Tuesday, May 12, 2009

Jumlah Muka Surat Banyak?

Sejajar dengan persoalan yang ditimbulkan oleh sdri Emi Li pada entri sebelum ini. Kenapakah jumlah muka surat harus banyak dan tebal begitu? Ini adalah jawapan kebanyakannya diberikan oleh penerbit :

1 - Ianya berkaitan dengan kos untuk menerbitkan buku tersebut, termasuklah juga dengan faktor-faktor yang melibatkan penetapan harga atau kos sesebuah novel atau naskhah yang bakal dijual kelak. Penerbit biasanya boleh menganggarkan harga sesebuah buku berdasarkan jumlah muka surat.

2 - Royalti penulis juga bergantung pada ketebalan naskhah tersebut. Semakin tebal, semakin banyak akan diperolehi oleh penerbit dan ini akan membuatkan mereka mampu untuk menampung kos penerbitan dan pembayaran royalti penulis.

3 - Kehendak pasaran. Rata-rata pembaca mahukan cerita yang naskhahnya tebal demi untuk kepuasan ketika membaca. Novel yang terlalu pendek akan menyebabkan pembeli/pembaca tidak berpuashati dengan RM yang dikeluarkan.

4 - Jumlah muka surat yang tebal juga dapat mengelakkan ceritanya daripada bersambung (walaupun sesetengahnya ada yang bersambung) dan kos penerbitan dapat dijimatkan di sini.

5 - Meskipun agak berjela pada pendapat sesetengah pembaca namun hakikat kehendak pasaran yang mahukan tebal itu menyebabkan banyak penerbit mahukan penulis menghantar manuskrip yang agak tebal.

Wuallahua'lam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP