Bengkel Fiksyen Sains Dan Fantasi Yang Mengujakan! 13 Jun 2010
Ia suatu bengkel yang mengujakan. Bilangan perserta yang tidak melebih 10 orang bukan suatu penghalang untuk perserta berpartisipasi dengan aktif dalam bengkel, malah amat memberangsangkan; jauh dari sangkaan awal kami. Dimulakan dengan sdr Fadli yang membuka topik berkenaan penulisan Fiksyen Sains, bersilang sulam dengan buku dan filem menyebabkan bengkel ini menjadi gamat dengan perdebatan pendapat dan ceria dengan pengalaman dan tentunya ilmu pembimbing yang mantap sekali.
Kata Nisah Haron di FB, "Ke bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Fantasi di IYC. Memugar semangat menulis Annyss Sophilea."
Setiap pembimbing diberikan dua (2) slot untuk membicarakan tentang penulisan fiksyen sains dan fantasi. Sesungguhnya, ia merupakan satu bengkel yang tidak mengecewakan, hingga AVA terpaksa menyusun semula jadual dan mengakhiri sesi bengkel pada jam enam (6) petang. Lewat ciri-ciri, pengkelasan, buku, filem, pengarang, pengarah - semua diperbincangkan secara rinci, itupun terpaksa 'dipotong' oleh AVA agar tidak melangkaui masa yang ditetapkan.
Manakala sesi fantasi dimulakan dengan peringatan kepada penulis baru agar lebih berhati-hati dalam cita-cita untuk menjadi seorang penulis. Dari format hinggalah ke perjanjian disentuh secara agak rinci untuk kefahaman perserta. Kemudian barulah sesi bengkel fantasi yang sebenarnya dimulakan dengan pengkelasan dan pencirian. Namun apa yang menarik adalah pembimbing mencadangkan agar menulis dan menghabisi manuskrip terlebih dahulu daripada memikirkan tentang sama ada manuskrip itu elok atau tidak.
Kata pembimbing, "Ugly duckling ...." Kepada perserta yang hadir tentu memahami yang diperkatakan.
Seterusnya sesi disambung selepas minum petang jam 4.30. Tetapi ia tidak tertakluk dalam bengkel semata, perbincangan antara perserta dan pembimbing berterusan di meja makan dan terpaksa diingatkan bahawa masa sudah melebihi. Lalu disambung semula sesi bengkel yang lebih bersifat SNJ. Hinggalah bengkel terlepas dari masa yang ditetapkan. Sengaja AVA membiarkan, namun apabila angka jam sudah mencecah 6.20 petang, terpaksalah ia diberhentikan. Namun bersambung lagi di luar bilik, sehinggalah hampir jam 6.30. Ada yang sudah berpamitan, ada yang masih mendambakan sesuatu dari pembimbing.
AVA - bengkel yang amat memberangsangkan.
Sila klik sini untuk keterangan lanjut bengkel
Senarai perserta :
1. Nisah Hj Haron
2. Ariyatna Adri
3. Norhanizah Ismail
4. Johari Rahmad
5. Lee Ana
6. Mazni Md. Ramly
7. Mohd Nur Hakim Bahaman
8. Safina Ahmad
Gambar lengkap di FB AVA

2 comments:
bengkel yang bagus! terima kasih kpd AVA kerana menganjurkan bengkel sebegini.
dan terima kasih juge kepada tenaga pengajar. ilmu2 anda insya allah digunakan dgn sebaik mungkin
terima kasih kpd peserta bengkel sama ada yang baru mahupun yang menyamar baru :P pengalaman yg anda kongsi amat2 dihargai ;)
Terima kasih juga atas kehadiran sdr dan yang lain. AVA ucap tahniah atas kerjasama dan pastisipasi yang mengujakan.
Post a Comment