Monday, February 28, 2011
Karnival Buku Kedah 2011
Kunjungi gerai jualan Syarikat Adam bersempena Karnival Buku Kedah.
Tempat: Dewan Putra (bersebelahan Esso & TNB), Kulim, Kedah
Tarikh: 25 Feb - 3 Mac 2011
Masa: 10 pagi - 9.30 malam
Dapatkan buku & novel terbitan Grup Buku Karangkraf dengan harga diskaun sehingga 20%. Hanya yang terbaik daripada Grup Buku Karangkraf!
Read more...
Labels:
Pesta Buku
Sunday, February 27, 2011
Sehati, Sejiwa, Seia, Sekata ...Bengkel Wartawan Ekspres 27 Feb 2011
KL - bagaikan sahabat lama nian terpisah, akhirnya bertemu di bawah bumbung PKG Hulu Kelang. 5W 1H,apa itu? Bagi peserta yang menghadiri bengkel ini secara langsung dapat menimba ilmu dari dua 'otai' yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan. Sdr Rozlan MN dan Muhamad Rais Yeop Johari bagaikan magnet yang menarik peserta untuk duduk tertegun mendengar cerita, berita dan pengalaman yang disampaikan. Malah pihak AVA sendiri tertarik dengan pengisian yang disampaikan. (Iklan di sini)
Penerangan asas dan teori kewartawanan
Bermula dari asas, konsep dan falsafah kewartawanan dimamah perlahan-lahan oleh peserta yang nyatanya memang mendambakan bengkel seumpama ini. Peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang karier menjadikan bengkel ini hidup dengan pertanyaan yang bertubi-tubi. Tidak cukup dengan teori, praktikal juga dijalankan pada sesi kedua selepas rehat.
Sesi lakonan/praktikal Press Conference (PC)
p/s : Terima kasih kepada para pembimbing Sdr RMN dan Rais yang sudi hadir untuk berkongsi pengalaman dengan peserta, para peserta yang hadir, petugas PKG Hulu Klang, Sdri Nurul, katering, Ustaz Junaidi - sambal madura memang sedap! Terima kasih juga kepada pihak LKIM yang menghantar peserta ke bengkel ini.
Lagi kisah bengkel ini di Celik Huruf - klik sini.
Read more...

Seawal November lagi, iklan bengkel sudah dipaparkan di blog dan FB AVA, begitu juga di blog dan FB Sdr RMN. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menarik perhatian mereka yang sememangnya minat tetapi tiada tempat atau saluran untuk mengetahui dan mempelajarinya. Paling menarik apabila peserta dapat mengongsikan pengalaman serta menjalinkan ukhuwah seawal bengkel hinggalah tamat bengkel. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada mereka yang hadir ke bengkel. Bukan mudah untuk bertemu, terutama para penceramah yang lazimnya sentiasa sibuk meladeni tugas harian di pejabat, namun alhamdulillah, di bawak anjuran AVA, dapatlah peserta mengenali dan berhubung dengan pembimbing secara langsung.
Bermula dari asas, konsep dan falsafah kewartawanan dimamah perlahan-lahan oleh peserta yang nyatanya memang mendambakan bengkel seumpama ini. Peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang karier menjadikan bengkel ini hidup dengan pertanyaan yang bertubi-tubi. Tidak cukup dengan teori, praktikal juga dijalankan pada sesi kedua selepas rehat.

Semoga ilmu yang diperolehi di bengkel ini dapat dimanfaatkan apabila kembali bertugas di pejabat masing-masing untuk kesejahteraan semua.
p/s : Terima kasih kepada para pembimbing Sdr RMN dan Rais yang sudi hadir untuk berkongsi pengalaman dengan peserta, para peserta yang hadir, petugas PKG Hulu Klang, Sdri Nurul, katering, Ustaz Junaidi - sambal madura memang sedap! Terima kasih juga kepada pihak LKIM yang menghantar peserta ke bengkel ini.
Lagi kisah bengkel ini di Celik Huruf - klik sini.
Labels:
Bengkel Berkaitan Kewartawanan
Saturday, February 26, 2011
Temubual Dari Menara Gading : UiTM
Hari ini AVA dikunjungi oleh tiga orang pelajar UiTM yang berlatarbelakangkan 'Pengurusan Acara/Majlis' (Event Management) untuk menemubual. Jam 11 pagi kami berjumpa di IYC, Cheras memandangkan lokasi itu ada mudah dan sedikit privasi. Persoalan adala sekitar bagaimana AVA kerja-kerja awalan dan perjalanan AVA dalam mengendalikan acara-acara yang melibatkan bengkel. Selain itu, mereka juga datang ke rumah untuk melihat sendiri pejabat AVA yang berkonsepkan SOHO (Small Office Home Office), yakni bekerja dari rumah sebagai bukti temubual mereka.
Terima kasih diucapkan kepada Fatehah, Shahira dan Wanie kerana menembual serta mempercayai kredibiliti AVA. Meskipun AVA hanyalah syarikat berskala kecil, namun kepercayaan yang diberikan oleh mereka adalah sangat besar. Bertambah manis apabila Bengkel Wartawan Ekspres dihadiri oleh peserta yang dihantar oleh LKIM. Ini merupakan satu penghargaan yang sangat besar AVA; juga merupakan suatu permulaan yang baik untuk tahun 2011.
Terima kasih kepada pelajar-pelajar UiTM dan LKIM.
Read more...
Terima kasih diucapkan kepada Fatehah, Shahira dan Wanie kerana menembual serta mempercayai kredibiliti AVA. Meskipun AVA hanyalah syarikat berskala kecil, namun kepercayaan yang diberikan oleh mereka adalah sangat besar. Bertambah manis apabila Bengkel Wartawan Ekspres dihadiri oleh peserta yang dihantar oleh LKIM. Ini merupakan satu penghargaan yang sangat besar AVA; juga merupakan suatu permulaan yang baik untuk tahun 2011.
Terima kasih kepada pelajar-pelajar UiTM dan LKIM.
Labels:
Interbiu Pelajar IPT
Friday, February 25, 2011
Bicarawara Bersama SN Dato' A Samad Said
Melihat dunia penulisan ada suatu dunia baru bagi kebanyakan penulis, AVA mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis bicarawara bersama sasterawan negara (SN) untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka. Ini akan dilakukan secara berperingkat, seorang demi seorang sasterawan negara akan dijemput oleh AVA untuk mencurahkan pengalaman mereka. Selain itu, sebagai mendekatkan diri umum untuk mengenali SN dengan lebih dekat dan tentu sekali untuk menyelami dunia sastera khususnya.
Akan datang SN Dato' A Samad Said menjadi pilihan pertama AVA untuk hadir, Insya-Allah. Dijangkakan sekitar hujung bulan April atau awal bulan Mei.
Labels:
Bersama Sasterawan Negara,
Bicarawara
Wednesday, February 23, 2011
Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor 2011
Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor 2011
Tarikh : 4, 5 dan 6 Mac 2011
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Tempat hanya untuk 60 pemohon terawal sahaja
"YANG DAHULU DIDAHULUKAN"
untuk muat turun borang, sila klik sini.
Read more...
Tarikh : 4, 5 dan 6 Mac 2011
Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Tempat hanya untuk 60 pemohon terawal sahaja
"YANG DAHULU DIDAHULUKAN"
untuk muat turun borang, sila klik sini.
Labels:
Bengkel Berkaitan Novel,
Pertandingan
Tuesday, February 22, 2011
Bengkel Gendang Silat Aliran Utara (Asas Lagu Berjalan) Siri 2 : 19- 20 Feb 2011

Peserta kali ini terdiri anak-anak muda yang kebanyakannya berlatar beladiri seni silat. Ada juga yang mempunyai asas dan pengalaman bermain gendang silat aliran Melaka. Dan ada pula dari latarbelakang yang lain, namun semuanya dapat mengikuti bengkel ini dengan jaya. Tambahan pula, penyediaan tempat bengkel amat selesa, sama seperti bengkel pertama. Paling menyeronokan adalah apabila salah seorang peserta dari bengkel pertama sudah mampu meniup irama serunai tanpa 'putus angin' untuk menyambung 'nyawa'. Syukurlah.
Moga-moga pihak penganjur akan menganjurkan lagi bengkel yang seumpama ini pada masa akan datang. Terima kasih kepada GPMS Cawangan Melaka, peserta yang hadir, para pembimbing, juga tidak dilupakan kepada barisan guru-guru silat yang turut hadir sama menyertai bengkel kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua.
Bengkel siri : 1, sila klik sini.
Labels:
Bengkel Berkaitan Muzik
Monday, February 21, 2011
Bengkel Asas Fotografi : 17 April 2011 (Ahad)

Bagi sesiapa yang berminat, sila emel astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com (Sila sertakan nama dan alamat, bukti pembayaran haruslah disertakan dengan cut dan paste). Akaun pembayaran akan diberikan melalui emel.
Tarikh : 17 April 2011 (Ahad)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : PKG Hulu Kelang, sila klik sini
Jumlah Perserta : 15 orang sahaja
Sijil, Makan & Minum Disediakan.
Tempat Solat disediakan.
Bayaran :
Yuran : RM 200.00
Syarat :
Kamera minimum - DSLR
Tentatif bengkel adalah seperti berikut :
9 - 11 pagi :
Pengenalan pada kamera digital SLR
- Teori asas fotografi
- Peralatan fotografi
- Camera Setting
- Asas Komposisi
11 - 11.15 pg
Rehat
11.15 - 1 ptg
Sambungan kuliah
1 - 3 ptg :
Sesi Outdoor (Aplikasi Teori Dan Praktikal) + model
3 - 5 ptg
Pembentangan dan perbincangan hasil Outdoor
Sesi Soal-jawab dan bersurai
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi sdr. Khar (019-2414928) atau sdr. Farid (012-2790474). Perserta digalakan membawa laptop.
Bengkel Fotografi Yang Lepas :
Bengkel Asas Fotografi - 18 Julai 2010
Bengkel Asas Fotografi - 30 Januari 2010
Model untuk sesi ini : Eydha Baharuddin
Read more...
Labels:
Bengkel Berkaitan Fotografi
Sunday, February 20, 2011
Thursday, February 17, 2011
Majlis Makan Malam Amal 2011
Tempat : Pusat Rekreasi JKKK, Bt.11 Cheras
Tarikh : 26 Febuari 2011
Masa : 8.oo malam
Kepada sesiapa yang berhajat untuk menderma bagi majlis ini untuk membina :
1) Tapak perhimpunan berbumbung
2) Gelanggang bola keranjang berbumbung
3) Laluan berbumbung dari sekolah ke hentian bas
4) Penambahbaikan infrastruktur sekolah
sila hubungi : Cikgu Azeah : 012-3402128
Harga 1 tiket bernilai : RM 50.00 sahaja
Read more...
1) Tapak perhimpunan berbumbung
2) Gelanggang bola keranjang berbumbung
3) Laluan berbumbung dari sekolah ke hentian bas
4) Penambahbaikan infrastruktur sekolah
sila hubungi : Cikgu Azeah : 012-3402128
Harga 1 tiket bernilai : RM 50.00 sahaja
Labels:
Derma
Tuesday, February 8, 2011
Bengkel Skrip Drama Radio : 3 April 2011
Maklumat :
Dunia penulisan skrip drama adalah merupakan satu dunia penulisan skrip yang jarang diberi pendedahan serta kurang maklumat berkenaannya. AVA dengan sukacitanya membawa bengkel ini dengan tujuan agar dapat mendedahkan kepada umum tentang peluang untuk menulis skrip drama radio yang kekurangan penulis. Tambahan pula, umum tidak berapa mengetahui siaran radio yang sentiasa menyiarkan drama radio.
Tujuan :
Bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang dunia penulisan skrip drama radio yang ada di tanah air. Peserta akan mendapat penerangan tentang format skrip dan prosedur untuk menghantarnya. Selain dari penerangan secara teori, penulisan secara praktikal juga akan dilakukan dan akan disemak oleh pembimbing yang merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan skrip drama radio. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis skrip drama tv, novel dan cerpen.
Pembimbing :
Zamidah bte. Hashim
Tarikh :
3 April 2011 (Ahad)
Masa :
9 pagi - 5 petang
Tempat :
PKG Hulu Klang, sila klik sini.
Peserta :
10-15 orang sahaja
Yuran :
RM 150.00
Kepada yang berminat, sila baca :
a) cara daftar, klik sini
b) syarat menyertai bengkel, klik sini
c) tentang bayaran yuran bengkel, sila klik sini
Untuk diskaun, sila baca sini.
Read more...
Tujuan :
Bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang dunia penulisan skrip drama radio yang ada di tanah air. Peserta akan mendapat penerangan tentang format skrip dan prosedur untuk menghantarnya. Selain dari penerangan secara teori, penulisan secara praktikal juga akan dilakukan dan akan disemak oleh pembimbing yang merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan skrip drama radio. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis skrip drama tv, novel dan cerpen.
Pembimbing :
Zamidah bte. Hashim
Tarikh :
3 April 2011 (Ahad)
Masa :
9 pagi - 5 petang
Tempat :
PKG Hulu Klang, sila klik sini.
Peserta :
10-15 orang sahaja
Yuran :
RM 150.00
Kepada yang berminat, sila baca :
a) cara daftar, klik sini
b) syarat menyertai bengkel, klik sini
c) tentang bayaran yuran bengkel, sila klik sini
Untuk diskaun, sila baca sini.
International Conference On Translation 2011


sila klik untuk besarkan saiz
Labels:
Konferens,
Terjemahan
Monday, February 7, 2011
Iklan Bengkel Wartawan Ekspres di UM
Iklan Bengkel Wartawan Ekspres di Utusan Malaysia, 8 Febuari 2011. Ruangan Diari Wanita.
Read more...
Labels:
Iklan Di Akhbar-Majalah
Thursday, February 3, 2011
Tuesday, February 1, 2011
Promosi dan Diskaun AVA
Salam hormat,
Syukur alhamdulillah, bengkel AVA masih mendapat sambutan dari umum. Meskipun ada turun naik, itu adalah perkara biasa dan AVA sudah mangli dengan keadaan begitu. Hidup bagaikan roda, begitu jugalah dengan AVA. Memandangkan AVA sudah beroperasi hampir setahun lebih, kerap juga kedapatan mereka yang bertanya tentang persoalan diskaun sekiranya ada. Ada masanya ia membuatkan AVA menjadi serba-salah, khusunya pertanyaan yang datang dari rakan-rakan dan kenalan AVA. Oleh itu kami di AVA mengambil keputusan untuk memberikan diskaun, yang bertindak juga sebagai promosi. Dalam keadaan ini, kedua-dua belah pihak berada dalam situasi menang-menang. Berikut adalah diskaun sebagai promosi :
1) DISKUAN UNTUK INDIVIDU YANG MENGHADIRI BENGKEL :-
(a) Kepada mana-mana individu yang berjaya membawa masuk seorang peserta, RM 10.00 akan ditolak daripada jumlah yuran satu-satu bengkel tersebut. Contohnya, yuran bengkel adalah RM 100.00, individu tersebut dapat membawa masuk seorang peserta lain, maka yurannya adalah RM 100.00 - RM 10.00 = RM 90.00. Begitulah seterusnya.
(b) SYARAT utk individu tersebut memperolehi diskaun di atas (a), individu yang mendapatkan peserta tersebut itu mestilah dia sendiri yang memberikan nama, alamat, No. K/P, emel , no telefon (maklumat lengkap) peserta tersebut kepada AVA serta mendapat keizinan dari peserta yang dicalonkan dan DENGAN SYARAT nama peserta yang diberikan kepada AVA itu sudah membuat bayaran dan sah diterima pembayarannya oleh AVA.
(c) Sekiranya peserta yang dibawa masuk tidak membuat sebarang bayaran, maka hak individu yang membawanya untuk memperolehi diskaun adalah terbatal dengan sendirinya. Ini bermakna individu yang membawa peserta tersebut secara tidak langsung mestilah mempastikan peserta yang dibawa masuk sudah membuat bayaran.
2) KOMISYEN UNTUK INDIVIDU YANG MEMBAWA PESERTA TETAPI TIDAK MENGHADIRI BENGKEL
(a) Bagi individu yang ingin membawa masuk peserta ke bengkel anjuran AVA tetapi TIDAK MAHU MENGHADIRI bengkel tersebut, sekiranya berjaya, akan diberikan komisyen sebanyak RM 10.00 dengan syarat dia sendiri memberikan maklumat lengkap (nama, alamat, no. k/p, emel, no telefon) kepada AVA. Seorang peserta dibawa masuk, komisyennya adalah RM 10.00 dan begitulah seterusnya.
(b) Individu yang membawa masuk peserta tersebut akan memperolehi komisyennya apabila peserta tersebut sudah membuat bayaran dan sah diterima oleh AVA, dan bayaran komisyen akan dilakukan sesudah bengkel yang dinyatakan selesai berlangsung pada tarikh yang dinyatakan.
(c) Individu yang membawa masuk peserta tersebut hendaklah memberikan maklumat penuh dan lengkap agar pembayaran dan rekod boleh dibuat. Nama, alamat penuh, no. k/p, emel, no telefon dan akaun bank hendaklah diberikan kepada AVA agar pembayaran boleh dilakukan.
(d) Individu yang ingin membawa masuk peserta tersebut hendaklah membaca iklan yang dipaparkan untuk mengetahui maklumat berapa jumlah peserta dalam satu-satu bengkel.
3) PENGECUALIAN
(a) Individu yang membawa masuk peserta itu mestilah mendapat kebenaran daripada peserta yang ingin dibawa masuk. AVA tidak akan bertanggungjawab sekiranya individu tersebut tidak mendapat kebenaran dari peserta yang dibawa masuk.
(b) AVA tidak boleh disabitkan sama sekali sekiranya terjadi sebarang penipuan pada maklumat yang diberikan.
(c) AVA berhak membatalkan seseorang itu daripada mendapat diskaun atau komisyen sekiranya AVA mendapati ada sebarang unsur penipuan.
4) STATUS BENGKEL
Hanya akan dinyatakan di dalam Facebook AVA.
5) PERUBAHAN SYARAT DAN TERMA
(a) Sebarang perubahan terhadap segala syarat dan terma di atas adalah menjadi hak AVA dan tidak perlu memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Notis tentang promosi dan iklan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh 3 Febuari 2011.
(b) Sebarang diskaun dan komisyen di atas hanyak tertakluk pada bengkel yang dianjurkan oleh AVA sahaja.
(c) Maklumat boleh dihantar sama ada ke astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Khar (019-2414928).
Subscribe to:
Posts (Atom)