Wednesday, December 21, 2011

AVA Sepanjang 2011 dan Akan Datang, 2012.

Alhamdulillah, sepanjang 2011, dapatlah AVA mengadakan 12 bengkel yang secara puratanya 1 bulan, 1 bengkel. Ini bolehlah dikatakan mencapai sasaran walaupun ada beberapa siri bengkel yang terpaksa ditunda atau dibatalkan oleh kerana kekurangan penyertaan.

Secara umumnya, pelbagai bengkel yang meliputi penulisan kreatif, non-kreatif juga yang melibatkan seni kraf diadakan bagi memenuhi kehendak dan juga mengisi kekosongan bengkel yang sama ada jarang diadakan atau sukar untuk didapati.

Tahun 2012 pula, AVA merancang pelbagai lagi bengkel, bicarawara, klinik dan sebagainya untuk mereka yang berminat mengembangkan lagi bakat dalam pelbagai bidang. Selain itu, sasaran AVA untuk membantu mereka yang mahu menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan. Sayugia itu, pelbagai bengkel penulisan lagi akan diadakan bagi memberi pilihan dan ruang kepada calon peserta yang berminat.

Tentunya, wajar sekali AVA mengucapkan terima kasih kepada para penceramah dan rakan AVA yang membantu menjayakan bengkel yang sudah, alhamdulillah. Juga tidak dilupakan kepada para peserta yang hadir sama ada dari tanah air, Singapura dan Indonesia mahupun Brunei, terima kasih buat kalian.

AVA sepertinya terdahulu tetap akan mengekalkan jumlah peserta dalam skala yang kecil bagi menjamin mutu dan penumpuan terhadap bengkel yang diadakan (kecuali dari pihak Kerajaan atau swasta - pun tetap kami mencadangkan dalam jumlah penyertaan yang sederhana). Sekiranya terdapat kekurangan pada bengkel yang lepas, AVA akan cuma memperbaikinya pada masa akan datang. Harapan AVA, semoga bengkel yang diadakan mendapat sambutan dari peserta serta masyarakat luar.

AVA - sumber gedung ilmu, Insya-Allah.

1 comments:

S.Kausari January 30, 2012 at 4:44 AM  

Bila agaknya dapat menghadiri bengkel anjuran AVA? Hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP