Tuesday, June 30, 2009

Sinkope/ Sinkof/ Singkatan

Sinkope atau sinkof - menurut kamu DBP : "Pemendekan sesuatu kata dengan mengugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah kata-kata itu."

Sinkof adalah merupakan terma linguistik bagi menyatakan perkara di atas. Misalnya, perkataan 'ha' dalam 'sahaja' digugurkan, menjadi 'saja'. Ataupun huruf 'id' dalam 'tidak', menjadi 'tak'. Contoh penggunaannya dalam struktur ayat :

"Nape kau tak pergi sana tu?"
"Buat pa kau tak makan saja dia tu?"
"Kutemui dia dalam perjalanan ni."
(Perkataan bertanda merah dan italic itu adalah sinkof)

Tentu kita perasan tentang perkara ini bukan? Dalam penulisan yang ingin lari dari laras bahasa yang penuh selalu menggunakannya. Atau mungkin juga disebabkan pengaruh dialek atau percakapan harian/tempatan. Dan kerap kali ianya dikesan di dalam penulisan terutama di dalam dialog dan sesekali melanggar naratif yang sepatutnya menggunakan ejaan yang penuh.

Sejauh mana pula penggunaan sinkof ini dibenarkan dalam penulisan karya anda (tidak menyentuh bahasa percakapan harian)? Perkara ini sering kali menjadi perdebatan sejak dari dahulu lagi. Tetapi rata-rata ahli bahasa dan penulis lama mengatakan bahawa sinkof ini hanya dibenarkan dalam dialog sahaja, dengan penggunaan yang paling minima. Dalam naratif, ianya tidak dibenarkan sama sekali. Kecuali dalam puisi, ia dibenarkan atas alasan lesen puitika - yakni untuk menimbulkan kesan dan impak kepada pembaca.

Insya-Allah sama-sama kita manfaatkan maklumat ini untuk kita tinjau dan intai garapan karya yang kita tukangi. Wassalam.

Teks : Serunai Faqir

3 comments:

kekwa66 August 24, 2011 at 7:02 PM  

saudara penulis,
Ada kesalahan bahasa tu, "iaynya"..salah tu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP