Showing posts with label Bengkel Motivasi Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Motivasi Penulisan. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

PEMBATALAN BENGKEL MOTIVASI PENULISAN DAN GODAK NOVEL 9 MEI

PENGUMUMAN PEMBATALAN

SALAM HORMAT,

SETELAH MENANTI HINGGA HARI AHAD (2 MEI).
DISEBABKAN SAMBUTAN YANG TIDAK SAMPAI 10 PERSERTA, MAKAN DENGAN INI AVA MENGUMUMKAN BAHAWA BENGKEL BERTARIKH DI ATAS TERPAKSA DIBATALKAN. HARAP MAKLUM.

p/s : mohon disampaikan kepada rakan-rakan lain. Terima kasih.

Read more...

Wednesday, December 23, 2009

Bengkel Motivasi Penulisan AVA & Sesi Godak Novel - Khas Untuk Ahli Berdaftar - 9 Mei 2010 (Ahad)

Salam hormat kepada semua.

Alhamdulillah, bengkel motivasi penulisan AVA akan diserikan lagi oleh Puan Maria Kajiwa (MK) untuk sesi di sebelah petangnya. Saya namakan sesi 'godak novel' kerana sesi tersebut menjemput khusus pada ahli sama ada yang mengikuti bengkel novel sebelum ini atau tidak untuk turut menyertainya.

Sesi tersebut akan lebih bersifat perbincangan dan soal jawab terhadap segala kemusykilan berkenaan penulisan novel. Apa sahaja permasalahan dan kesukaran dalam melunasi sesebuah novel akan dikendalikan oleh MK. Terima kasih kepada MK yang berkesanggupan untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Juga kepada Abg Bro yang komited dalam membimbing ahli AVA agar terus bersemangat untuk menulis.

Tentatif program pada tarikh dan hari tersebut :

8.30 - 9.00 : Pendaftaran

9.00 - 11.00 : Sesi Motivasi Penulisan 1 (Abg Bro)

11.00 - 11.15 - Minum Pagi *

11.15 pagi - 1 petang : Sesi Motivasi Penulisan 2 (Abg Bro)

1 petang - 2 petang : Makan Tengahari *

2 petang - 4/5 petang : Sesi Godak Novel Bersama Maria Kajiwa

4/5 petang : Bersurai

Yuran Perserta : RM 50.00 (bayar semasa pendaftaran)
* Sesi minum pagi dan makan tengahari tidak disediakan oleh penganjur.

Tempat : IYC, Cheras KL

Kepada ahli yang berminat untuk menyertainya, sila daftar di kotak komen entri ini.

Read more...

Monday, December 21, 2009

Siri Bengkel Penulisan Kreatif V



Siri Bengkel Penulisan Kreatif V

Tokoh : Nisah Hj Haron
Tarikh : 28 Disember 2009 (Isnin)
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Bilik Sumber (Aras 6), Pusat Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pengesahan kehadiran boleh dibuat terus kepada Dr. Mawar Shafei - mar@ukm.my ataupun tinggalkan komen di laman blog beliau - www.mawarshafei.blogspot.com.

Insya-Allah, saya akan berbahagi cerita tentang pengalaman menulis kreatif yang mungkin belum pernah saya kongsi sebelum ini.

Read more...

Friday, December 18, 2009

Perkembangan Bengkel Motivasi Penulisan AVA (Khas Untuk Ahli)

Abg Bro

Salam hormat.

Saya baharu sahaja berbincang dengan Abg Bro. Bengkel dijangkakan pada bulan Mei 2010 :

Penceramah : Abg Bro (salah seorang sidang pemangkin, juga ahli AVA berdaftar)
Tarikh : 9 Mei 2010 (Ahad) - tapi masih tertakluk pada perubahan. Ini hanya tarikh yangdicadangkan AVA.
Tempat : Bilik Mawar, IYC, Cheras.
Yuran : RM 50.00 (untuk ahli sahaja)
Masa : 9 pg - 2 ptg
Makan : Sendiri

Kepada yang berminat sila daftar nama di kotak komen. Saya nak tengok berapa ramai ahli yang berminat untuk mengikuti bengkel ini.

Read more...

Wednesday, December 16, 2009

Bengkel Motivasi Penulisan AVA - Hadiah Khas Untuk Ahli Berdaftar

Salam hormat semua. Saya baharu berbincang dengan Abg Bro, sidang pemangkin AVA untukk mengadakan bengkel motivasi penulisan AVA. Abg Bro alhamdulillah menyatakan persetujuan dan sokongannya 100% terhadap AVA dan aktivitinya. Insya-Allah bengkel tersebut akan diadakan selepas pesta buku dan tertakluk pada masa Abg Bro yang kian sibuk menangani jemputan untuk memberi ceramah bengkel motivasi.

Tarikh akan diwar-warkan kemudian setelah berbincang dengan teliti dengan Abg Bro. Alhamdulillah. Inilah hadiah AVA buat ahli-ahli yang sentiasa setia dan menyokong AVA untuk terus berdiri dan melangkah. Bengkel ini tiada had jumlah perserta. Bayarannya belum ditentukan, bergantung kepada jumlah perserta tapi yang pastinya ada diskaun terhebat untuk ahli AVA!

Tunggu sahaja pengumuman tentang bengkel yang akan diadakan ini sedikit masa lagi.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP