Showing posts with label Soalan Lazim. Show all posts
Showing posts with label Soalan Lazim. Show all posts

Friday, August 28, 2009

Internal Thought Atau Dialog Dalam Hati

Soalan dari Maria Kajiwa

"Encik Khar, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tentang soal 'internal thoughts' adakah ia perlu ditulis dalam font italik atau tidak? Setahu saya ianya perlu tetapi saya lihat pada novel ianya tidak. Jadi jika untuk manuskrip, bagaimana?"

Internal thoughts adalah percakapan yang diucapkan oleh pelaku atau khususnya watak dalam penceritaan (novel, cerpen, sajak). Dalam manuskrip berbentuk novel, ia bergantung kepada stail penerbit masing-masing.

Contohnya, DBP tidak menggunakan italic untuk dialog di dalam hati ini, ia masih dalam bentuk tulisan biasa tanpa apa-apa penambahan. Tapi sesetengah penerbit seperti Alaf21, membenarkan sama ada internal thought itu dibiarkan begitu sahaja ataupun sesetengah editornya menggunakan tanda bacaan ' '. Di PTS pula menggunakan tanda bacaan " " digunakan untuk dialog dalaman itu. Jadi, ia bergantung kepada stail penerbit. Masing-masing mempunyai alasan untuk perkara tersebut.

Sebagai penulis, cadangan saya ialah membiarkan sahaja dialog dalaman itu begitu sahaja. Kes ini akan diteliti oleh editor penerbit untuk menentukan sama ada perlunya pada penggunaan italic.

Jawapan oleh AVA
p/s : Secara peribadi penggunaan ' ' adalah lebih mudah untuk membezakan dialog yang diucapkan dalam hati atau dialog yang dituturkan.

Read more...

Thursday, May 14, 2009

Soalan Lazim (FAQ)

Pertanyaan : Adakah saya masih boleh menghantar manuskrip dengan tidak melalui ejensi meskipun sudah berdaftar?

Jawapan : Ya boleh, meskipun sudah berdaftar dengan kami, penulis masih dibenarkan untuk menghantar sendiri manuskrip kepada penerbit. Tapi kami tidak akan bertanggungjawab kepada manuskrip tersebut kerana ia tidak melalui pengurusan kami. Ia adalah di bawah tanggungjawab penulis sepenuhnya.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP