Laporan Bengkel Asas Fotografi : 18 Julai 2010
Sila klik sini untuk keterangan lanjut (Tentatif Program)
Senarai perserta :
1. Ahmad Al-Muhaymin b Abd. Wahab
2. Eli Yuliana
3. Nurrul Umie b. Mohd. Arznie
4.Nurul Hidayah Buhollia
Pada gambar itu menyatakan segala-galanya. Ya, sesi bengkel kali ini tidaklah begitu ramai perserta namun kemeriahannya jelas tergambar di tampang mereka apabila teori yang dipelajari berjaya dipraktikan. Semua itu terlukis apabila gambar yang dipaparkan di skrin LCD yang ditayangkan bagi sesi komentar.
Sebagai penganjur, AVA sangat berpuashati dengan situasi yang berlaku. Sama ada sesi teori mahupun praktikal, ia semua memainkan peranan yang penting bagi perserta yang hadir. Perserta mula memesrai kamera digital yang tercatuk di hadapan masing-masing. Dengan gaya tersendiri, tujahan lensa mula menguasai sekitaran Tasik Permaisuri, Cheras.
Tambahan pula dengan kesabaran pembimbing, En Zaidi menambahkan semangat dan iltizam perserta untuk menjadikan bengkel asas ini sebagai titik permulaan dalam bidang fotografi. Mungkin juga secara serius selepas ini.
Kata pembimbing, "Selagi tidak dapat, tidak boleh balik... mesti sampai boleh."
Itu kata-kata hikmat pembimbing yang menjadi tangkal semangat untuk perserta mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dalam sesi teori. AVA sendiri turut teruja dengan semangat yang ditunjukan oleh perserta. Hinggalah perserta terlajak masa sewaktu sesi 'menembak' gambar di tasik. Setiap saat, subjek, lanskap dijadikan medan pertarungan untuk menghasikan gambar yang terbaik. Ditambah pula dengan bantuan rakan pembimbing, En Asmee yang diterbangkan khas dari Johor menyemarakan lagi suasana yang berlangsung.
Pelbagai gaya dan ragam yang terlihat sewaktu sesi 'menembak'. Adakalanya serius, terkadang menjadi lelucon dan pelbagai aksi yang tidak menjemukan perserta. Akhir kalam, pembimbing, melalui AVA akan mengadakan sesi bengkel suntingan gambar (Photoshop) pada bulan Oktober.
"Setiap photographer mesti tahu menggunakan perisian ini." Disamping itu, pembimbing tidak lokek memberikan tips dan petua untuk perserta yang hadir pada sesi bengkel kali ini. AVA mendoakan semoga ia menjadi langkah pertama untuk terus memajukan diri dalam bidang fotografi pada masa akan akan datang, amin.
Gambar penuh di FB AVA.
Gambar lain di multiply Yuli.

3 comments:
Nak ikut bengkel photoshop...
Salam hormat,
Anazkia, AVA masih menunggu kata putus dari En Zaidee.
Anaz - 17 Oktober 2010
Post a Comment