Sehati, Sejiwa, Seia, Sekata ...Bengkel Wartawan Ekspres 27 Feb 2011
KL - bagaikan sahabat lama nian terpisah, akhirnya bertemu di bawah bumbung PKG Hulu Kelang. 5W 1H,apa itu? Bagi peserta yang menghadiri bengkel ini secara langsung dapat menimba ilmu dari dua 'otai' yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan. Sdr Rozlan MN dan Muhamad Rais Yeop Johari bagaikan magnet yang menarik peserta untuk duduk tertegun mendengar cerita, berita dan pengalaman yang disampaikan. Malah pihak AVA sendiri tertarik dengan pengisian yang disampaikan. (Iklan di sini)
Bermula dari asas, konsep dan falsafah kewartawanan dimamah perlahan-lahan oleh peserta yang nyatanya memang mendambakan bengkel seumpama ini. Peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang karier menjadikan bengkel ini hidup dengan pertanyaan yang bertubi-tubi. Tidak cukup dengan teori, praktikal juga dijalankan pada sesi kedua selepas rehat.
p/s : Terima kasih kepada para pembimbing Sdr RMN dan Rais yang sudi hadir untuk berkongsi pengalaman dengan peserta, para peserta yang hadir, petugas PKG Hulu Klang, Sdri Nurul, katering, Ustaz Junaidi - sambal madura memang sedap! Terima kasih juga kepada pihak LKIM yang menghantar peserta ke bengkel ini.
Lagi kisah bengkel ini di Celik Huruf - klik sini.
Penerangan asas dan teori kewartawanan
Seawal November lagi, iklan bengkel sudah dipaparkan di blog dan FB AVA, begitu juga di blog dan FB Sdr RMN. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat menarik perhatian mereka yang sememangnya minat tetapi tiada tempat atau saluran untuk mengetahui dan mempelajarinya. Paling menarik apabila peserta dapat mengongsikan pengalaman serta menjalinkan ukhuwah seawal bengkel hinggalah tamat bengkel. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada mereka yang hadir ke bengkel. Bukan mudah untuk bertemu, terutama para penceramah yang lazimnya sentiasa sibuk meladeni tugas harian di pejabat, namun alhamdulillah, di bawak anjuran AVA, dapatlah peserta mengenali dan berhubung dengan pembimbing secara langsung.
Bermula dari asas, konsep dan falsafah kewartawanan dimamah perlahan-lahan oleh peserta yang nyatanya memang mendambakan bengkel seumpama ini. Peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang karier menjadikan bengkel ini hidup dengan pertanyaan yang bertubi-tubi. Tidak cukup dengan teori, praktikal juga dijalankan pada sesi kedua selepas rehat.
Sesi lakonan/praktikal Press Conference (PC)
Semoga ilmu yang diperolehi di bengkel ini dapat dimanfaatkan apabila kembali bertugas di pejabat masing-masing untuk kesejahteraan semua.
p/s : Terima kasih kepada para pembimbing Sdr RMN dan Rais yang sudi hadir untuk berkongsi pengalaman dengan peserta, para peserta yang hadir, petugas PKG Hulu Klang, Sdri Nurul, katering, Ustaz Junaidi - sambal madura memang sedap! Terima kasih juga kepada pihak LKIM yang menghantar peserta ke bengkel ini.
Lagi kisah bengkel ini di Celik Huruf - klik sini.
2 comments:
Terima kasih juga AVA, syabas dan tahniah. Program tersebut sangat baik. Untuk makluman juga, blog saya ialah www.celikhuruf.com.
Harap maklum, dan syabas sekali lagi.
Terima kasih juga kepada tuan yang menjayakan program ini dengan cemerlang. AVA sangat menghargainya. :)
Post a Comment