Monday, November 8, 2010

Bengkel Gendang Silat Aliran Utara (Asas Lagu Berjalan) : 6 - 7 Nov 2010


Salam hormat. Mengujakan... Mengendalikan dua bengkel serentak adalah suatu yang memenatkan tetapi seronok. Tambahan pula tenaga kerja AVA hanya sedikit, dan tentulah kerjasama yang diterima pihak pembimbing dan yang menjemput AVA amatlah melegakan. Alhamdulillah. Bengkel yang dijangkakan diadakan di KL terpaksa dipindahkan ke bumi Melaka kerana kekurangan perserta dan kos menjadi tinggi semerta.

Terima kasih AVA ucapkan kepada sdr Abu Huzaifah yang sanggup menjadi tuan rumah/ penganjur pada bengkel ini. Di bawah bendera GPMS [cawangan Melaka], kerjasama KGGK dan AVA, bengkel gendang silat yang sudah sekian lama tidak dianjurkan, berjaya terlaksana akhirnya di Melaka. Bertambah mengujakan apabila kehadiran perserta veteran yang menjadi semangat pembakar kepada perserta yang jauh lebih muda.

Pembelajaran asas dimulakan dengan penerangan serba-sedikit dan pembahagian kumpulan berjalan lancar. Ia dibahagikan pada dua kumpulan; serunai dan gendang. Tenaga pengajar dari KGGK menunjukan komitmen yang tidak berbelah-bahagi. Memandangkan bengkel yang lebih 80 persen bersifat praktikal, jadual yang dijangkakan berkakhir jam lima petang disambung hingga ke malam. Menurut KGGK, tujuannya untuk seboleh mungkin perserta tidak pulang kosong tangan. Sambil bengkel berjalan AVA beberapa kali menghantar pesanan ringkas dan menelefon kepada sdr Farid yang mengendalikan bengkel penulisan skrip drama yang 7 hari bulan untuk bertanyakan keadaan.

Bagi yang meniup serunai, semuanya berjaya melepasi tahap 1, 2 dan 3. Begitu juga dengan pembelajaran gendang yang dilunasi oleh KGGK. Syukur alhamdulillah, di akhir bengkel, para peserta berjaya membuat persembahan. Moga-moga pihak GPMS [cawangan Melaka], dapat menganjurkan bengkel yang seumpama pada masa akan datang, amin, insya-allah. Terima kasih diucapkan kepada sdr Huzaifah (GPMS cawangan Melaka) dan KGGK.

p/s : Semoga para perserta dapat mengambil manfaat dari bengkel ini.

Laporan di blog KG Gemala Kasturi

1 comments:

Unknown October 11, 2016 at 10:13 AM  

Saya sudah lama tertarik dengan seni gendang silat ni. Teruja dengan alunan serunai. Ada kelas belajar serunai ke Tuan?
-AMAN
-0189786430

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP