Monday, November 30, 2009

Pra Bengkel 12.12.09 - Makluman

Alhamdulillah bengkel penulisan novel tetap diadakan walaupun ramai yang menarik diri di saat-saat akhir. Semuanya disebabkan masa yang terlalu sibuk. Cuma apa yang AVA lihat, bengkel pada masa akan datang, yuran bengkel akan dibayar terlebih dahulu sebelum hari berbengkel atau lebih tepat bayar sewaktu mendaftar (no akaun akan saya berikan melalui emel). Ini disebabkan penarikan diri di saat-saat akhir menyebabkan ketidakselesaan dari segi logistik dan sebagainya. Pengurusan menjadi sedikit tergendala.

Yuran kelak harus dibayar penuh, sekiranya dia menarik diri di saat-saat akhir, hanya 10% sahaja yuran akan dikembalikan dari bayaran asal. Selain itu, kerja-kerja pra-bengkel dan penghantaran maklumat atau bahan juga memakan masa dan ruang penganjur bengkel. Oleh itu, mereka tidak dapat hadir di saat-saat akhir hendaklah memaklumkan melalui emel atau sms. Sekiranya gagal berbuat demikian, yuran dikira hangus.

Itu tidak dikira pada perserta yang langsung tidak menjawab emel yang dihantar untuk mengetahui respons atau maklumat lain. AVA amat kesal dengan perkara ini. Bengkel akan datang adalah Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Fantasi, penganjur telah mendapat persetujuan dari penceramah dalam genre berkenaan. Akan tetapi sekiranya sikap sebegini berlaku, AVA terpaksa memikirkan semula, sama ada untuk menunda atau membatalkan sahaja bengkel tersebut.

Juga AVA telah mendapat lampu hijau daripada penulis skrip drama bersiri popular Nur Kasih untuk memberikan ceramah dalam bengkel penulisan skrip akan datang, tapi semua itu harus AVA pertimbangkan semula, memandangkan sikap perserta yang acuh tak acuh.

Terima kasih - untuk makluman semua.

4 comments:

Aishah Hamzah November 30, 2009 at 8:04 PM  

Salam Khar,

Saya Aishah Hamzah dan amat berminat untuk mengikuti bengkel penulisan skrip drama. Bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli AVA?

Jue December 1, 2009 at 12:38 AM  

jangan kerana nila beberapa titik...semua susu nak kena buang... Rancangan utk genre fantasi tu mmg menarik..teruskan lah...saya tetap menyokong jika fulus mengizinkan...maklumla..sejak jadi 'penanam anggur' ni.

Farahusain December 1, 2009 at 1:14 AM  

genre fantasi tu memang menarik. penulis skrip nur kasih tu pun memang menarik..(mira mustaffa ke AK?), penulisan puisi tu pun saya tunggu. saya nak mencari ilmu jadi selagi saya berkemampuan saya akan terus menyokong usaha AVA.

AVA,  December 1, 2009 at 1:24 AM  

Sara Hamzah - terima kasih atas minat Sara.

Jue & farah - Insya-Allah bengkel penulisan novel fiksyen sains dan fantasi itu akan diadakan selepas pesta buku kelak. Harap mengikuti perkembangan di blog AVA. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP