Thursday, September 8, 2011

Kursus Intensif Seni Silat Sendeng Aliran Utara

Buat julung kali PERSAUDARAAN SENI SENDENG ALIRAN UTARA membawakan kepada anda kursus intensif pengenalan kepada Seni Silat Sendeng Aliran Utara yang terdiri dari aliran-aliran berikut :

PADA HARI SEMINAR SENDENG SEPADI akan di ajar PENUH dan sendeng yang lain nya dibuat pengenalan......HARAP MAKLUM!

1) Sendeng Kerabat (Sendeng Tok Nayan atau Mat Kucing Hutan)
2) Sendeng Tiga Belas
3) Sendeng Sepadi
4) Sendeng Sekeping Papan

Kursus akan dibimbing oleh Tuan Guru Haji Zainal Abidin Sheikh Awab, Guru Utama Persatuan Silat Tua Penang merangkap pengasas Persaudaraan Seni Sendeng Aliran Utara dengan sokongan dan iringan oleh ahli-ahli persaudaraan seperti :

1) Guru Dr. Aziwahija Yeop (Gayung Fatani)
2) Guru Wan Yusmar (Harimau Berantai)
3) Guru Aziz Md Said (Gerak Tepat)
4) Guru Syed Mustafa Kamal Jamalulail
5) Guru Ahmad Hazuan (Akademi Seni Beladiri)
6) Guru Sulaiman Shariff (Gayong USA)

dan banyak lagi tokoh-tokoh silat tempatan (ahli persaudaraan) yang akan hadir bersama ...

Selain dari menimba ilmu dalam Seni Sendeng Aliran Utara, anda juga berpeluang untuk bermesra, bermuzakarah dan merapatkan silaturrahim dengan mereka yang hadir.

Pengisian Program :-

24/9/2011 (Sabtu)
9.00 AM - Pendaftaran peserta
9.30 AM - Pengenalan Persaudaraan Seni Sendeng Aliran Utara
10.00 AM - Senaman pemanasan
10.30 AM - Praktikal Seni Silat Sendeng Aliran Utara
1.00 PM - Rehat, Makan Tengah Hari dan Solat
2.00 PM - Sambungan Praktikat Seni Silat Sendeng Aliran Utara
4.30 PM - Tazkirah Keagaamaan Oleh Guru Aziz Md Said
5.00 PM - Pengijazahan Ilmu dan Amalan Hasanah Khusus
5.30 PM - Bersurai bagi peserta kursus

25/9/2011 (Ahad)
Sesi bonus guided tour (lawatan) ke tempat bersejarah di Melaka. Lokasi akan ditentukan kemudian (mungkin Gunung Ledang / Pulau Besar).

Yuran : RM 80 / orang sahaja.

Syarat Penyertaan :-
1) Jemputan tertutup (by invitation only)
2) Sihat tubuh badan dan mendapat kebenaran ibu-bapa bagi usia < 18thn
3) Untuk yang beragama ISLAM sahaja
4) Membuat bayaran RM 80 sebelum 10 September, 2011 kepada akaun Maybank Akaun # 154026 532495 Abu Huzaifah Hashim dan menghantar SMS pengesahan penyertaan / pembayaran ke 0126820460 dgn memberikan Nama Penuh, I/C, Alamat, No Telefon.

Bagi yang tiada dalam senarai jemputan tetapi minat menyertai, sila hantar mesej permohonan kepada HP urusetia seperti dibawah.

Lokasi Kursus : Gelanggang Seni Silat Gerak Tepat, Jln. Hj. Yaakub, Kg. Bukit Baru Dalam, 75150, Melaka

Koordinat GPS : N 02⁰ 13.225' E102⁰ 16.295'

Maklumat lanjut sila hubungi urusetia program :

Pengiklan : (Melalui Persatuan Seni Silat Gerak Tepat yang sudah berdaftar)
Abu Huzaifah Hashim - 012 682 0460
Iqqhuan Mustafa - 019 369 7567

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP