Showing posts with label Buku Penulis dan Hakcipta. Show all posts
Showing posts with label Buku Penulis dan Hakcipta. Show all posts

Tuesday, July 7, 2009

Karya E-Novel Anda Diciplak?

Dalam satu situasi :

A : "Karya aku kena ciplaklah, semalam aku tengok drama tu sebiji macam e-novel yang aku publish kat blog."

B: "Habis tu, apa tindakan kau lepas ni?"

A : (Hanya menggeleng)

Apa yang rakan-rakan faham mengenai dialog di atas ini? Atau barangkali ia pernah berlaku pada karya anda yang disiarkan di blog? Atau belum pernah berlaku dan tidak pernah ambil pusing tentang perkara ini? Atau tidak pernah terfikir langsung tentang perkara ini? Ya, jawapan itu ada pada diri masing-masing.

Persoalannya apakah agaknya yang akan dilakukan seandainya ini terjadi pada diri anda? Mahu saman? Sedangkan karya anda yang diciplak itu telah diubah sedikit dari plot e-novel anda, jadi bagaimana ya?

Jawapan anda :

"Saya telah meletakkan logo (C) pada blog saya." - Meletakkan tanda (c) adalah sesuatu yang bagus, tapi apakah ini menjamin bahawa karya anda tidak diciplak oleh sesiapa?

"Saya telah menulis tentang hakcipta ini di blog saya : Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini perlulah mendapat izin daripada fulan bin fulan. Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari blog ini. Terima kasih." - Jawapannya sama seperti di atas, ia langsung tidak menjamin keselamatan karya anda. Ia hanya sebagai satu peringatan terhadap mereka yang menciplak, tapi sama sekali ia tidak menghalang karya anda dari diciplak.

"Saya telah mengenakan format untuk mematikan fungsi 'klik kanan' pada tetikus agar ia tidak boleh dicopy dan paste." - Meletakkan format atau html ini juga tidak menghalang ianya dari diciplak, kerana penggunaan ctrl + A, ctrl + C dan ctrl + V pada papan kekunci masih boleh dipraktikkan.

Jadi bagaimana? Apakah hak anda sebagai seorang penulis e-novel itu masih ada? Atau selepas ini anda menjadi tidak bersemangat untuk menulis setelah mengetahui perkara ini. Jawapan saya - sediakan payung sebelum hujan. Dalam bengkel khas yang akan diadakan oleh AVA berkenaan isu undang-undang dan hakcipta ada jawapannya, jadi jangan malu-malu untuk menyertai kem AVA. :)

Segeralah berdaftar dengan kami di sini.

Read more...

Saturday, May 16, 2009

Buku Berkaitan Dengan Penulisan Dan Perundangan Hakcipta

Judul : Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta
Pengarang : Nisah Haji Haron
Harga : RM29.00
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Genre : Panduan Hak Cipta
Mukasurat :375 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789833991440

Hak cipta adalah harta intelektual pengkarya yang perlu dilindungi daripada ciplakan atau perlanggaran hak cipta, tidak mengira sama ada diterbitkan di media cetak, di media penyiaran ataupun di internet. Fahamilah kontrak dan royalti penerbitan sebelum menandatangani perjanjian dengan penerbit.

Ketahuilah tempoh perlindungan hak cipta bagi sesuatu karya dan pewarisan royalti yang dibolehkan oleh undang-undang. Ingat, apapun isi kandungan perjanjian dengan penerbit, hak moral pengkarya sentiasa terpelihara.

Hak cipta pengarang bersama, hak cipta karya terjemahan, kebebasan berkarya, kepentingan merupakan antara aspek penting yang perlu diketahui.


Kandungan :

Pembuka Bicara

Panduan 1 Pengenalan
Panduan 1.1
Perkara-perkara Asas Hak Cipta

Panduan2
Hak Cipta
Panduan 2.1
Hak Cipta Adalah Harta

Panduan 3
Kualiti Karya Dan Logo '?'
Panduan 3.1
Adakah Karya Berkualiti Rendah Tidak Dilindungi?
Panduan 3.2
Logo?

Panduan 4
Membuktikan Hak Cipta Sendiri
Panduan 4.1
Pembuktian Karya Pemilik

Panduan 5
Kontrak Penulisan Dan Royalti
Panduan 5.1
Kontrak Dan Royalti

Panduan 6
Kes-kes Perlanggaran Hak Cipta
Panduan 6.1
Tindakan Ke Atas Perlanggaran Hak Cipta

Panduan 7
Karya Diciplak!
Panduan 7.1
Bentuk-bentuk Ciplakan

Panduan 8
Hak Cipta Karya Di Internet
Panduan 8.1
Penerbitan Alam Siber

Panduan 9
Karya Terbit Bertindan
Panduan 9.1
Kaedah Penghantaran Karya

Panduan 10
Hak Cipta Sebagai Harta
Panduan 10.1
Hak Cipta Suatu Bentuk Harta

Panduan 11
Jangka Masa Perlindungan Hak Cipta
Panduan 11.1
Tempoh Hak Cipta

Panduan 12
Karya Tradisional Dalam Hak Cipta
Panduan 12.1
Hak Cipta Karya Tradisional

Panduan 13
Kebasan Berkarya
Panduan 13.1
Terdapat Sekatan Untuk Berkarya?

Panduan 14
wriskan Harta Intelektual
Panduan 14.1 Mewariskan Royalti

Panduan 15
Cipta Pengarang Dalam Sayembara
Panduan 15.1
Penerbitan Karya Dalam Sayembara

Panduan 16
Hak Cipta Karya Terjemahan
Penerbitan Karya Terjemahan

Panduan 17
Pertarungan Menuntut Hak Cipta
Panduan 17.1
Menuntut Hak

Panduan 18
Hak Moral Penulis
Kesedaran Tentang Hak Moral Pengarang
Hak Cipta Pengarang Bersama

Panduan 19.1
Karya Ciptaan Bersama

Panduan 20
Hak Cipta Dalam Kertas Kerja
Panduan 20.1
Kertas Kerja Dan Presiding

Panduan 21
Hak Cipta Ilustrator
Panduan 21.1
Kreativiti Ilustrator Dilindungi

Panduan 22
Naskhah Bersaing
Panduan 22.1
Hak Cipta Naskhah Bersaing

Panduan 23
Hak Cipta Judul, Nama Watak & Tempat
Panduan 23.1
Adakah Nama Watak Dilindungi Undang-undang?

Panduan 24
Penggunaan Nama Pena @ Samaran
Panduan 24.1
Perlukah Nama Pena?

Panduan 25
Menerbitkan Karya Sendiri
Panduan 25.1
Alternatif Menerbitkan Karya

Panduan 26
Penerbitan Sendiri: Antara Puas Dan Derita
Panduan 26.1
Penulis Menerbitkan Sendiri Karya

Panduan 27
Tip-tip Tentang Hak Cipta
Panduan 27.1
Panduan Kepada Penulis

Penutup Bicara

Lampiran 1
AKTA HAKCIPTA 1987 (AKTA 332)
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984 (AKTA 301)

Lampiran 3
Contoh: PERJANJIAN LESEN-LESEN PENERBITAN DAN JUALAN

Glosari
Bibliografi
Indeks

Sumber : Ujana Ilmu



Sumber : Perpustakaan SF

Judul : Kesusasteraan dan Undang-Undang
Penyelenggara : Mohammad Mokhtar Hassan,
Mohd Taufik Arridzo Mohd. Alwi dan
Bazrul Bahaman
Harga : RM 27.00
Terbitan : Akademi Pengajian Melayu, UM.
Tahun : 2007

Ini adalah sebuah lagi naskhah yang menghimpukan beberapa artikel yang menyentuh secara langsung tentang isu penulisan dan hakcipta di tanah air. Saya fikir ini adalah antara buku-buku yang perlu dimilikki oleh penulis kita demi mempertingkatkan lagi pengetahuan berkenaan undang-undang hakcipta yang ada di negara kita. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

Bahagian 1 : Penulis, Penerbit Karya dan Undang-Undang
Bahagian II : Sastera Undang-undang Dan Ketatanegaraan
Bahagian III : Undang-undang Dalam Sastera
Bahagian IV : Sastera Undang-Undang Dan Persoalan Bahasa


Teks : Serunai Faqir

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP