Friday, August 21, 2009

Kesalahan Dalam Penulisan

Salam ramadhan semua kepada ahli AVA yang dikasihi. Topik kali ini adalah berkenaan perkara asas di dalam penulisan yang perlu diambil serius dan diteliti oleh setiap penulis. Melalui kebanyakan manuskrip yang disemak oleh saya terdapat beberapa kesilapan asas yang sepatutnya tidak berlaku setelah beberapa kali disemak dan diperbetulkan. Antara kesilapan tersebut adalah :-

1) Tanda bacaan dalam dialog
Perkara ini perlu diperhatikan dengan teliti, walaupun mudah, kadangkala kita terlepas pandang dan membiarkannya. Dan inilah pentingnya untuk setiap penulis menyemak dan mengedit semula manuskrip yang siap. Kalau mahu manuskrip anda ditangani oleh editor yang menilai manuskrip dan menerimanya dengan cepat, perkara ini WAJIB dielakkan. Kedudukan koma, titik dua betindih, noktah, tanda seruan dan sebagainya perlu diperhatikan.

2) Ejaan
Perkara ini adalah suatu yang tak perlu diingatkan sebenarnya. Bagi setiap penulis, semakan perkataan haruslah berdasarkan Kamus Dewan atau mana-mana kamus yang diiktiraf setaraf dengannya. Kadangkala terdapat banyaak ejaan baru atau ejaan yang telah berubah. Kamus adalah sahabat karib penulis! Kalau tiada, tolong dapatkan satu!

3) Sinkof
Kependekan perkataan dalam dialog atau naratif. Perkara ini juga telah ditegur. Seandainya di dalam dialog ia dibolehkan tapi janganlah hendaknya penulis mengambil lewa sehingga berlaku perubahan yang keterlaluan di dalamnya. Misalnya, perkataan 'ini' dieja dengan 'nie', 'itu' dieja 'tue', 'kenapa' dieja dengan 'nape' dan banyak lagi. Kependekan yang tidak patut dieja dengan sedemikian rupa. Para penulis sila ambil perhatian perkara tersebut.

Begitu dengan bahasa sms seperti, 'x' bermaksud tak/bukan, lol - laughing out loud, 'khdpn' - kehidupan dan lain-lain. Di dalam manuskrip yang ditukangi anda, ia tidak dibenarkan sama sekali.

4) Perenggan/paragraf
Dalam kes ini, paragraf yang ditulis adakala terdapat 20 baris ataupun lebih. Dalam penulisan standard, paragraf yang dikira sebagai sesuai adalah sebanyak 8 baris. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kebosanan pada pembaca.

5) Penggunaan Bahasa Asing
Penggunaan bahasa asing hendaklah di italic agar dapat membezakan dengan bahasa pengantar yang digunakan. Tapi sedapt mungkin gunakanlah perkataan asing dengan seminimum yang boleh, kecuali perkataan itu memang tiada di dalam bahasa Melayu.

6) Penggunaan Asterik ( * * *)
Asterik adalah penggunaan yang dilakukan untuk membezakan latar tempat atau latar masa. Cukup dengan menggunakan tiga titik asterik sahaja ( * * * ). Tak perlu menggunakan asterik berlebihan. Misalnya ***************

7) Format Penulisan
Ini juga adalah suatu perkara yang telah ditegur banyak kali, sila ambil perhatian kerana editor yang menerima manuskrip anda akan melihat manuskrip anda secara keseluruhan untuk dinilai. Mungkin manuskrip anda bagus tapi terpaksa diketepikan untuk sementara waktu kerana terdapat banyak sangat kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

Selamat berpuasa dan sila ambil perhatian tentang perkara di atas ini dengan lebih serius.

12 comments:

zaki zainol August 21, 2009 at 2:36 AM  

Salam, Khar.

Saya rasa bagi sesiapa yang mahu serius menulis (dan juga berkemampuan), boleh dapatkan Dewan Eja Pro. Proses menulis dan mengedit sendiri akan menjadi lebih mudah.

Farahusain August 21, 2009 at 3:04 AM  

salam ramadhan abg khar,

sekarang tengah dalam usaha meminimumkan kesalahan dalam manuskrip saya. terima kasih atas info yang diberi.

Anonymous,  August 21, 2009 at 5:10 AM  

terima kasih abg khar...
moga lepas ni kesilapan dlm manuskrip dapat dikurangkan.

selamat menyambut ramadhan al mubarak ya!

Camellia MK (Maria Kajiwa) August 21, 2009 at 6:12 AM  

Encik Khar,
saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tentang soal 'internal thoughts' adakah ia perlu ditulis dalam font italik atau tidak? Setahu saya ianya perlu tetapi saya lihat pada novel ianya tidak. Jadi jika untuk manuskrip, bagaimana?

Khar,  August 21, 2009 at 7:58 AM  

Sdr Zaki, ya - itu yang paling kalau berkemampuan.

Farah - Teruskan usaha anda.

Adra - Itulah yang diharapkan oleh AVA dan juga rakan editor AVA

MK - Saya akan jelaskan dalam entri yang akan datang, terima kasih atas persoalan tersebut.

LeaQistina August 23, 2009 at 7:49 AM  

Salam AK,

rasanya dah lama benar Lea menyepi dari memberi komen, kan? hehe... Lea cuma nak kongsikan dengan kawan-kawan sekalian mengenai Kamus Dewan Bahasa secara online. Lea dapat link daripada Caha (kapasitor). Kamus online tu dah banyak bantu Lea mengenai pemilihan kata serta ejaan yang betul sewaktu menulis. Tapi buat masa ni Lea mintak maaf sebab tak dapat sertakan link kamus DBP online tu... Lepas ni Lea akan send kat sini.

Semoga dapat membantu rakan-rakan sekalian =)

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak...

~LeaQistina

AVA August 23, 2009 at 8:42 AM  

Lea - Terima kasih kerana mahu berkongsi dengan ahli AVA.

Putri Lily August 24, 2009 at 2:18 PM  

Salam semua,

Terima kasih utk info paling penting ini. Harap dpt jadi pengajaran utk mempertingkatkan penulisan lily seterusnya.

Tak sabar nak tunggu Kamus Online yg Lea maksudkan tu.

~Putri Lily~

LeaQistina August 24, 2009 at 8:30 PM  

Salam,

seperti yang dijanjikan, link ke Kamus DBP online:-
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

~LeaQistina

Neddo August 27, 2009 at 9:41 PM  

soalan: kalau kita guna singkatan macam 'ni' ataupun 'je'... perlu tak dihitamkan [bold] perkataan tu? sebab selalunya kalau baca cerpen dalam majalah semua tu, diorang buat macam tu.

p/s: dr. blur ni banyak benor soalannya! hehe.. maklumlah, selama ni nulih sempoi-sempoi je..

Khar,  August 28, 2009 at 6:33 AM  

Neddo - dalam penulisan novel, tak perlu dihitamkan, cuma penggunaannya kalau boleh perlu diminimakan, itupun cuma untuk dialog. Dalam naratif tidak dibenarkan sama sekali ya.

p/s : Tak mengapa,perlahan-lahan, yang penting ada kemahuan untuk mempelajarinya dengan tekun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP