Seni Pembuatan Stanjak @ Destar @ Tengkolok - 16 April 2011
"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."
(sumber asal : Seni Rupa Siti)
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."
(sumber asal : Seni Rupa Siti)
Syukur alhamdulillah, bengkel yang rare ini berjalan dengan lancar meskipun ramai peserta yang menarik diri di saat-saat akhir. Beberapa halangan pada awal bengkel dapat diatasi dengan izin Allah. Agaknya daulat membuat stanjak ini kuat! (gurau).
Diawal bengkel, maklumat tentang stanjak diberikan untuk menambahcinta dan kasih pada seni pembuatan yang amat tinggi nilainya ini. Namun teori tanpa praktikal apalah ertinya? Penceramah tidak bertangguh, lantas menggesa agar praktikal dilakukan untuk membolehkan peserta mencuba dan merasa sendiri bagaimana payahnya untuk membuat seni lipatan ini. Pentadbir AVA juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajarinya.
Ia tidak semudah yang disangka. Antara stanjak yang sudah siap dan untuk membuatnya, memang jauh beza. Jenuh juga para peserta melipat, namun dengan berkat kesabaran penceramah memberi tunjuk-ajar, dapatlah peserta menjiwai seni lipatan yang penuh dengan maksud dan falsafah ini. Sambil-sambil melipat, penceramah yang berpengalaman ini menerangkan serba sedikit tentang falsafah dalam lipatan. Istilah seperti lambaian kasih, ibu mengandung, kasih berjawab kekal dalam ingatan para peserta.
AVA tidak menjangka bahawa untuk memahami dan praktikal untuk sebuah tanjak sahaja memakan masa hingga 3-4 jam. Ia mempunyai seni lipatan yang pelbagai, namun alhamdulillah sekali lagi peserta dapat juga membentuk stanjak yang diajarkan.
Selepas rehat, kelas praktikal disambung semula. Tapi sayang apabila tiga orang peserta terpaksa balik awal kerana ada tugasan yang terpaksa dilakukan. Tinggallah seorang peserta dan pentadbir AVA meneruskan pembelajaran dua seni lipatan lagi hinggalah ke petang. Jam 5 kelas berhenti.
Sesungguhnya AVA merasa bertuah kerana penceramah sudi untuk mengongsikan ilmunya pada hari semalam. Terima kasih diucapkan kepada para peserta yang hadir, sdr penceramah dan mereka yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Kemungkinan besar bengkel ulangan atau bengkel siri ke-2 pembuatan stanjak akan diadakan. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja, amin.
maklumt lain tentang stanjak @ destar @ tengkolok.
Iklan terdahulu di sini.
3 comments:
Assalamualaikum,
Saya Wan Fariz Alli, salah seorang pencinta warisan seni bangsa. Mohon disampaikan sekiranya ada lagi bengkel seumpama ini sbb ingin sekali menyertai. email: wafariz@hotmail.com / info.terasmuara@gmail.com
013-3838523
sdr fariz, insyallah, tapi selalulah jenguk di sini untuk melihat sekiranya ada iklan tentang bengkel ini. terima kasih.
Assalam..cmne sy nk ikuti kursus
Post a Comment