Seusai Bengkel Asas Cerpen 10.10.10

Bengkel ini banyak menyentuh perihal asas dalam penggarapan karya cerpen, format, prosedur menghantar, proses kreatif, realiti dunia penulisan tanah air serta praktikal secara langsung. Ini membolehkan komentar terbuka dari para perserta kepada garapan yang dilakukan. Selain itu, maklumat berkenaan editor dan 'kabel-kabel AVA' juga diperkenalkan. Penyertaan dalam diskusi juga agak menggalakan.
Di pertengahan bengkel, kehadiran sdr Farid, sedikit sebanyak membantu urusan berkaitan bengkel serta menjadi jurugambar untuk rekod AVA. Seterusnya pembimbing menyentuh juga sedikit tentang dunia penerbitan dan realiti sebenar. Harapan AVA , semoga bengkel ini dapat membantu perserta dalam memulakan langkah untuk menggarap cerpen dan menghantar pada mana-mana majalah atau akhbar yang difikirkan sesuai.
Pembimbing juga berkongsi tips-tips dalam menghasilkan cerpen yang baik, cara mana untuk 'menangkap' editor dan khalayak serta banyak petua dan rahsia dalam penulisan yang dikongsi, termasuklah bagaimana untuk mengurangkan kadar klise dalam penulisan cerpen. Tahniah kepada perserta yang hadir. Semoga dengan ini, dapatlah berkarya dan menghasilkan cerpen yang diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi, insya-Allah. Terima kasih juga Akademi Fatani yang memberikan kerjasama sayang penuh.
Gambar sepenuhnya di sini.
5 comments:
Alhamdulillah..apa yang boleh saya katakan, bengkel ini amat berguna dan memberikan segala yang saya ketagihkan dalam misi menjadi cerpenis.
Ashraf
Insyallah, moga-moga sdr berjaya untuk menghasilkan karya yang baik dan terus menulis sampai bila-bila.
Terima kasih AVA,
Semalam tu memang banyak tips. Tapi seperti yang diminta tajuk cerpen saya tu dah jadi Puisi, dah hantar pun kat MM.
Cerpen tengah nak buat satu, harapnya siaplah.
Alhamdulillah.... semoga ilmu yang diperolehi dapat digunakan sebaiknya....
Kamal - tidak mengapa, yang penting terus menghasilkan cerpen - tulis, tulis, tulis, hantar, hantar, hantar ...
Mat Min - Insya-Allah terus lestari brkarya.
Post a Comment