Sunday, December 18, 2011

Bengkel Skrip Drama Gaya Ezad 17-18 Dis 2011

Para peserta bergambar dengan Sifu Ezad

Syukur alhamdulillah, sebagai penganjur AVA merasa bersyukur sangat kerana bengkel selama dua hari ini berjalan dengan lancar hingga ke akhir. Bengkel ini sudah dirancang seawalnya dan mendapat sambutan yang menggalakan, hinggalah ke minggu terakhir masih ramai yang mahu mendaftar. Akan tetapi AVA terpaksa menghadkan penyertaan untuk menjaga kualiti dan fokus di dalam bengkel.

Sifu Ezad yang santai

Sesi membentangkan idea / sinopsis masing-masing

Selama dua hari, Sifu Ezad mengongsikan idea, pengalaman serta mencurahkan sepenuhnya ilmu yang ada padanya kepada peserta yang hadir. Respons dari peserta amatlah menggalakan. Kebanyakannya berpuashati dengan apa yang diperolehi dari bengkel ini. AVA sebagai penganjur merasa senang sekali dengan komentar dari para peserta. Hasrat kecil AVA dalam membantu menghasilkan penulis skrip drama dikira tercapai. Tidak cukup dengan itu, AVA menubuhkan grup tertutup kelas Sifu Ezad bagi memastikan para peserta dapat berhubung terus dengan Sifu Ezad. Dengan ini, dapatlah mereka mempelajari, bertanya atau mendapatkan sebarang maklumat secara terus dari Sifu Ezad yang memang berhasrat untuk mencari protege bagi syarikat Radius One.

Selain itu, tayangan drama yang dihasilkan oleh beliau juga dipaparkan, bagi mempastikan penerangan beliau dapat difahami dengan baik. Nota yang diberikan sebagai panduan, diulas sejajar dengan tayangan drama yang dihasilkan dari olahan dan penulisan skrip beliau. Sifu Ezad juga selain itu, berpuashati dengan bengkel yang diadakan, serta berhasrat sebenarnya untuk mengadakan lima hari bengkel sekiranya diizinkan.

Disamping itu, klinik Skrip Drama Ezad juga akan diadakan. Ini bagi memastikan para peserta yang hadir ke bengkel ini menghasilkan skrip drama supaya ilmu yang dipelajari tidak hilang begitu sahaja. Sesi itu kelak menyaksikan peserta sudah punya skrip dan sebagainya.

Sebelum balik

Akhirnya, AVA mengucapkan terima kasih kepada Sifu Ezad dan para peserta yang hadir. Juga kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. AVA tiada hasrat lain, selain membantu untuk memeriahkan lagi industri penulisan, tidak kira dari genre apa sekalipun. Akan datang, tiga klinik akan diadakan, Insya-Allah.

Iklan sebelum ini. Klik sini.
Akan datang : Klinik Skrip Ezad

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP