Friday, December 24, 2010

Tahniah (Anugerah Skrin 2010) & HSPM 2008/2009

Tahniah kepada dua orang pembimbing AVA yang memenangi dalam Anugerah Skrin 2010. Sdr Sharul Ezad untuk katogeri Lakon TV Terbaik (drama Antara Garisan) + Drama Terbaik. Sementara drama Nur Kasih (katogeri Drama Rantaian), yakni Maizura Mohd Ederis (menjadi salah seorang penulis skrip) juga memenangi anugerah pada malam tadi. Tahniah kepada mereka berdua dari AVA dan krew.

Sesungguhnya ia merupakan satu kejayaan yang turut di rasai oleh AVA.Tidak terlambat juga AVA ingin mengucapkan tahniah kepada Nisah Haron yang memenangi HSPM 2008/2009 pada 30 November yang lepas.

Semoga ia menjadi contoh kepada peserta dan mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan bengkel yang dibawa oleh AVA. AVA cukup bertuah kerana dapat bekerjasama dengan barisan pembimbing yang sememangnya wajar untuk menjadi contoh. Bukan sekadar mereka bertiga, malah barisan pembimbing terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Pengalaman dan ilmu yang dicurahkan tidaklah dapat dinilai dengan wang ringgit, hatta kerjasama dan sikap profesional menyebabkan AVA akan terus bekerjasama dengan mereka.

TAHNIAH kepada SEMUA pembimbing AVA.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP