Sunday, December 13, 2009

Peluang Terbit di Tunas Cipta dan Membina Nama Anda

Kepada rakan ahli AVA yang ingin menghantar cerpen dan puisi ke Tunas Cipta, sila emelkan kepada AVA untuk semakan demi menjaga kualiti penulisan dan nama AVA. Pra-syarat adalah seperti berikut :

1 - Umur : kurang dari 35 tahun

2 - Kisah selain dari cinta melankolia

3 - Halaman : Tidak melebihi 10 muka surat (Times New Roman, 12, langkau dua)

4 - Sila pastikan format yang diberikan oleh AVA dan Pn Nisah dipatuhi (ada tajuk cerpen, nama penulis, muka surat dan lain-lain).

5- AVA akan menyemaknya dan menghantar kembali kepada penulis untuk menghantarnya sendiri. Sila nyatakan bahawa anda adalah rakan ahli AVA; kerana mereka akan menghubungi saya untuk mengesahkan tentang perkara ini. Ahli AVA yang tidak /masih belummendaftar, sila mendaftar kembali untuk mendapatkan hak dan keistimewaan ini!

6 - Cerpen akan disemak oleh panel editor AVA.

7 - Sila pastikan format, ejaan anda disemak berulang kali sebelum menghantar ke AVA dan menghantar ke Tunas Cipta kelak.

Terima kasih, moga terus lestari berkarya dan menghantarnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP