Monday, April 4, 2011

KURSUS SEHARI ASAS SERUNAI (TUMPUAN ALIRAN UTARA) : 29 Mei 2011




Tarikh :
29 Mei 2011
(Ahad)

Tempat :
PKG Hulu Klang (
klik peta di sini)

Bayaran :
RM 60.00

Bayaran hendaklah disertakan dengan pendaftaran, sebarang pendaftaran yang tidak disertakan dengan bayaran adalah dikira tidak sah. Sila emel nama, kad pengenalan, alamat, perguruan (sekiranya ada) ke astakavilla@gmail.com. No akaun akan diberikan melalui emel (boleh pilih sama ada pembayaran melalui Maybank@CIMB@BSN GIRO)

Masa :
9 pagi – 5 petang


Peserta :
Hanya untuk 10-15 orang sahaja

Sasaran :
Mereka yang benar-benar berminat dan tidak punya asas dalam bermain serunai.

Maklumat :
Serunai adalah salah satu jenis alat permainan yang sudah lama bertapak dalam dunia Melayu. Banyak dalam permainan yang melibatkan teater klasikal tradisi menggunakan peralatan ini terutama di sebelah utara dan pantai timur. Namun sehingga ini, umum masih tidak berapa mengenali alat yang bersama ’serunai’ sehingga tidak membezakannya dengan seruling atau nafiri.


Matlamat :
Mempopularkan permainan ensemble muzik gendang silat (aliran utara)


Objektif :
a) Mempelajari teknik asas permainan serunai
b) Menanam minat pada permainan muzik tradisi
c)Memperkenalkan semula peralatan serunai
d) Menghasilkan lebih ramai pemain serunai pada masa akan datang

Akhir Bengkel :
a) Praktikal secara Hands On
b) Sesi jamming bersama Kumpulan Gendang Gemala Kasturi

Peralatan :
Serunai akan disediakan


Perhatian - Makan, minum tidak disediakan!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP