Wednesday, June 9, 2010

Penginapan Bajet Berhampiran Dengan Premis Bengkel

Sesudah beberapa kali menerima perserta yang agak jauh/luar dari Kuala Lumpur, saya berjalan semalam berdasarkan maklumat yang diterima. Bertemulah saya sebuah hotel bajet yang sederhana dan mempunyai bilik yang agak selesa dengan harga yang berpatutan. Di kawasan tersebut terdapat kemudahan kedai makan, kedai mamak, 7-Eleven dan pelbagai premis di situ. Jadi, mana-mana perserta yang berminat untuk menghadiri bengkel AVA, bolehlah menempah seawalnya di hotel tersebut.

Saya dan sdr Farid agak berpuashati dengan keadaan kebersihan dan kondisi lain hotel tersebut. Namun, itu adalah pilihan yang terdekat dan berhampiran dengan IYC. Kemudahan teksi juga ada. Selain itu berhampiran pula dengan LRT Cheras, Bandar Tun Razak dan Salak Selatan.

Sesiapa yang berminat, sila klik sini untuk keterangan lanjut. Juga disediakan pautan di sebelah kanan blog untuk capaian. (http://www.smarthotel.com.my/)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP