Tuesday, May 12, 2009

Lama Manakah Manuskrip Disimpan Oleh Penerbit Dan Hak Untuk Tarik Semula Manuskrip

Terima kasih kepada Ilmar atas persoalan yang dilontarkan. Lama manakah manuskrip kamu disimpan oleh penerbit? Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 8 tahun? Dalam kes ini Ilmar, manuskripnya disimpan selama 8 bulan. Jadi apakah hak-hak anda terhadap manuskrip tersebut. Apakah anda mempunyai hak untuk menarik semula atau rela menanti dengan sabar sehingga ia diterbitkan?

Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya penerbit akan mengambil masa hingga setahun atau setahun lebih untuk menerbitkan manuskrip yang telah dihantar. Ianya termasuklah proses, editing, memasukkan ke dalam layout, kulit luar novel (cover), proses mendapatkan sebutharga dari kilang pencetak, juga mendapatkan ISBN, data pengkatalongan (CIP), proses mencetak di kilang dan sebagainya. Jadi, biasanya ia akan mengambil masa sedikit.

Ada sesetengah penerbit/editor akan memberikan final draft kepada penulis untuk disemak terlebih dahulu samada berpuashati atau tidak. Dan ada kala juga editor akan menghubungi penulis tersebut untuk proses menambaihki manuskrip tersebut. Jadi, ini semua memakan masa yang agak panjang, bergantung kepada seseorang editor yang menangani manuskrip yang sampai ke mejanya.

Kepada yang baru menghantar, harap dapatlah bersabar dalam menanti manuskrip anda diterbitkan. Tetapi tentunya penulis mempunyai hak yang penuh untuk menarik semula manuskrip yang dihantar kepada penerbit dengan menghantar surat rasmi penarikan semula manuskrip anda tersebut samada melalui emel atau pos.

Terima kasih.

2 comments:

Ilmar Imia May 12, 2009 at 8:13 PM  

klu proses penerbitan itu saya paham ia mengambil masa yg lama tapi dlm kes saya ia cuma proses penilaian, blum lagi masuk proses penerbitan. Tu yg saya musykil.

And 1 kes lagi, penerbit seolah2 mengenepikan saya sebagai penulis dalam proses penerbitan. Saya seolah2 tunggul yg tak tau apa2. Meskipun saya tak pnah menerbitkan buku tp saya ada ilmu tentang itu kerana saya adalah salah sorang pelajar Penerbitan. Dan setahu saya, penulis berhak melihat manuskripnya yang sudah diedit oleh penerbit seblum ia diterbitkan. Bukankah begitu?

Terima kasih saudara Khar kerana sudi menjawab pertanyaan saya dan maaf jika saya terlalu banyak tanya :D

AVA May 12, 2009 at 8:17 PM  

Seandainya 8 bulan sebagai proses penilaiannya - maka itu adalah terlalu panjang. Kebiasaan bagi sesebuah penerbit hanya akan menyimpan 2 - 4 minggu sahaja. Tapi memang ada penerbit yang menyimpan terlalu lama untuk proses penilaiannya. Terpulang kepada Ilmar untuk menarik semula atau tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP