Pitching, Cut To - Bengkel Skrip Penulisan Skrip Drama Yang Mengujakan - 10 Januari 2010
Salam hormat.
Seusai berbengkel tadi, saya keletihan amat, namun apabila terkenang bengkel tadi, saya jadi semangat untuk menulis entri ini. Mengujakan ... itu sahaja yang saya mampu ungkapkan. Ia merupakan satu perspektif yang baru bagi perserta yang mengikuti bengkel tersebut, termasuklah saya. Penerokaan pada salah satu aliran dalam dunia penulisan ini adalah sesuatu yang amat bermakna bagi kami, yang kebanyakannya adalah penulis novel.
Dimulakan dengan sesi penerangan oleh Sofia Rhyland - menjurus ke aspek teknikaliti dalam pembikinan sesebuah skrip drama yang perlu diketahui oleh setiap penulis yang ingin menceburi bidang ini. Syarahan selama dua jam tidak terasa, segala yang dicurahkan sangat-sangat berguna dan tentunya akan digunapakai dalam proses penulisan skrip drama kelak. Selain menekankan aspek teknikaliti, Pn Sofia serba sedikit menerangkan juga tentang dunia penulisan skrip yang saya kira amat berbeza sekali dengan dunia penulisan novel; iaitu dari segi visual dan naratif. Meskipun terdapat persamaan, namun yang jelasnya penulis perlu faham akan kehendak dan permintaan stesen televisyen di sini.
Tidak cukup dengan itu, segala ilmu yang dicurahkan merangkumi aspek psikologi, praktikaliti dan sebagainya yang membuatkan saya sedikit terpaku dengan perkara yang amat asing bagi saya, dan tentunya bagi para perserta. Dari A - Z, aspek teknikaliti dan format dalam pembikinan skrip amat, amat ditekankan bagi mengelakkan seminimum mungkin agar skrip tidak ditolak. Pengalaman beliau sebagai seorang penulis skrip juga dicurahkan agar dapat dikongsikan. Sesekali tawa kecil menyulam di tengah-tengah suasana.
Slot kedua dan ketiga pula, 'dihayak' oleh Ezad yang lebih menerangkan ke mana, bagaimana dan apakah sebenarnya realiti dunia penulisan skrip drama di luar. Dengan gayanya yang bersahaja, saya kira ramai yang tergelak besar dalam keseriusan beliau menerangkan bagaimana untuk menghasilkan skrip drama yang baik. Apa yang ditekankan adalah watak itu sendiri, sama ada ia kuat atau lemah.
Tidak cukup dengan itu, segala pengalamannya selama 13 tahun terlibat dalam dunia skrip dan penerbitan dikongsikan bersama agar perserta benar-benar sedar akan realiti pembikinan skrip dan dapat menghasilkan sesuatu selepas pulang dari berbengkel. Selain itu, sesi bagaimana untuk mengembangkan plot dan juga 'kelainan' yang dibawa juga ditekankan kepada para perserta agar dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza, meskipun meniti atas tema-tema yang klise. Apa yang disukai oleh stesen tv, apa yang diperlukan oleh stesen tv dan 'apa yang boleh dan tidak boleh' juga disentuh oleh beliau secara serius.
Yang paling menarik di akhir bengkel, sdr Ezad akan cuba membantu mana-mana perserta bengkel untuk memasarkan skrip drama jika mereka berjaya menghasilkan skrip drama selepas ini, atau jika benar-benar menarik perhatiannya, ia akan diterbitkan di bawah bendera Radius One.
Berbanyak terima kasih saya (mewakili AVA) kepada beliau berdua kerana sudi menjadi pembimbing untuk bengkel kali ini.
Sekian al-kisah seharian berbengkel. Tahniah dan terima kasih kepada para peserta yang hadir.
p/s : Akan datang bengkel dengan Maizurah Mohd Ederis (salah seorang penulis skrip drama Nur Kasih akan diadakan pada 25 April 2010. Kepada yang berminat sila tempah awal dengan menghantar nama penuh, no selfon ke emel ejenmanuskrip@yahoo.com)
Gambar-gambar lain boleh dilihat di FB AVA.
Cerita Neddo tentang bengkel .
Kisah Macai Suci pula.
Perserta yang hadir :
Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.
1. Nimoiz TY
2. Ainin Naufal
3. Juliaesqa
4. Ariyatna
5. Neddo
6. Kaseh Esmiralda
7. Zulkhair
8. Emio Norsuhaimi
9. Anne Kasih Mustafa
10. Nemo
11. Julia Nazri

3 comments:
Salam Perjuangan..teruskan perjuangan walau halangan mendatang...jgn kira hujan ribut panas terik kerana percayalah hanya orang yang tabah dan sabar saja yang mampu bertahan di dunia perjuangan. Bg yg lain jgn berumah di tepi pantai jika tidak berani bermain ombak. Jgn bagi alasan untuk menyedapkan hati. ALLAH HANYA MERUBAH NASIB BANGSA YG MAHU BERUBAH.
Abg Bro -terima kasih atas kata-kata semangat yang membakar!
wah, saya terlepas yang ini!
Post a Comment