Tuesday, December 22, 2009

Pertukaran Nama Agensi Villa Aksara ---> Astaka Villa Aksara

Salam hormat.

Makluman buat ahli AVA dan pelayar blog ini.

Memandangkan AVA dengan izin Allah dapat berkembang dengan seadanya, saya sebagai penganjur memikirkan satu kaedah untuk membawa AVA berhijrah lebih jauh lagi. Setelah berbincang dengan beberapa ahli AVA lain, saya mengambil keputusan untuk mendaftarkan AVA dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tujuannya bagi membolehkan AVA bergerak sebagai suatu entiti yang sah di sisi undang-undang dan mengelakkan perkara berbangkit di kemudian hari.

Alhamdulillah hari AVA berjaya didaftarkan. Hanya nama sahaja yang ditukar, kerana SSM tidak membenarkan penggunaan perkataan 'agensi'. Kelam-kabut juga memikirkan nama baru untuk menggantikan 'agensi' agar singkatan AVA itu kekal. Alhamdulillah, perkataan 'astaka' melintasi benak. Saya bertafakur sebentar dan merenung perkataan 'astaka' dalam-dalam. Setelah berpuashati, barulah saya mencatatkan di ruangan yang disediakan.

Maka dengan itu, bermulah episod baru Astaka Villa Aksara atau dengan singkatannya AVA sebagai sebuah entiti/ badan sah yang berdaftar dan menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan sastera dan penulisan.

Maksud (sila klik) 'astaka'.


Nama pada kepala blog dan lambang AVA juga akan diubah dalam masa yang terdekat.

Terima kasih atas sokongan semua, khususnya ahli AVA.

9 comments:

Kaseh Esmiralda December 22, 2009 at 2:48 AM  

Waa~~~

Kaseh suka nama baru ni...

Khar,  December 22, 2009 at 4:32 AM  

Alhamdulillah, terima kasih, mari sama-sama lestarikan AVA :)

Janganlah lama sangat menyepi Kaseh ...

LeaQistina December 22, 2009 at 4:52 AM  

Astaka = cukup simbolik dlm menggambarkan fungsinya...

suka nama baru ini.. tahniah!

Khar,  December 22, 2009 at 7:35 AM  

Lea & Kak MK, terima kasih atas sokongan padu yang kalian berikan.

Kaseh Esmiralda December 22, 2009 at 7:36 AM  

maaf AK...

Kaseh menyepi tak bermakna Kaseh tak ikuti perkembangan AVA tau...

cuma lebih selesa jadi silent reader sesekali...

Khar,  December 22, 2009 at 8:50 AM  

Kaseh - bukti cinta, pada lafaz terucap, hati membenarkan.

bukti ada - mestilah ada tulis komen sedikit. Tak tulis apa-apa, tak dikira aci... hehhehe (jangan marah aaa)

Putri Lily December 22, 2009 at 11:27 PM  

hehe... boleh gitu nak samakan bukti cinta dgn bukti ada? Falsafah baru nampak. :)

Lily pun taknak lepaskan peluang untuk mengalu-alukan kelahiran perkataan 'Astaka' kerana bergabung bersama perkataan 'Villa Aksara' dan langsung mencipta nama yang sah dalam aktiviti sastera.

Tahniah AVA!

~Putri Lily~

Khar,  December 23, 2009 at 1:08 AM  

PL , hehehe ... yang sudah tentu ada. :)

Terima kasih atas sokongan padu PL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP