Tangisan Bulan Madu - 8 Ogos 2010 : Suatu Proses Adaptasi
Iklan bengkel adaptasi - keterangan lanjut bengkel.
Pagi tadi cuaca agak ceria, ditambah lagi dengan keceriaan perserta yang hadir dengan semangat walaupun cuma dua orang. Perserta bersemangat, pembimbing bersemangat, apatah lagi AVA lebih bersemangat walaupun jumlahnya agak kecil. Namun komitmen yang ditunjukan oleh perserta tidak berhasrat untuk sama ada membatalkan atau menangguhkan tarikh ini. Salah seorang perserta yang hadir adalah dari destinasi luar KL.
Pagi tadi cuaca agak ceria, ditambah lagi dengan keceriaan perserta yang hadir dengan semangat walaupun cuma dua orang. Perserta bersemangat, pembimbing bersemangat, apatah lagi AVA lebih bersemangat walaupun jumlahnya agak kecil. Namun komitmen yang ditunjukan oleh perserta tidak berhasrat untuk sama ada membatalkan atau menangguhkan tarikh ini. Salah seorang perserta yang hadir adalah dari destinasi luar KL.
Setakat ini alhamdulillah AVA sudah menerima penyertaan bukan sahaja dari KL dan serata tanah air tetapi juga dari Singapura, Indonesia malah akan datang mungkin juga dari Brunei. Syukurlah, semua itu atas izin Allah jua. Dan tentunya AVA amat berterima kasih kepada mereka yang hadir dan menyokong AVA dari banyak segi.
Mukadimah
Bengkel ini dimulakan dengan penerangan daripada pembimbing, Maizurah Mohd Ederis yang merupakan salah seorang penulis skrip tanah air yang sedang meningkat naik di masa kini. Dengan kehebatan Nur Kasih, Datin Wannabe, Jalan Merdeka dan lain-lain termasuklah drama bersiri adaptasi berjudul Tangisan Bulan Madu, yang juga menjadi judul blog pembimbing. Bengkel ini mengambil kajian kes drama Tangisan Bulan Madu sebagai subjek yang menjadi panduan dan contoh dalam bengkel ini.
Proses Kreatif - Pro dan Kontra
Selain itu pembimbing menyentuh secara rinci tentang bagaimana proses satu-satu novel diadaptasi dari novel ke layar perak. Memandangkan ia melibatkan pelbagai pihak, persetujuan haruslah dicapai terlebih dahulu dengan penerbit novel. Seterusnya pembimbing menyentuh tentang isu-isu perundangan yang terlibat dalam menghasilkan drama bersiri ini.
Ia bukan satu kerja mudah, memandangkan ia adalah hasil karya orang lain yang diadapatasi, maka banyak perkara yang ada kalanya bertentangan dengan kehendak penulis asal novel. Jadi, perbincangan yang rapi harus dijalankan. Kerja-kerja ini perlulah diselesaikan di peringkata awalan agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
Selain itu, ia melibatkan apa yang diistilahkan oleh pembimbing sebagai sama ada 'setia' ataupun 'curang' terhadap karya tersebut. Ini kerana proses pemindahan dari novel ke layar perak harus mengambil pelbagai aspek, terutama yang melibatkan kos.
Kajian Kes
Tajuk Novel : Tangisan Bulan Madu
Pengarang asal : Samsiah Mohd Nor
Tulisan skrip : Maizura Mohd Ederis dan Shamsiah Mohd Nor
Kesimpulan
Proses adaptasi ini bukanlah suatu kerja mudah dan mengambil kira pelbagai aspek. Banyak perkara yang perlu diambil kira, namun hasil kerja yang terpapar adalah suatu kepuasan pada semua pihak, walaupun ada pro dan kontra. AVA dengan ini membawakan suaut bengkel yang dapat mendedahkan perserta yang hadir dalam pelbagai sudut berkenaan adaptasi. Hasil kerja yang perih ini sudah tentu membuahkan pulangan yang lumayan kepada semua pihak yang terlibat walaupun terdapat pelbagai isu di dalamnya.
Gambar lain di FB AVA
5 comments:
Terima kasih AVA sebab meneruskan juga bengkel ni walaupun hanya kami berdua saja yg berkelapangan menghadirinya. Insya-Allah, saya akan hadiri episod bengkel seterusnya bagi mendapatkan lebih byk pendedahan mengenai penulisan skrip drama.
Izza, semangat di atas semangat :)
Terima kasih atas kehadiran Izza.
Thanks to AVA...banyak ilmu yang dapat...seronok hadir bengkel ni...:)
Tahniah bro... semoga dari dua akan berganda dimasa hadapan...
"Semangat Perjuangan Harmoni"...
Mat Min - terima kasih atas sokongan bro pada AVA, aminnnnn ... :)
(Wah, wah, gambar sekarang dah canggih)
Post a Comment