Promosi dan Diskaun AVA
Salam hormat,
Syukur alhamdulillah, bengkel AVA masih mendapat sambutan dari umum. Meskipun ada turun naik, itu adalah perkara biasa dan AVA sudah mangli dengan keadaan begitu. Hidup bagaikan roda, begitu jugalah dengan AVA. Memandangkan AVA sudah beroperasi hampir setahun lebih, kerap juga kedapatan mereka yang bertanya tentang persoalan diskaun sekiranya ada. Ada masanya ia membuatkan AVA menjadi serba-salah, khusunya pertanyaan yang datang dari rakan-rakan dan kenalan AVA. Oleh itu kami di AVA mengambil keputusan untuk memberikan diskaun, yang bertindak juga sebagai promosi. Dalam keadaan ini, kedua-dua belah pihak berada dalam situasi menang-menang. Berikut adalah diskaun sebagai promosi :
1) DISKUAN UNTUK INDIVIDU YANG MENGHADIRI BENGKEL :-
(a) Kepada mana-mana individu yang berjaya membawa masuk seorang peserta, RM 10.00 akan ditolak daripada jumlah yuran satu-satu bengkel tersebut. Contohnya, yuran bengkel adalah RM 100.00, individu tersebut dapat membawa masuk seorang peserta lain, maka yurannya adalah RM 100.00 - RM 10.00 = RM 90.00. Begitulah seterusnya.
(b) SYARAT utk individu tersebut memperolehi diskaun di atas (a), individu yang mendapatkan peserta tersebut itu mestilah dia sendiri yang memberikan nama, alamat, No. K/P, emel , no telefon (maklumat lengkap) peserta tersebut kepada AVA serta mendapat keizinan dari peserta yang dicalonkan dan DENGAN SYARAT nama peserta yang diberikan kepada AVA itu sudah membuat bayaran dan sah diterima pembayarannya oleh AVA.
(c) Sekiranya peserta yang dibawa masuk tidak membuat sebarang bayaran, maka hak individu yang membawanya untuk memperolehi diskaun adalah terbatal dengan sendirinya. Ini bermakna individu yang membawa peserta tersebut secara tidak langsung mestilah mempastikan peserta yang dibawa masuk sudah membuat bayaran.
2) KOMISYEN UNTUK INDIVIDU YANG MEMBAWA PESERTA TETAPI TIDAK MENGHADIRI BENGKEL
(a) Bagi individu yang ingin membawa masuk peserta ke bengkel anjuran AVA tetapi TIDAK MAHU MENGHADIRI bengkel tersebut, sekiranya berjaya, akan diberikan komisyen sebanyak RM 10.00 dengan syarat dia sendiri memberikan maklumat lengkap (nama, alamat, no. k/p, emel, no telefon) kepada AVA. Seorang peserta dibawa masuk, komisyennya adalah RM 10.00 dan begitulah seterusnya.
(b) Individu yang membawa masuk peserta tersebut akan memperolehi komisyennya apabila peserta tersebut sudah membuat bayaran dan sah diterima oleh AVA, dan bayaran komisyen akan dilakukan sesudah bengkel yang dinyatakan selesai berlangsung pada tarikh yang dinyatakan.
(c) Individu yang membawa masuk peserta tersebut hendaklah memberikan maklumat penuh dan lengkap agar pembayaran dan rekod boleh dibuat. Nama, alamat penuh, no. k/p, emel, no telefon dan akaun bank hendaklah diberikan kepada AVA agar pembayaran boleh dilakukan.
(d) Individu yang ingin membawa masuk peserta tersebut hendaklah membaca iklan yang dipaparkan untuk mengetahui maklumat berapa jumlah peserta dalam satu-satu bengkel.
3) PENGECUALIAN
(a) Individu yang membawa masuk peserta itu mestilah mendapat kebenaran daripada peserta yang ingin dibawa masuk. AVA tidak akan bertanggungjawab sekiranya individu tersebut tidak mendapat kebenaran dari peserta yang dibawa masuk.
(b) AVA tidak boleh disabitkan sama sekali sekiranya terjadi sebarang penipuan pada maklumat yang diberikan.
(c) AVA berhak membatalkan seseorang itu daripada mendapat diskaun atau komisyen sekiranya AVA mendapati ada sebarang unsur penipuan.
4) STATUS BENGKEL
Hanya akan dinyatakan di dalam Facebook AVA.
5) PERUBAHAN SYARAT DAN TERMA
(a) Sebarang perubahan terhadap segala syarat dan terma di atas adalah menjadi hak AVA dan tidak perlu memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Notis tentang promosi dan iklan ini berkuatkuasa bermula dari tarikh 3 Febuari 2011.
(b) Sebarang diskaun dan komisyen di atas hanyak tertakluk pada bengkel yang dianjurkan oleh AVA sahaja.
(c) Maklumat boleh dihantar sama ada ke astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Khar (019-2414928).
0 comments:
Post a Comment