Wednesday, December 23, 2009

Bengkel Motivasi Penulisan AVA & Sesi Godak Novel - Khas Untuk Ahli Berdaftar - 9 Mei 2010 (Ahad)

Salam hormat kepada semua.

Alhamdulillah, bengkel motivasi penulisan AVA akan diserikan lagi oleh Puan Maria Kajiwa (MK) untuk sesi di sebelah petangnya. Saya namakan sesi 'godak novel' kerana sesi tersebut menjemput khusus pada ahli sama ada yang mengikuti bengkel novel sebelum ini atau tidak untuk turut menyertainya.

Sesi tersebut akan lebih bersifat perbincangan dan soal jawab terhadap segala kemusykilan berkenaan penulisan novel. Apa sahaja permasalahan dan kesukaran dalam melunasi sesebuah novel akan dikendalikan oleh MK. Terima kasih kepada MK yang berkesanggupan untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Juga kepada Abg Bro yang komited dalam membimbing ahli AVA agar terus bersemangat untuk menulis.

Tentatif program pada tarikh dan hari tersebut :

8.30 - 9.00 : Pendaftaran

9.00 - 11.00 : Sesi Motivasi Penulisan 1 (Abg Bro)

11.00 - 11.15 - Minum Pagi *

11.15 pagi - 1 petang : Sesi Motivasi Penulisan 2 (Abg Bro)

1 petang - 2 petang : Makan Tengahari *

2 petang - 4/5 petang : Sesi Godak Novel Bersama Maria Kajiwa

4/5 petang : Bersurai

Yuran Perserta : RM 50.00 (bayar semasa pendaftaran)
* Sesi minum pagi dan makan tengahari tidak disediakan oleh penganjur.

Tempat : IYC, Cheras KL

Kepada ahli yang berminat untuk menyertainya, sila daftar di kotak komen entri ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP