Sunday, February 7, 2010

ANJAKAN PARADIGMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi akan hal ini setelah melihat berberapa hal yang berlaku.

Sahabat-sahabatku sekelian. Anda sedang menulis? Berfikir untuk menulis?. Nanti dahulu, biarkan dahulu tinta anda berguling-guling di atas lembaran kerja anda. Mengapa?

Seperti entry saya yang lepas-lepas. Sudahkah kita bersiap sedia dengan minda sebagai seorang penulis? Sudahkah anda mengerti akan fungsi seorang penulis/pengarang? Persediaan yang bagaimana?

Baiklah, saya tidak bercadang untuk menyemakkan lagi pemikiran anda. Mari kita lihat persoalan-persoalan ini dengan memahami seba-sedikit mengenai dunia penulisan.

Para sahabatku, apabila kita memilih untuk menulis ini bermakna , kita adalah pencerita, penglipur lara dan juga seorang motivator. Sebelum kita menjadi seorang motivator kita dahulu perlu bermotivasi. Dan apabila kita mahu menyampaikan sesuatu yang positif kepada masayarakat, kita dahulu perlu positif. Nilai-nilai ini perlu di sematkan dahulu di dalam jiwa kita sebelum kita menampalkannya di jiwa orang lain.

Usaha AVA ini adalah satu wadah perjuangan membantu penulis. Tetapi apakah sumbangan penulis itu sendiri terhadap dirinya. Adakah dia telah memberi peluang kepada dirinya untuk mempelajari sesuatu atau dia hanya sekadar "ikut-ikut" kepada yang lain. Dalam erti kata lain mahu mencari jalan pintas menjadi seorang penulis yang ternama.

Kerana itulah bagi saya perlunya anda memperbetulkan niat tatkala jemari anda memegang pena dan mencoret kata. Kerana sesuatu yang tidak ihklas akan hanya menghasilkan impak yang akan membawa kerugian. Mahukah anda bergitu?

Tahniah buat anda yang benar-benar ikhlas menulis. Meskipun karya anda tidak popular tetapi anda adalah seoarang penulis yang jujur.Yakinlah bahawa, setiap amal perbuatan yang ikhlas akan ada ganjaran yang menanti.

Perkara kedua adalah mengenai teguran dan kritikan. Sahabatku sekelian, dalam kita mengharungi sesuatu, seringkali kita akan tersungkur dan bangkit kembali. Kita akan lebih berhati-hati melangkah supaya tidak jatuh lagi. Kita perlukan bimbingan dari mereka yang terdahulu mengharunginya. Jadinya teguran dan nasihat mereka yang baik adalah untuk kemajuan kita juga.

Megapa kita perlu ego dan sombong. Apakah kita terlalu hebat? Jawapannya tidak sama sekali. Sesungguhnya Allah menjadikan kita ini bervariasi(kepelbagaian dari pelbagai sudut) untuk apa? Tujuannya adalah untuk kita bersatu berkumpul dan mempelajari sesuatu dari yang lain. Tidak perlu ditimbulkan isu bahawa kita adalah yang terbaik. Setiap kejadian itu adalah yang terbaik.

Pepatah orang tua-tua ada mengatakan "mengembeklah bila masuk kandang kambing, mengaumlah bila masuk kandang harimau" maksudnya biarlah kita ini pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan. Kalau tidak mahu janganlah sampai kita menyusahkan orang lain di haluan ini.

Sudahkah anda temui jawapan mengenai persoalan anda?

1 comments:

Ridha Reewani / Rizai Reeani February 19, 2010 at 7:56 PM  

benar, bila menulis, perlu ada keikhlasan. barulah sampai apa yang kita tulis pada hati pembaca... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP