya terfikirkan idea untuk rakan-rakan AVA bertindak menjualkan karya sajak-sajak cinta di sini. Memandangkan sajak-sajak cinta sukar untuk diterbitkan oleh mana-mana penerbit, jadi kenapa ahli AVA tidak mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu. Jadi, bagaimana pandangan ahli-ahli AVA semua. Atau mungkin sahaja rakan-rakan ahli AVA mempunyai sajak lain yang tidak cinta pun boleh dijual. Ini cuma idea saya dan mari kita sama-sama brainstorming tentang idea ini.

Tujuannya :

1) Karya sajak anda dapat dijual.

2) Belajar menjadi editor yang tegas pada karya sendiri.

3) Sekurang-kurangnya karya sajak cinta anda boleh ditegur oleh mana-mana pembeli.

4) Karya anda lebih dihargai.

5) Penjualannya adalah secara online, ini bermaksud ia akan sampai ke seluruh dunia. Mudah, kita tak tahu mungkin ada penggemar sajak-sajak cinta.

6) Supaya ahli-ahli AVA dapat belajar pengalaman bagaimana pahit maung untuk menerbitkan sesuatu karya itu. Dengan ini, kita dapat lebih menghargai susah payah editor di syarikat penerbitan yang bakal/telah mengendalikan karya kita.

7) Menerbitkan rasa yakin di kalangan ahli tentang menerbitkan karya sendiri, disamping menggalakan ahli untuk terus berkarya dan menulis.

8) Menerbitkan karya lebih dengan kreatif dan tidak secara jumud seperti kumpulan sajak yang ada dalam pasaran.


Caranya menerbitkannya :

1) Dengan menggunakan format pdf atau gunakan apa sahaja kaedah yang disediakan online secara percuma di alam siber.

2) Membeli buku kumpulan sajak penulis lain yang diterbitkan dan sila lihat (penting) bahagian hakcipta itu diletakkan. Biasanya ia berada di muka surat ketiga atau keempat. Kemudian lakukannya sendiri pada karya anda.

3) Anda boleh masukkan gambar, muzik (kalau boleh) atau apa sahaja bagi mencantikkan karya anda itu (dilakukan secara kreatif).

4) Pembelian adalah secara online dan duit terus dimasukkan ke dalam akaun anda. AVA hanya bertindak sebagai tapak untuk memasarkan karya anda secara online.

5) Bereksplorasi dan belajar sendiri bagaimana untuk membuat kulit luar yang menarik.

6) Sesebuah kumpulan sajak hendaklah mempunyai 100 buah sajak yang dirasakan paling kuat.

7) Harga sesebuah kumpulan sajak dijual sekitar RM 5.00 - RM 10.00. Anda sendiri yang akan meletakkan harga tersebut berdasarkan penilaian anda sendiri.

Proses Menerbitkannya :

Setelah siap dan berpuashati dengan kumpulan sajak anda, sila hubungi saya untuk saya paparkan di dalam blog khas yang akan saya wujudkan untuk penjualan karya ini.

Persoalan Hakcipta

Ini adalah persoalan yang bermain di kepala anda dan saya. Ya, soal plagiarisme dan isu cetak rompak karya anda dapat diatasi dengan meletakkan hakcipta (c) pada karya anda. Selebihnya tindakan undang-undang boleh dilakukan sekiranya perlu.

Ya, bagaimana pendapat anda semua?

16 comments:

fadz August 23, 2009 at 11:05 PM  

setuju, strategi yang sepatutnya dicuba!

Khar,  August 24, 2009 at 8:01 AM  

Sdr Fadz - insyallah, bagaimanapun terpulang kepada ahli-ahli AVA secara keseluruhannya. AVA hanya menyediakan tapak sahaja, bertindak sebagai pemangkin.

Putri Lily August 24, 2009 at 2:13 PM  

Salam Ramadhan utk semua.

Lily sgt teruja dgn idea ini. Cuma kurang faham cara utk menerbitkan sendri seperti yg saudara Khar trgkan tu.

Lily ni minat juga dgn sajak2. Sebab tu ada blog sendiri khas utk sajak je. Tapi belum bnyk terkumpul utk dijadikan satu buku. Nak tau juga bagaimana penilaian org dgn sajak2 lily.

Apa pendapat Saudara Khar?
http://seagungputriseindahlily.blogspot.com/

~Putri Lily~

Khar,  August 24, 2009 at 6:05 PM  

PL - Ini cuma suatu cadangan untuk menggerakkkan karya sajak dan lain-lain, bergantung kepada ahli, kalau ahli kurang berminat, AVA nak buka seksyen penjualan karya kepada yang bukan ahli nanti.

Farahusain August 24, 2009 at 8:23 PM  

cadangan ni memang menarik. saya kurang pendedahan dalam penulisan sajak ni. setakat ni yang saya tulis cuma untuk suka-suka aje :)

Camellia MK (Maria Kajiwa) August 24, 2009 at 8:45 PM  

Adakah maksudnya sajak terkumpul di antara semua ahli AVA?
Apakata sebahagian pendapatannya diperuntukan untuk tabung AVA sendiri?
Setiap ahli AVA mempunyai kumpulan peminat dan follower masing-masing, jadi jika dibuat secara berkumpulan dan dipasarkan melalui semua ahli AVA maka kita boleh menembusi pasaran dengan lebih efisien.

atau saya yang tak faham (hi hi)

Khar,  August 24, 2009 at 8:47 PM  

Farah - yang tulis suka-suka itulah yang hendak kita jual, sebab penerbit memang kurang berminat untuk terbitkan buku-buku puisi.

Khar,  August 24, 2009 at 8:50 PM  

MK - Bukan sajak terkumpul ahli AVA, masing-masing punya, senang cakap solo punya, bukan sajak yang dikumpulkan ramai-ramai oleh ahli AVA.

Jadi semuanya kena DIY, bikin sendiri, saya buka tapak untuk jualan. Ada sambutan atau tidak, itu perkara nombor dua, yang penting kita ikhtiar dahulu. Mana tahu ada ahli AVA yang mahu menulis karya yang diluarkebiasaan atau eksperimental, boleh sahaja jual di situ nanti jika tiada penerbit yang sudi menerbitkannya.

Khar,  August 24, 2009 at 8:52 PM  

Mana yang penerbit mahu, kita hantar, kalau mereka tak terima, fikir2 sejenak dan kalau sudah putus tekad di hati, nanti boleh terbit di tapak AVA.

Kaseh Esmiralda August 25, 2009 at 7:05 AM  

best idea abg khar ni.. tapi... Kaseh tak reti tulis sajak-sajak ni... merapu je kang.. hahaha...

P/s : sedih la pulak sebab kite tak leh join sekaki...huhu

Khar,  August 25, 2009 at 5:56 PM  

Kaseh - tak semestinya sajak, kalau nak buat kumpulan cerpen pun boleh juga. : )

Neddo August 27, 2009 at 9:37 PM  

setuju setuju... yang penting nak belajar pasal hakcipta tu [sebagaimana encik serunaifaqir kasik mini lecture masa face-to-face hari tu, hehe]... soalan: ada sorang member nak terbitkan koleksi puisi karya arwah ibunya, tapi dalam Bahasa Inggeris. AVA, leh tolong?

Khar,  August 28, 2009 at 6:28 AM  

Neddo - Situasinya begini, puisi dalam Bahasa Melayu hanya diterbitkan oleh DBP setakat ini dan sambutan terhadap puisi amat kurang. Apatah lagi dalam bahasa Inggeris. Saranan saya, jadikan ia dalam satu format pdf dan jual sebagai e-book. Itu sahaja yang AVA mampu nasihatkan untuk setakat ini.

Miz Amirul November 4, 2011 at 12:34 AM  

Salam. Maaf, saya mahu tahu. Bagaimana menjadi ahli AVA, seperti yang diwar-warkan?

Saya baru menjumpai blog ini dan belum mengetahui apa-apa maklumat secara mendalam.

Namun, saya adalah seorang yang 'Cintakan Sastera'...

Sekian, terima kasih

Unknown December 19, 2014 at 7:45 AM  

Maaf saya mahu tanya. Macam mana nak buat hakcipta tu. Tak faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP