Showing posts with label Bengkel Berkaitan Novel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Berkaitan Novel. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Bengkel Penulisan Sains Fiksyen & Teknologi


Sila klik poster untuk besarkan saiz

Read more...

Wednesday, February 23, 2011

Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor 2011


Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor 2011
Tarikh : 4, 5 dan 6 Mac 2011
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Tempat hanya untuk 60 pemohon terawal sahaja
"YANG DAHULU DIDAHULUKAN"

untuk muat turun borang, sila klik sini.

Read more...

Sunday, November 14, 2010

Bengkel Penulisan Novel : 14 November 2010

Bengkel yang diwar-warkan sejak awal ini amat memberangsangkan, meskipun dalam kuantiti yang kecil namun tahap penyertaan dalam bengkel memuaskan hati semua pihak. Pertanyaan demi pertanyaan terpacul. Perbincangan, buah fikir dan idea dilontarkan untuk dikongsi bersama. Tidak kurang juga pengalaman perserta yang digabungkan dengan pengalaman pembimbing yang luas untuk menjadi 'hidangan' kepada perserta yang hadir.

Satu perkara yang menarik tentang kendalian pembimbing adalah; setiap kali bengkel novel yang dibimbing, membawa input dan pengisian yang berbeza-beza. AVA melihat ini suatu perkembangan yang sihat, terutama untuk perserta. Walaupun ada antara perserta menghadiri bengkel ini untuk kali kedua, namun input yang didapati dapat menambahbaikan lagi kaedah dan ilmu penulisan.

Banyak perkara baharu yang disentuh, berbeza dengan bengkel yang sebelum ini. Terima kasih AVA ucapkan kepada perserta yang hadir dan pembimbing yang memberikan input yang pelbagai. Terima kasih semua. Akan datang bengkel finale penulisan skrip pada 12.12.11, insya-allah.

Bengkel Penulisan Yang Lepas :(sila klik)
2) Bengkel Penulisan Novel 1 - 12 Disember 2009
3) Bengkel Penulisan Novel 2 - 3 Januari 2010

Read more...

Monday, October 18, 2010

Klinik AVA!

AKAN DATANG 2011 - DIBAWAKAN OLEH AVA UNTUKMU ...

Ini bukan bengkel, tapi klinik untuk mereka yang memerlukan khidmat nasihat dari doktor pakar penulisan kreatif tersohor tanah air.

Julung-julung kalinya rally empat genre penulisan
yang berbeza diadakan serentak!


Nantikan kemunculannya!

Rekomendasi :

Nisah Haron : Alhamdulillah, saya sokong konsep klinik ini dan semoga ramai yang segera sembuh daripada pelbagai 'penyakit' penulisan kreatif! FB AVA

Read more...

Sunday, August 22, 2010

Bengkel Penulisan Novel : 14 November 2010 (Ahad)

Salam ramadhan kepada semua, semoga kita diberkati Allah. Kali ini, AVA sekali lagi lagi membawa bengkel penulisan novel yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron. Dan sekali lagi AVA menyaksikan kelainan pengisian dalam slot yang diberikan kepada Puan Nisah. Ini sangat menerujakan kerana setiap kali bengkel yang dikendalikan oleh Puan Nisah sentiasa mempunyai input yang berbeza-beza. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti bengkel beliau, silalah mendaftar dengan AVA. Terima kasih dan selamat berbengkel.

Maklumat Program

Pembimbing : Puan Nisah Haron (blog beliau)

Tarikh : 14 November 2010 (Ahad)

Tempat : Akademi Fatani
Jln AU A1/4C,Tmn Keramat Permai,
54200, Kuala Lumpur,


Waktu : 9 pagi - 4.30 petang


Yuran : RM 100.00 (akaun diberikan kepada mereka yang mendaftar - sila emel astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com. Pendaftaran adalah dikira sah dengan pembayaran yang dibuat.)
Jumlah Perserta : 15 orang sahaja

Makan & Minum disediakan
Sijil disediakan
Kemudahan surau, ATM Maybank

Tentatif Program :

9 pagi - 10.30 pagi
Mengenali Asas Penulisan Novel

10.30 pagi - 11.00 pagi
Minum Pagi

11.00 pagi - 1 ptg
Bedah Karya 1

1 ptg - 2 ptg
Makan Tengahari, Solat

2 ptg - 4.30 ptg
Bedah Karya 2

Untuk tujuan ini, para peserta diminta menyediakan

* sebuah sinopsis sekitar 3 halaman (langkau 2 baris) tentang idea keseluruhan novel.
* Bab Pertama

Ambil perhatian bahawa, bab yang dikirimkan haruslah bab permulaan dan bukannya satu daripada bab yang bukan bab pertama (misalnya, bab yang ketiga atau kelima, dsb).

Mohon bahan di atas dikirimkan selewat-lewatnya pada 1 November 2010.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Khar : 019-2414928;
atau Farid : 012-2790474

Bengkel Penulisan Yang Lepas :(sila klik)
2) Bengkel Penulisan Novel 1 - 12 Disember 2009
3) Bengkel Penulisan Novel 2 - 3 Januari 2010

Read more...

Monday, June 14, 2010

Bengkel Fiksyen Sains Dan Fantasi Yang Mengujakan! 13 Jun 2010

Para perserta dan pembimbing

Ia suatu bengkel yang mengujakan. Bilangan perserta yang tidak melebih 10 orang bukan suatu penghalang untuk perserta berpartisipasi dengan aktif dalam bengkel, malah amat memberangsangkan; jauh dari sangkaan awal kami. Dimulakan dengan sdr Fadli yang membuka topik berkenaan penulisan Fiksyen Sains, bersilang sulam dengan buku dan filem menyebabkan bengkel ini menjadi gamat dengan perdebatan pendapat dan ceria dengan pengalaman dan tentunya ilmu pembimbing yang mantap sekali.

bengkel

Kata Nisah Haron di FB, "Ke bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Fantasi di IYC. Memugar semangat menulis Annyss Sophilea."

Setiap pembimbing diberikan dua (2) slot untuk membicarakan tentang penulisan fiksyen sains dan fantasi. Sesungguhnya, ia merupakan satu bengkel yang tidak mengecewakan, hingga AVA terpaksa menyusun semula jadual dan mengakhiri sesi bengkel pada jam enam (6) petang. Lewat ciri-ciri, pengkelasan, buku, filem, pengarang, pengarah - semua diperbincangkan secara rinci, itupun terpaksa 'dipotong' oleh AVA agar tidak melangkaui masa yang ditetapkan.



Manakala sesi fantasi dimulakan dengan peringatan kepada penulis baru agar lebih berhati-hati dalam cita-cita untuk menjadi seorang penulis. Dari format hinggalah ke perjanjian disentuh secara agak rinci untuk kefahaman perserta. Kemudian barulah sesi bengkel fantasi yang sebenarnya dimulakan dengan pengkelasan dan pencirian. Namun apa yang menarik adalah pembimbing mencadangkan agar menulis dan menghabisi manuskrip terlebih dahulu daripada memikirkan tentang sama ada manuskrip itu elok atau tidak.

Kata pembimbing, "Ugly duckling ...." Kepada perserta yang hadir tentu memahami yang diperkatakan.

Seterusnya sesi disambung selepas minum petang jam 4.30. Tetapi ia tidak tertakluk dalam bengkel semata, perbincangan antara perserta dan pembimbing berterusan di meja makan dan terpaksa diingatkan bahawa masa sudah melebihi. Lalu disambung semula sesi bengkel yang lebih bersifat SNJ. Hinggalah bengkel terlepas dari masa yang ditetapkan. Sengaja AVA membiarkan, namun apabila angka jam sudah mencecah 6.20 petang, terpaksalah ia diberhentikan. Namun bersambung lagi di luar bilik, sehinggalah hampir jam 6.30. Ada yang sudah berpamitan, ada yang masih mendambakan sesuatu dari pembimbing.

AVA - bengkel yang amat memberangsangkan.

Sila klik sini untuk keterangan lanjut bengkel

Senarai perserta :

1. Nisah Hj Haron
2. Ariyatna Adri
3. Norhanizah Ismail
4. Johari Rahmad
5. Lee Ana
6. Mazni Md. Ramly
7. Mohd Nur Hakim Bahaman
8. Safina Ahmad

Gambar lengkap di FB AVA

Read more...

Wednesday, June 9, 2010

Pembimbing Bengkel Penulisan Sci-fi dan Fantasi 13 Jun 2010

Sumber gambar dari : alaf21
Blog Pembimbing Sci-Fi : Fadli Al-Akiti
Facebook beliau di
sini
Ulasan novel beliau :
Jian
Novel :
Saga Horizon
Zine selengaraan beliau : di sini

Pembimbing Bengkel Fantasi : Ahmad Patria Abdullah
Laman Web beliau : Artakusiad
Facebook Kelab Peminat Ahmad Patria Abdullah
Novel-novel beliau : di sini

Read more...

Wednesday, May 12, 2010

BENGKEL MOTIVASI MENULIS NOVEL - ANJURAN KEMUDI


Ini adalah kiriman seorang rakan yang meminta bengkel ini diwar-warkan. Terima kasih Hanisah Othman.
------------------------------------------

anjuran KEMUDI
sasaran : penulis baru / penulis yang sudah ada asas menulis
Tarikh : 18 Julai 2010*
Masa : Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat : Kompleks Belia dan Kebudayaan
Negeri Selangor, Lot 4, Jalan 7/52
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Penceramah : Novelis Ramlee Awang Murshid

TENTATIF :
9.00 Pendaftaran
9.10 Persediaan menulis
10.30 rehat/ kudapan/ minum pagi
11.00 Tarikan novel
1.00 Bersurai

YURAN : HANYA RM30
KHAS UNTUK AHLI KEMUDI RM10

SESIAPA YANG BERMINAT HARAP BERI NAMA PENUH, KAD PENGENALAN DAN NO TELEFON KE EMEL jelita_anis@yahoo.com

*tarikh bengkel mungkin akan berubah mengikut kelapangan penceramah.

Read more...

Monday, April 19, 2010

BENGKEL PENULISAN NOVEL POPULAR & KISAH BENAR

ANDA ingin menjadi seorang penulis Alaf 21 yang berjaya di persada penulisan, tetapi anda yang terlepas peluang menghadiri bengkel penulisan yang kami adakan pada tahun lepas. Maka atas permintaan ramai, kami sekali lagi akan mengadakan bengkel penulisan ini yang akan bermula pada bulan Mei akan datang.

Sila rujuk, agenda yang telah ditetapkan oleh pihak Alaf 21.

Kategori Novel Popular/Kisah Benar

TARIKH: 22 MEI, SABTU
PENCERAMAH: NOVELIS TERKENAL, PUAN NORZAILINA NORDIN & PUAN ANIS AYUNI
TEMPAT: AKADEMI KARANGKRAF, SEKSYEN 15 SHAH ALAM, SELANGOR
MASA: 9.00 PAGI – 4.00 PETANG
PESERTA: 35 ORANG SAHAJA
YURAN: RM100.00 SEORANG (SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI, MINUM PETANG DAN SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN)

Tujuan bengkel ini diadakan bagi mencari penulis-penulis baru sebagai pelapis dan akan dilatih bakat menulis mereka untuk menghasilkan buku bersama Alaf 21.

Mereka yang digalakkan mengikuti bengkel ini ialah:

  1. Pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang berminat untuk menulis.
  2. Peminat-peminat novel Alaf 21 yang bercita-cita untuk menjadi penulis.
  3. Mereka yang tidak pernah menulis di mana-mana syarikat penerbitan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Alaf 21 di talian 03 55118820/21. Atau berhubung terus dengan;

Editor Puan Rubiah Aksah ~ 016 2670802 (Hanya pada waktu pejabat sahaja)
Editor Puan Mazuen Yahaya ~ 019 6931406 (Hanya pada waktu pejabat sahaja)

Bayaran hendaklah dibuat menerusi Maybank2u atas nama Alaf 21 Sdn Bhd. No akaun 014271416077.
Sertakan nama penuh, nombor Mykad, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel.
Slip bayaran hendaklah difakskan ke 03 55113817. Atau diemel ke alaf@alaf21.com.my.

Untuk pengetahuan anda, bengkel ini akan diadakan secara bersiri dari masa ke semasa.

Norzailina Nordin & Anis Ayuni


sumber : Laman Web Alaf21

Read more...

Friday, January 22, 2010

Bengkel Penulisan Sci-Fi & Fantasi - 13 Jun 2010 (Ahad)

Rentang bengkel penulisan sci-fi dan fantasi

Poster 2 Bengkel

Sila baca peraturan membayar yuran bengkel - sila klik
sini
Kepada yang berminat, sila emel nama penuh, no untuk dihubungi (apabila perlu) ke ejenmanuskrip@yahoo.com

Pembimbing : Fadli Al-Akiti (sci-fi) dan Ahmad Patria Abdullah (fantasi)
Tarikh : 13 Jun 2010 (Ahad)
Tempat : IYC, Cheras. Sila klik peta ke IYC di
sini.
Masa : 9pagi - 4 petang

Yuran : RM 150.00 -
klik sini
Ahli berdaftar dan sudah membayar yuran - diskaun 20% (kaedah pembayaran adalah melalui internet banking - dan no akaun Maybank hanya diberikan kepada mendaftar untuk tujuan privasi)
Early Bird Fees (3 hari dari tarikh iklan - sila baca peraturan membayar yuran bengkel di atas)

Perserta : 15 - 20 Orang Sahaja

Minum Pagi & Makan Tengahari disediakan
Sijil disediakan
Ada kemudahan surau

Read more...

Sunday, January 3, 2010

Gambar Sekitar Bengkel Penulisan Novel 3 Januari 2010

Para perserta

Tinta menulis ...

Seusai bengkel kali ini terasa penat mula memanjat seluruh tubuh. Tapi keseronokan menjajah perasaan apabila terpandang kepuasan di tampang perserta yang hadir. Pun begitu sebagai wakil AVA, saya memohon maaf atas kemusykilan yang timbul di waktu pagi (sesi pendaftaran). Tapi atas usaha sdr Farid (MC), sesi ini dapat diatasi dengan cekap. Sekali lagi, dalam bengkel yang serba sederhana ini, saya dapat mengunyah banyak input baru yang dihidangkan oleh Puan Nisah.


Meskipun dua slot agak panjang, namun pengisiannya dapat dirasakan amat-amat membantu penulis. Maklumat, penjelasan, huraian terasa memberikan sinar baru dan pengharapan dalam melunasi novel-novel yang ada dalam simpanan. Kalau dahulu, peta minda dihamparkan, kali ini input yang diberikan bagai melengkapkan sesi yang terdahulu. Pun begitu, saya yakin bahawa banyak lagi kejutan input yang ada pada Puan Nisah dan masih belum dikongsikan bersama mereka yang sentiasa mengikuti bengkel penulisan AVA. Slot 1 dan 2 diwarnai dengan teknik, format, kaedah dan segala perihal yang berkaitan dengan teknikaliti dalam menggarap karya novel.


Dan sesi akhir, selepas rehat pula dihabiskan dengan membedah sinopis, bab 1 dan watak-watak. Saat-saat ini amat kritikal, persoalan panjang pendek sinopsis perserta dibincangkan, itu tidak menjadi hal. Apa yang penting adalah maklumat yang diberikan dan segala petua pesan serta nasihat dapat dihadami sebaik mungkin oleh para perserta. Dan yang paling penting sekali adalah menyiapkan novel tersebut!

Walau sehebat mana pun karya anda, yang penting ia perlu berada di atas meja editor dalam bentuk fizikalnya yang siap untuk ditarah dan ditebas, bukannya idea yang menerawang di dalam kepala. :) AVA mendoakan moga-moga para perserta terus tekal dalam menyudahkan manuskrip novel yang dicita-citakan. Selamat maju jaya.

Gambar-gambar lain, sila lihat di FB AVA.

Senarai perserta yang hadir :

Keterangan Bengkel - klik di sini

1. Anne Kasih Mustafa
- Sinar Cinta Kembali
2. Water Lily - Pelangi Cinta Watanabe
3. Ariyatna Adri - Ratna Mulya
4. Amir Hamzah - Pertemuan
5. Putri Lily - Perginya Bersama Cinta
6. Kaseh Esmiralda - Angel In The Devil Suit
7. Nemo - Kasih Yang Terbagi 2
8. Fadhilah Maarif - Kerana Betty
9. Z.S Karya
10. Zayu Hisham
11. Muhaymin Ahmad - Layar Impian

Read more...

Wednesday, December 23, 2009

Bengkel Motivasi Penulisan AVA & Sesi Godak Novel - Khas Untuk Ahli Berdaftar - 9 Mei 2010 (Ahad)

Salam hormat kepada semua.

Alhamdulillah, bengkel motivasi penulisan AVA akan diserikan lagi oleh Puan Maria Kajiwa (MK) untuk sesi di sebelah petangnya. Saya namakan sesi 'godak novel' kerana sesi tersebut menjemput khusus pada ahli sama ada yang mengikuti bengkel novel sebelum ini atau tidak untuk turut menyertainya.

Sesi tersebut akan lebih bersifat perbincangan dan soal jawab terhadap segala kemusykilan berkenaan penulisan novel. Apa sahaja permasalahan dan kesukaran dalam melunasi sesebuah novel akan dikendalikan oleh MK. Terima kasih kepada MK yang berkesanggupan untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Juga kepada Abg Bro yang komited dalam membimbing ahli AVA agar terus bersemangat untuk menulis.

Tentatif program pada tarikh dan hari tersebut :

8.30 - 9.00 : Pendaftaran

9.00 - 11.00 : Sesi Motivasi Penulisan 1 (Abg Bro)

11.00 - 11.15 - Minum Pagi *

11.15 pagi - 1 petang : Sesi Motivasi Penulisan 2 (Abg Bro)

1 petang - 2 petang : Makan Tengahari *

2 petang - 4/5 petang : Sesi Godak Novel Bersama Maria Kajiwa

4/5 petang : Bersurai

Yuran Perserta : RM 50.00 (bayar semasa pendaftaran)
* Sesi minum pagi dan makan tengahari tidak disediakan oleh penganjur.

Tempat : IYC, Cheras KL

Kepada ahli yang berminat untuk menyertainya, sila daftar di kotak komen entri ini.

Read more...

Saturday, December 12, 2009

Gambar Sekitar Bengkel Penulisan Novel

Senarai perserta
Dari kanan (berdiri) : Norfarahin, Zuliana, Pn Nisah, Farah, Maria Kajiwa, Lili, Faiz, Nadir
Duduk (dari kanan) : Fadli, Macai Suci





Lagi gambar di FB AVA
(siapa tiada FB, kena daftarlah ... hehehe)

Salam.

Alhamdulillah, walaupun ramai yang menarik diri di saat-saat akhir, namun bengkel berjalan lancar. Ada juga mendaftar di saat-saat akhir, iaitu perserta termuda, Faiz Naim yang berumur 15 tahun. Semua itu sudah tertulis di 'sana'. Dengan penyampaian pembimbing bengkel yang berkaliber, Puan Nisah - bengkel menjadi 'hidup' dan suasana amat ceria. Tambahan pula, perserta begitu bersemangat, berbincang, bersoal-jawab dan sebagainya.

Yang paling menarik adalah semuanya dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan tanpa mengira status dan pengalaman dalam dunia penulisan. Sama ada senior atau tidak, perserta dapat diyakini dapat mengambil manfaat yang sepenuhnya dari bengkel yang dijalankan. AVA mengucapkan tahniah kepada semua perserta yang mengambil bahagian.

Pelbagai bentuk dan ragam penulisan yang dimajukan, namun semuanya dapatlah dikatakan mempunyai bakat. Hanya memerlukan ketekunan dan ketekalan sahaja dalam berkarya, insya-Allah lahirlah karya tersebut ke dunia penulisan dalam bentuk fizikal.

Kehadiran salah seorang rakan editor yang juga merupakan ahli AVA, sdr Fadli Al-Akiti menambahceriakan suasana dan majlis. Semoga AVA dapat mencurahkan lagi bakti kepada penulis yang berminat untuk menyertai program yang dianjurkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir. Program akan datang pada 3 Januari 2010.

p/s : Puan Nisah mencadangkan agar diadakan bengkel lanjutan untuk memastikan novel dapat disiapkan, bagaimana semua?

Read more...

Friday, December 11, 2009

Bengkel Penulisan Novel 12/12

Pagi nanti AVA akan berada di IYC untuk bengkel penulisan novel yang dikendalikan oleh Puan Nisah Hj Haron. Saya berdoa moga-moga diberikan kelancaran serta keselamatan untuk semua yang hadir, amin, amin, amin. Disamping itu, dapatlah kita sama-sama mengambil manfaat dan saling berkongsi ilmu yang secebis ini untuk dambaan generasi yang akan datang.

Read more...

Monday, November 30, 2009

Pra Bengkel 12.12.09 - Makluman

Alhamdulillah bengkel penulisan novel tetap diadakan walaupun ramai yang menarik diri di saat-saat akhir. Semuanya disebabkan masa yang terlalu sibuk. Cuma apa yang AVA lihat, bengkel pada masa akan datang, yuran bengkel akan dibayar terlebih dahulu sebelum hari berbengkel atau lebih tepat bayar sewaktu mendaftar (no akaun akan saya berikan melalui emel). Ini disebabkan penarikan diri di saat-saat akhir menyebabkan ketidakselesaan dari segi logistik dan sebagainya. Pengurusan menjadi sedikit tergendala.

Yuran kelak harus dibayar penuh, sekiranya dia menarik diri di saat-saat akhir, hanya 10% sahaja yuran akan dikembalikan dari bayaran asal. Selain itu, kerja-kerja pra-bengkel dan penghantaran maklumat atau bahan juga memakan masa dan ruang penganjur bengkel. Oleh itu, mereka tidak dapat hadir di saat-saat akhir hendaklah memaklumkan melalui emel atau sms. Sekiranya gagal berbuat demikian, yuran dikira hangus.

Itu tidak dikira pada perserta yang langsung tidak menjawab emel yang dihantar untuk mengetahui respons atau maklumat lain. AVA amat kesal dengan perkara ini. Bengkel akan datang adalah Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Fantasi, penganjur telah mendapat persetujuan dari penceramah dalam genre berkenaan. Akan tetapi sekiranya sikap sebegini berlaku, AVA terpaksa memikirkan semula, sama ada untuk menunda atau membatalkan sahaja bengkel tersebut.

Juga AVA telah mendapat lampu hijau daripada penulis skrip drama bersiri popular Nur Kasih untuk memberikan ceramah dalam bengkel penulisan skrip akan datang, tapi semua itu harus AVA pertimbangkan semula, memandangkan sikap perserta yang acuh tak acuh.

Terima kasih - untuk makluman semua.

Read more...

Wednesday, October 21, 2009

BENGKEL PENULISAN NOVEL SESI KE-2 : 3 JANUARI 2010 (TERBUKA UNTUK SEMUA)


Ini adalah sesi bengkel penulisan novel yang ke-2, bagi sesiapa yang tidak dapat hadir untuk sesi pertama dan berminat, jemputlah daftar untuk sesi ini pula.

1) Hanya terbuka kepada 15 orang yang terawal sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.

2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat. Tarikh akhir perserta menghantar sinopsis adalah 27 Disember 2009.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)

4) Tarikh : 3 Januari 2009 (Ahad)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)

8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

Read more...

Tuesday, October 20, 2009

Bengkel Penulisan Novel AVA 2009 - 12 Disember 2009


Salam semua ahli AVA dan pelayar alam maya.

Saya baru sahaja berbincang dengan Puan Nisah Hj Haron, alhamdulillah... nampaknya beliau sekali lagi bersetuju untuk menjadi pemudahcara bagi bengkel penulisan novel yang bakal diadakan oleh AVA. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :

1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.


2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)

4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)

8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.

Read more...

Bengkel Penulisan Novel AVA 2009

Terima kasih atas respons terhadapan cadangan untuk mengadakan bengkel penulisan novel. Saya bercadang untuk mengadakannya pada bulan Disember, ada beberapa tarikh yang yang kosong setakat ini - 12/12 (ini tarikh cantik!) @ 26/12 @ 27/12. Sila lihat dan pilih tarikh mana yang sesuai untuk saudara-saudari. Harap dapat respons. Sila war-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Tempat adalah terhad, kali ini AVA hanya buka untuk 20 orang perserta sahaja. Sila war-warkan kepada rakan-rakan lain.

- Pemudahcara : Puan Nisah Hj Haron
- Tempat : Pusat Belia Antarabangsa Cheras, KL
- Yuran : RM 100.00

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Bengkel Penulisan Novel Aksi @ Thriller Oleh Alaf21

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Murshid dan Eyman Hykal.

Sila layari laman web Alaf21

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP