Mahu Jadi Wartawan Sambilan? 27 Febuari 2011
Maklumat Bengkel :
Sesiapa sahaja mampu bercerita selagi ia mampu melakukan aktiviti komunikasi tidak kira sama ada secara lisan mahupun menggunakan isyarat dan simbol. Kemampuan ini merupakan kunci kepada proses perantara untuk menyampaikan maklumat. Dalam erti disiplin ilmu aktiviti ini disebut kewartawanan!
Menyedari akan hakikat ini modul wartawan ekspress akan menyediakan satu kelompok wartawan dari kalangan apa jua lapisan masyarakat untuk berkongsi apa yang mereka tahu dan memenuhi apa yang khayalak ingin tahu.
Dengan mengetahui asas-asas dalam pelaporan berita, modul ini akan mempersiapkan seorang wartawan yang berfungsi di lokasi dan memiliki kepekaan yang tinggi terhadap nilai-nilai berita yang berlegar di persekitaran mereka. Malah mereka juga akan dilatih untuk menajamkan deria menghidu berita di dalam komuniti mereka.
Modul ini dibahagikan kepada empat sesi yang berbeza di mana merangkumi aspek mempersiapkan diri untuk menjadi pemberita (stringer), atau penyumbang kandungan berita kepada mana-mana agensi atau organisasi media tertentu.
Perserta juga akan didedahkan dengan teknik penulisan berita yang dinamik dan dibimbing bagaimana untuk mendapatkan sumber berita. Serta keseluruhan kaedah dan asas yang lengkap secara cepat dan berkesan.
Maklumat Slot : Pengenalan dunia kewartawanan, persediaan diri, gaya penulisan, sumber maklumat, menulis jenis-jenis berita, kemahiran menghidu berita, perkongsian pengalaman, praktikal menulis dan rumusan serta banyak lagi rahsia dalam penulisan yang akan dikongsikan oleh pembimbing.
Pembimbing : Rozlan b. Mohammad Nor (RMN), sila klik sini.
Sesi Khas : Penolong Ketua Biro 'KOSMO!' Negeri Sembilan
Tarikh : 27 Febuari 2011
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : PKG Hulu Kelang, sila klik sini
Yuran : RM 150.00
Perserta : 15-20 orang sahaja
Kepada yang berminat, sila baca :
a) cara daftar, klik sini
b) syarat menyertai bengkel, klik sini
c) tentang bayaran yuran bengkel, sila klik sini
0 comments:
Post a Comment