Perkembangan Bengkel Penulisan Cerpen
Pertama - Alhamdulillah, dalam hujan dingin pagi tadi saya ke Pusat Belia Antarabangsa semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Insya-Allah kalau tiada apa-apa aral melintang kita akan berjumpa pada 18 Oktober kelak. Setakat hari ini masih ada dua peserta yang belum menghantar cerpennya. Saya tidak pasti sama ada mereka masih berminat untuk menyertai bengkel ini atau tidak. Tapi tidak mengapa, esok hari terkahir untuk menghantar cerpen.
Kedua - Alhamdulillah sekali lagi, AVA menerima panggilan dari seorang penulis yang mahukan manuskrip novelnya diedit oleh AVA. Selain itu kami juga berbincang berkenaan fungsi AVA buat masa kini. Saya katakan AVA lebih kepada menolong rakan-rakan untuk menghantar manuskrip mereka agar tidak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya penulis tersebut mengatakan dia akan membayar harga suntingan yang akan dilakukan kelak. Ya, pertama kali saya mendapat panggilan yang mahukan AVA berfungsi dengan fungsi sebenarnya dan tentunya dia sanggup membayar dengan harga yang berpatutan. Saya katakan kepadanya tidak semua penulis yang berupaya untuk melakukan apa yang dilakukannya, dan saya tidak mahu memaksa sesiapa untuk melakukan sepertinya.
Tapi seandainya semua penulis mampu, saya akan menghambakan diri saya dalam bidang suntingan ini sepenuhnya tanpa perlu ke pejabat lagi. Bolehlah saya 'membedah' manuskrip tersebut untuk mencantikkan lagi perjalanan novel itu di rumah sahaja. Persoalannya, mahukah/mampukah penulis kita membayar untuk harga suntingan, pembedahan dan cadangan yang akan dilakukan? Saya katakan kepada rakan penulis, saya terbuka. Lagipun AVa mempunyai rakan editor yang ramai untuk melakukan tugas tersebut andainya banyak tempahan untuk suntingan.
Ketiga - Kepada ahli AVA yang buku atau novelnya telah diterbitkan, sila bawa beberapa naskhah untuk dipamer dan dijual semasa bengkel tersebut. Saya telah menempah meja khas untuk meletakkan buku-buku tersebut. Caranya mudah - hubungi penerbit anda. Katakan anda mahukan 10 naskhah atau mungkin lebih untuk dibawa ke bengkel tersebut. Jadi, maklumkan kepada penerbit anda juga agar kalau tidak keberatan dapatlah dihantar naskhah tersebut secepat mungkin untuk dibawa ke bengkel.
Sumber gambar Puan Nisah Hj Haron : Flickr Firdaus Arif
3 comments:
Klu disuruh byr, sy blum mampu tp klu dibahagi royalti drp penjualan novel tu, bole je :)
Ilmar - boleh, tapi saya tak sampai hati untuk ambil dari duit royalti yang tak seberapa itu. Alahai ...
Post a Comment