MY HONEY, HANI
“Kamu tahu tak? Seorang teman saya pernah berpesan, jangan pernah takut untuk bermimpi kerana adakalanya mimpi itu adalah cerminan masa depan yang akan mencorakkan perjalanan hidup kita,” ujar Dimas.
“Kenapa kita mesti ada impian? Kenapa tak biarkan saja hidup ini berlalu apa adanya?” soal Hani.
Siapakah Hani, gadis kelahiran Pahang, Malaysia itu? Siapa pula jejaka yang bernama Dimas? Di manakah mereka bertemu? Bagaimanakah terjalinnya pertalian antara dua insan yang mempunyai latar belakang yang berbeza? Adakah hubungan mereka berkekalan ataupun hanya sekadar ‘teman tapi mesra’?
Marilah kita sama-sama ikuti kisah cinta gadis Melayu ini dalam meniti saat-saat bahagia, suka dan duka dalam kehidupannya di samping jejaka Yogyakarta yang menawan itu.
p/s : Tahniah kita ucapkan kepada Ilmar Imia, novelnya akan diterbitkan di KarnaDya tidak lama lagi. Mari kita doakan agar semuanya berjalan lancar dan mendapat sambutan, amin. Setelah sekian lama menunggu, alhamdulillah ia bakal diterbitkan. Pokok pangkalnya, sabar memainkan peranan penting dalam apa jua perkara.
7 comments:
Tahniah Ilmar Imia (Fathi) er er aimi..akak pasti beli , rasanya belum nampak di kedai .Syabas sekali lagi.
Tahniah, tahniah dan tahniah sekali lagi. Semoga terus berjaya di masa hadapan. Amin. Insyaallah :D
Tahniah dari saya juga utk Ilmar.
Pastinya kejayaan kalian menjadi pendorong bagi kami.
~Putri Lily~
Terima kasih! Malulah saya. Saya budak baru belajar :)
Tahniah :D
Next month kita lepak kat tempat biasa raikan novel kau ni :D
Tahniah! Moga bertambah lestari penulisan anda..
tahniah! =)
Post a Comment