Bengkel Penulisan Novel : 14 November 2010 (Ahad)
Salam ramadhan kepada semua, semoga kita diberkati Allah. Kali ini, AVA sekali lagi lagi membawa bengkel penulisan novel yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron. Dan sekali lagi AVA menyaksikan kelainan pengisian dalam slot yang diberikan kepada Puan Nisah. Ini sangat menerujakan kerana setiap kali bengkel yang dikendalikan oleh Puan Nisah sentiasa mempunyai input yang berbeza-beza. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti bengkel beliau, silalah mendaftar dengan AVA. Terima kasih dan selamat berbengkel.
Maklumat Program
Pembimbing : Puan Nisah Haron (blog beliau)
Tarikh : 14 November 2010 (Ahad)
Tempat : Akademi Fatani
Jln AU A1/4C,Tmn Keramat Permai,
54200, Kuala Lumpur,
Waktu : 9 pagi - 4.30 petang
Yuran : RM 100.00 (akaun diberikan kepada mereka yang mendaftar - sila emel astakavilla@yahoo.com atau astakavilla@gmail.com. Pendaftaran adalah dikira sah dengan pembayaran yang dibuat.)
Jumlah Perserta : 15 orang sahaja
Makan & Minum disediakan
Sijil disediakan
Kemudahan surau, ATM Maybank
Tentatif Program :
9 pagi - 10.30 pagi
Mengenali Asas Penulisan Novel
10.30 pagi - 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi - 1 ptg
Bedah Karya 1
1 ptg - 2 ptg
Makan Tengahari, Solat
2 ptg - 4.30 ptg
Bedah Karya 2
Untuk tujuan ini, para peserta diminta menyediakan
* sebuah sinopsis sekitar 3 halaman (langkau 2 baris) tentang idea keseluruhan novel.
* Bab Pertama
Ambil perhatian bahawa, bab yang dikirimkan haruslah bab permulaan dan bukannya satu daripada bab yang bukan bab pertama (misalnya, bab yang ketiga atau kelima, dsb).
Mohon bahan di atas dikirimkan selewat-lewatnya pada 1 November 2010.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Khar : 019-2414928;
atau Farid : 012-2790474
Bengkel Penulisan Yang Lepas :(sila klik)
2) Bengkel Penulisan Novel 1 - 12 Disember 2009
3) Bengkel Penulisan Novel 2 - 3 Januari 2010
1 comments:
Jauhnya bengkel ne ya...kalau boleh saya nak tahu ada tak bengkel d buat d Sabah?
Post a Comment