Bengkel dan Taklimat Penerbitan Karya
Mereka yang belum memiliki manuskrip, tetapi ada cadangan projek penulisan juga digalakkan hadir pada bengkel terbabit. -Berita Harian, 31 Januari 2012.
Read more...
Makluman kepada perserta bengkel fotografi AVA, Jabatan Warisan Negara mengadakan pertandingan mengambil gambar yang bertemakan Warisan 1Malaysia. Kepada sesiapa yang ingin mencuba sila muat turun borang di sini. Tarikh tutup pertandingan adalah 29 Oktober 2010.
Saya dan sdr Farid agak berpuashati dengan keadaan kebersihan dan kondisi lain hotel tersebut. Namun, itu adalah pilihan yang terdekat dan berhampiran dengan IYC. Kemudahan teksi juga ada. Selain itu berhampiran pula dengan LRT Cheras, Bandar Tun Razak dan Salak Selatan.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sempena dengan sambutan Hari Guru pada setiap bulan Mei setiap tahun (16 Mei ), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Selangor (PPS) berhasrat mengumpulkan dan seterusnya menerbitkan 1Antologi Puisi HARI GURU.
Justeru, KALAM dan PPS mengalu-alukan dan dengan berbesar hati menjemput semua para penyair dan penulis untuk menghantar karya masing-masing yang berbentuk puisi. Kepada setiap penyair dan penulis, setiap puisi yang ingin dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu:
i) Taksiran puisi adalah terbuka, iaitu sama ada berbentuk tradisional (pantun, syair, nazam dan gurindam) atau moden (sajak).
ii) Tema puisi pula mestilah tentang jasa, pengorbanan, penghargaan dan seumpamanya tentang guru.
iii) Panjang sesebuah puisi tidak lebih daripada tiga (3) muka surat, kertas A4, ditaip langkau dua baris, jenis tulisan Arial dan saiz huruf 12.
iv) Setiap penyair dan penulis boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah karya masing-masing.
v) Panel penyelenggara berhak untuk memilih puisi yang sesuai untuk diterbitkan dan akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih.
Sebagai makluman kepada penyair dan penulis yang karya mereka terpilih dan tersiar, bayaran honorarium dan senaskhah antologi akan diberikan secara percuma. Oleh itu, setiap penyair dan penulis yang menghantar karya mesti menyertai sekali biodata ringkas dan alamat surat-menyurat dan no. telefon untuk memudahkan urusan penerbitan dan pemakluman.
Tarikh akhir penyerahan puisi adalah pada 25 Mac 2010 dan kepada penyair dan penulis yang berminat, sila kirimkan puisi tuan/puan sama ada melalui e-mel kepada Saifullizan Yahaya (saif@dbp.gov.my atau saif_hati@yahoo.com.my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (ikhram@dbp.gov.my atau pahlawan313@yahoo.com.my) sebelum tarikh di atas.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung penerbitan antologi puisi tersebut, bolehlah menghubungi saudara Saifullizan Yahaya (016-3018645) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (012- 2908429).
Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Salam hormat,
Saifullizan Yahaya
Read more...
".... Untuk itu, saya bergabung dengan pihak Astaka Villa Aksara (AVA), sebuah badan kecil yang bercita-cita besar. Hasrat murni AVA ialah melahirkan pengarang dan menyalurkan karya-karya yang baik kepada penerbit yang betul. Ini disebabkan ada beberapa calon pengarang yang kecewa apabila manuskripnya tertolak, sedangkan ada kemungkinan manuskrip tersebut dikirimkan ke penerbit yang tidak sesuai. AVA cuba mengambil peranan tersebut. Peranan saya hanyalah sebagai pembimbing dan penasihat dalam hal-hal hak cipta pengarang."
© Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP