Sunday, July 19, 2009

Perkataan Lewah

Istilah ini biasanya digunakan dalam penulisan bagi menggambarkan pengulangan perkataan atau penggunaan perkataan yang berlebih-lebihan, walhal penggunaan perkataan sebelumnya sudah dapat difahami maksudnya. Menurut Kamu Dewan - istilah ini : 1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah (barang dll), mewah; 2. berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak perlu.

Contoh :

Ahmad menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak faham. - yang selalu ditulis, tapi kurang tepat.

Ahmad menggeleng-geleng kerana tidak faham. - yang tepat dan betul.

Geleng kepala (sebutan geleng itu sebenarnya sudah membawa pada kefahaman - kepala yang digeleng). Ada tak geleng lutut atau geleng siku atau geleng tangan dan sebagainya? Tiada bukan, jadi tuliskan sahaja perkataan geleng tanpa 'kepala'.

Banyak lagi perkataan lain, misalnya :
(cuba amati dan fahamkan, bayangkan di dalam fikiran tentang ayat yang selalu dikonstruk dengan perkataan di bawah ini). Yang mana satu lebih betul dan tepat?

> angguk-angguk kepala atau angguk?
> turun bawah atau turun?
> naik atas atau naik?
> sarapan pagi atau sarapan?
> mereka-mereka atau mereka?

Kalau rakan-rakan ada lagi perkataan yang seumpama di atas, sila senaraikan di peti komen supaya kita boleh sama-sama belajar dan mengambil manfaat.

Jadi, kita perasankan bahawa perkataan lewah sering kali kita gunakan di dalam pembinaan ayat dalam penulisan kita. Mari sama-sama kita 'biasakan yang betul dan betulkan yang biasa'.

4 comments:

LeaQistina July 20, 2009 at 3:03 AM  

:D hehe.. satu lagi kesalahan yang sering Lea lakukan.

Thanx atas perkongsian ini.

LeaQistina

Ilmar Imia July 20, 2009 at 7:14 PM  

macam mana dengan 'sebaik-baik' ataupun 'sebaik' dan 'kedua' ataupun 'kedua-dua'?

Cikgu saya ajar 'sebaik-baik' dan 'kedua-dua' tapi ada buku yang guna 'sebaik' dan 'kedua'

Kaseh Esmiralda July 21, 2009 at 4:47 AM  

Hurmm~~
jeling-jeling mata... jeling?
geleng kepala... geleng?

yg ni masuk katagori ke, abg khar?

Khar,  July 21, 2009 at 4:53 AM  

Ilmar - tengok penggunaan ayat, sebab biasanya perkataan seperti 'geleng', 'angguk' itu khusus. Perkataan 'sebaik-baik' - apa pula perkataan selepasnya, ia tidak mengkhusus. Contoh - 'sebaik-baik manusia' berbeza maksudnya dengan 'sebaik manusia.' Cuba perhatikan.

Kaseh - Ya, termasuk dalam lewah juga kalau kita sudah maklum tentang maksud perkataan 'jeling'. Tapi perkataan 'jeling' dan 'menjeling-jeling' boleh membawa maksud dua maksud yang berbeza. Ah, indahnya bahasaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP