Gambar Sekitar Bengkel Penulisan Novel
Dari kanan (berdiri) : Norfarahin, Zuliana, Pn Nisah, Farah, Maria Kajiwa, Lili, Faiz, Nadir
Duduk (dari kanan) : Fadli, Macai Suci
Duduk (dari kanan) : Fadli, Macai Suci
Salam.
Alhamdulillah, walaupun ramai yang menarik diri di saat-saat akhir, namun bengkel berjalan lancar. Ada juga mendaftar di saat-saat akhir, iaitu perserta termuda, Faiz Naim yang berumur 15 tahun. Semua itu sudah tertulis di 'sana'. Dengan penyampaian pembimbing bengkel yang berkaliber, Puan Nisah - bengkel menjadi 'hidup' dan suasana amat ceria. Tambahan pula, perserta begitu bersemangat, berbincang, bersoal-jawab dan sebagainya.
Yang paling menarik adalah semuanya dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan tanpa mengira status dan pengalaman dalam dunia penulisan. Sama ada senior atau tidak, perserta dapat diyakini dapat mengambil manfaat yang sepenuhnya dari bengkel yang dijalankan. AVA mengucapkan tahniah kepada semua perserta yang mengambil bahagian.
Pelbagai bentuk dan ragam penulisan yang dimajukan, namun semuanya dapatlah dikatakan mempunyai bakat. Hanya memerlukan ketekunan dan ketekalan sahaja dalam berkarya, insya-Allah lahirlah karya tersebut ke dunia penulisan dalam bentuk fizikal.
Kehadiran salah seorang rakan editor yang juga merupakan ahli AVA, sdr Fadli Al-Akiti menambahceriakan suasana dan majlis. Semoga AVA dapat mencurahkan lagi bakti kepada penulis yang berminat untuk menyertai program yang dianjurkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir. Program akan datang pada 3 Januari 2010.
p/s : Puan Nisah mencadangkan agar diadakan bengkel lanjutan untuk memastikan novel dapat disiapkan, bagaimana semua?
2 comments:
bengkel lanjutan? bagus cadangan tu. sekurang-kurangnya 'berjalan' juga novel yang dibengkelkan hari tu.
Farah - terpulang pada kemahuan ahli AVA, siapa yang teringin, sila ajukan nama dan kumpul 10 - 15 perserta, AVA akan uruskan yang lain-lain.
Post a Comment