Bengkel Gendang Silat Aliran Utara (Asas Lagu Berjalan) Siri 2 : 19- 20 Feb 2011

Peserta kali ini terdiri anak-anak muda yang kebanyakannya berlatar beladiri seni silat. Ada juga yang mempunyai asas dan pengalaman bermain gendang silat aliran Melaka. Dan ada pula dari latarbelakang yang lain, namun semuanya dapat mengikuti bengkel ini dengan jaya. Tambahan pula, penyediaan tempat bengkel amat selesa, sama seperti bengkel pertama. Paling menyeronokan adalah apabila salah seorang peserta dari bengkel pertama sudah mampu meniup irama serunai tanpa 'putus angin' untuk menyambung 'nyawa'. Syukurlah.
Moga-moga pihak penganjur akan menganjurkan lagi bengkel yang seumpama ini pada masa akan datang. Terima kasih kepada GPMS Cawangan Melaka, peserta yang hadir, para pembimbing, juga tidak dilupakan kepada barisan guru-guru silat yang turut hadir sama menyertai bengkel kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua.
Bengkel siri : 1, sila klik sini.
0 comments:
Post a Comment