Thursday, February 25, 2010

SAYEMBARA MENULIS NOVEL DAN SKRIP DRAMA KANAK-KANAK DAN REMAJA DBP 2009

Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-kanak dan Remaja DBP kini dibuka untuk penyertaan sehingga 30 September 2010.

Tema pertandingan adalah seperti yang berikut:

KATEGORI KANAK-KANAK (10 – 12 TAHUN)
Perpaduan
Sains fiksyen
Kasih sayang
Kekeluargaan

KATEGORI REMAJA (13 – 15 TAHUN)
Perpaduan
Sains fiksyen
Kekeluargaan
Pengembaraan

KATEGORI REMAJA (16 – 18 TAHUN)
Sejarah
Konflik sosial
Kemasyarakatan
Biografi tokoh terkenal

* Penulis digalakkan memasukkan unsur-unsur integrasi kaum dalam karya yang dihantar.

Kategori kanak-kanak – karya yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan kanak-kanak dalam lingkungan usia 10 – 12 tahun.

Kategori remaja – karya yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan remaja yang berusia 13 – 15 tahun dan 16 – 18 tahun.

NOVEL (10 – 12 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

SKRIP DRAMA (10 – 12 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga : RM2,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

NOVEL (13 – 15 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

SKRIP DRAMA (13 – 15 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

NOVEL (16 – 18 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

SKRIP DRAMA (16 – 18 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kecuali warga kerja PURNAMA, DBP.
2. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
i. Kategori novel dan skrip drama kanak-kanak
ii. Kategori novel dan skrip drama remaja
3. Tema sayembara ini adalah berdasarkan tema yang telah ditetapkan.
4. Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap genre bagi kesemua peringkat umur.
5. Panjang manuskrip bagi novel kanak-kanak adalah dalam lingkungan 15,000 hingga 50,000 patah perkataan manakala bagi novel remaja adalah dalam lingkungan 50,000 hingga 100,000 patah perkataan.
6. Panjang manuskrip bagi skrip drama kanak-kanak adalah dalam lingkungan 10,000 hingga 15,000 patah perkataan manakala bagi skrip drama remaja adalah dalam lingkungan 20,000 hingga 40,000 patah perkataan.
7. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.
8. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah.
9. Nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.
10. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.
11. Sekiranya karya yang dihantar itu ternyata di ciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta. Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah tersebut perlu dipulangkan semula kepada penganjur.
12. DBP berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan DBP.
13. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
14. Setiap manuskrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang penyertaan, disket manuskrip dan sekeping gambar berukuran pasport.
15. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu 30 September 2010 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-kanak dan Remaja DBP,
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA),
Tingkat 21, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Tel. : 03-21482522 / 03-21482526 / 03-21482345
Faks : 03-21414109
E-mel : syila@dbp.gov.my / azihani@dbp.gov.my / fatimah4@dbp.gov.my

3 comments:

Neddo February 25, 2010 at 5:54 AM  

terasa diriku begitu tua... huhuhu...

Putri Lily February 25, 2010 at 6:39 PM  

terasa pula diri ini terasing.. hmm...

~Putri Lily~

Unknown March 5, 2010 at 2:19 AM  

Wahh..mcm menarik ni...18 thn ke atas ke?? so boleh cuba la ni...emmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP