Sunday, January 10, 2010

Notis Berkenaan Peraturan Yuran Pendaftaran Bengkel

Salam hormat, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setakat ini bengkel yang dijalankan masih berjalan lancar walaupun terdapat beberapa situasi dari segi logistik dan sebagainya. Namun ada beberapa perkara yang AVA harus bertindak sebelum ia menjadi 'penyakit' hingga tidak dapat dikawal. Salah satunya adalah isu bayaran yuran bengkel. Mulanya, idea pembayaran yuran bengkel pada hari bengkel dijalankan adalah suatu yang AVA fikirkan patut diberikan untuk kemudahan perserta.

Akan tetapi, apabila beberapa siri bengkel yang dijalankan menghadapi perkara yang sama, AVA telah mempertimbangkan semula, bersepakat dan bersetuju selepas berbincang dengan penasihat Undang-undang AVA serta sidang pemangkin; AVA dengan berat hati
terpaksa mengenakan syarat untuk membayar lebih sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum bengkel dijalankan.

Situasi timbul apabila para perserta yang menarik diri di saat-saat akhir, itu masih lagi beruntung kerana memaklumkan kepada AVA. Tetapi ada yang terus senyap sahaja tanpa sebarang berita, sedangkan bahan-bahan untuk berbengkel sudah dihantar. Cuma, AVA merasakan adalah tidak adil kepada perserta lain yang sudah mendaftar dan bersusah-payah menghadiri bengkel, sedangkan mereka bayar dan anda tidak bayar apa-apa pun tapi mendapat bahan yang sama. Hanyalah SMS yang mengatakan tidak mampu hadir ke bengkel. Jadi, kepada pelayar blog AVA atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai bengkel anjuran AVA, hendaklah mengikuti syarat dan terma yang digariskan di bawah ini :

(a) Bayaran - selewat-lewat dijelaskan tiga (3) minggu sebelum dari tarikh bengkel

(b) Bayaran awal (early bird fees) akan diberikan diskaun 20% dalam tempoh tiga (3) hari selepas diumumkan di entri blog. Termaktub hanya untuk bengkel yang melebihi daripada nilai RM 50.00 ke atas. Ahli AVA yang berdaftar dan sudah menjelaskan yuran pendaftaran, akan dimaklumkan kadar diskaunnya melalui emel.

(c) Kepada mereka yang menarik diri di saat-saat akhir selepas membayar, hanya 20% sahaja duit akan dikembalikan. Bagi yang tidak memaklumkan AVA langsung, yuran pendaftaran dikira hangus dan tidak akan dikembalikan.

(d) Bagi mereka yang mendaftar dan tidak membayar yuran pada tempoh yang ditetapkan, statusnya akan dilayan sebagai KIV dan namanya akan ditarik dari senarai di blog sehinggalah dia menjelaskan yurannya seperti dinyatakan pada (a).

(e) Kepada perserta yang mendaftar di saat-saat akhir, hendaklah menjelaskan yurannya serta-merta atau sekurang-kurangnya sehari selepas menghantar emel pendaftaran. Sekiranya tidak, dia tidak akan disenaraikan sebagai perserta bengkel berkenaan.

(f) Peraturan ini akan berkuatkuasa pada bengkel yang bermula April 2010.

Sekian, harap maklum.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP