Wednesday, February 17, 2010

ANTOLOGI PUISI SEMPENA DENGAN HARI GURU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sempena dengan sambutan Hari Guru pada setiap bulan Mei setiap tahun (16 Mei ), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Selangor (PPS) berhasrat mengumpulkan dan seterusnya menerbitkan 1Antologi Puisi HARI GURU.

Justeru, KALAM dan PPS mengalu-alukan dan dengan berbesar hati menjemput semua para penyair dan penulis untuk menghantar karya masing-masing yang berbentuk puisi. Kepada setiap penyair dan penulis, setiap puisi yang ingin dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu:


i) Taksiran puisi adalah terbuka, iaitu sama ada berbentuk tradisional (pantun, syair, nazam dan gurindam) atau moden (sajak).


ii) Tema puisi pula mestilah tentang jasa, pengorbanan, penghargaan dan seumpamanya tentang guru.


iii) Panjang sesebuah puisi tidak lebih daripada tiga (3) muka surat, kertas A4, ditaip langkau dua baris, jenis tulisan Arial dan saiz huruf 12.


iv) Setiap penyair dan penulis boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah karya masing-masing.



v) Panel penyelenggara berhak untuk memilih puisi yang sesuai untuk diterbitkan dan akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih.



Sebagai makluman kepada penyair dan penulis yang karya mereka terpilih dan tersiar, bayaran honorarium dan senaskhah antologi akan diberikan secara percuma. Oleh itu, setiap penyair dan penulis yang menghantar karya mesti menyertai sekali biodata ringkas dan alamat surat-menyurat dan no. telefon untuk memudahkan urusan penerbitan dan pemakluman.

Tarikh akhir penyerahan puisi adalah pada 25 Mac 2010 dan kepada penyair dan penulis yang berminat, sila kirimkan puisi tuan/puan sama ada melalui e-mel kepada Saifullizan Yahaya (saif@dbp.gov.my atau saif_hati@yahoo.com.my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (ikhram@dbp.gov.my atau pahlawan313@yahoo.com.my) sebelum tarikh di atas.


Untuk pertanyaan lanjut berhubung penerbitan antologi puisi tersebut, bolehlah menghubungi saudara Saifullizan Yahaya (016-3018645) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (012- 2908429).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Salam hormat,

Saifullizan Yahaya

Muhamad Ikhram Fadhly Hussin

p/s: Sila uar-uarkan kepada rakan penyair dan penulis yang berminat.

4 comments:

Putri Lily February 17, 2010 at 3:03 AM  

Wah! Menarik... Insya-Allah, insya-Allah... :)

~Putri Lily~

Khar,  February 17, 2010 at 6:41 AM  

PL - silakan, silakan.

Ridha Reewani / Rizai Reeani February 19, 2010 at 7:39 PM  

Wah, semacam berminat. Insyaallah, boleh cuba. Terima kasih AK untuk makluman ini... :)

Khar,  February 19, 2010 at 11:31 PM  

Ridh-One, silakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP