Monday, October 5, 2009

Sehari Selembar

Begitulah perumpamaan yang dititipkan bagi diri kita untuk menjadi seorang penulis. Ia bukan sekadar frasa yang bersifat penggalak untuk menyudahkan satu-satu perkara / kerja, malah di dalamnya terkandung satu falsafah disiplin yang wajar dipatuhi. Banyak kekangan dan konflik yang melanda diri kita. Sebab itulah, seandainya diziarahi buntu, maka selayaknya kita berfikir sejenak bagaimana cara untuk mengatasinya.

Inilah tips yang diperturunkan oleh mereka yang senior dalam dunia penulisan. Katanya begini, "Kalau kau tak dapat siapkan satu bab, tulislah setakat beberapa perengga yang kau termampu. Andai kata hanya mampu satu perenggan, maka lakukanlah. Kiranya tidak dapat juga, memadailah dengan sebaris ayat. Gagal? Maka, selaklah lembaran demi lembaran yang telah dituliskan. Di situ nanti, ilham akan menjelang tiba sekiranya kau tidak memburu ilham di tubir benak."

Dan ini pula adalah alasan klasik yang diberikan oleh seseorang penulis apabila menghadapi kebuntuan atau terlalu lambat dalam penggarapan karya kita. Antaranya adalah : -

i) Sibuk yang terlampau dek kerja atau di rumah
ii) Tiada ilham / mood
iii) Tiada apa yang perlu dikejar
iv) Tiada masa

Tapi aneh bin hairan lagi ajaib, boleh pula melayan Facebook, atau mungkin Tag, Friendster, Myspace dan pelbagai laman sesawang percuma yang bersepahan di intenet. Perhatikanlah betapa seekor labah-labah harus menyiapkan sarang demi sebuah kehidupan.

p/s : Ada lagi alasan klasik, sila senaraikan di kotak komen.

10 comments:

FirasFirzana October 5, 2009 at 5:38 PM  

1. Sebab tidak ada tarikh tetap untuk menyiapkan karya.

2. Mungkin mereka pernah mendengar ada penulis yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menyudahkan satu manuskrip jadi "kita juga boleh jadi seperti mereka"

Ilmar Imia October 5, 2009 at 6:17 PM  

hehe...betul tu. Mula2nya saya menulis sekadar kepuasan diri masa sekolah dlu. Bila dah masuk U, baru terfikir nak serius tapi asyik kena reject je so saya rasa better saya simpan utk koleksi sendiri je. Tapi anehnya bila ada syarikat yg mintak manuskrip penuh, boleh pun siap! :)

Lily Abdullah October 5, 2009 at 6:39 PM  

Mulai sekarang saya akan padamkan alasan-alasan klasik dari ingatan dan miinda.

Penyakit yang sebenarnya ialah "malas"

T/kasih untuk entri yang memberikan motivasi ini :)

Khar,  October 5, 2009 at 6:52 PM  

Loloz - Ya, itu alasan-alasan klasik yang terkemuka tu.

Ilmar - Hendak seribu daya, insya-Allah AK tunggu m/skrip Ilmar.

WL - Ya, tepat sekali tu = MALAS! Mari sama-sama kita mengatasi penyakit M ini.

Farahusain October 5, 2009 at 7:32 PM  

Setuju dengan WL, penyakit yang sebenarnya ialah MALAS.
Saya pun dah mula untuk memadamkan alasan-alasan klasik itu. Dan sedang cuba 'membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa'.

Terima kasih, AK untuk peringatan yang diberi. :D

fadxiora October 5, 2009 at 8:37 PM  

Malas memang penyakit nombor satu. Dan kemalasan saya akan datang tiap kali terpaksa merempat di rumah sendiri (tiada ruang strategik untuk menulis)

Hany Nafisya October 5, 2009 at 10:42 PM  

Saya setuju dengan WL. Tapi, ada satu lagi alasan saya nak tambah. PENAT. Saya tak tahu la bagaimana kehidupan pelajar universiti di Malaysia sebab saya sendiri pun hanya belajar di UTM dulu selama 5 bulan, itupun program track pantas. Jadi, pengalamannya berbeza daripada rakan-rakan yg lain.

Di sini, selalunya, kalau hari ini ada kuliah, bermakna dari pukul 8 pagi sehingga la pukul 6.30 (kadang-kadang sampai pukul 7) saya akan bertapa di universiti. Kalau takde kuliah, memang boleh rehat-rehat di rumah. Masa tu baru la ada masa nak menyambung kerja-kerja menyiapkan novel yg terbengkalai (itu pun kalau takde agenda lain la).

Ok, balik kepada topik asal. Kalau kita dah penat, otak dah tepu dengan apa yg disampaikan oleh pensyarah, bagi saya, sejujurnya, memang saya dah tak boleh nak berfikir lagi untuk malam tu. Kadang-kadang apa yg kita buat pun tak sedar. Apatah lagi nak mencari ilham.

Jadi, pada pendapat AK, agak-agak boleh ke saya nak menaip dengan betul? Silap-silap nanti entah apa-apa pula yg dimengarutkan.

Walau apapun, terima kasih untuk tips yg diberikan. Akan dicuba. Sekurang-kurangnya 1 perenggan sehari. =)

Wassalam...

Khar,  October 6, 2009 at 9:18 AM  

Hany - Entahlah, terpulang pada diri masing-masing. Kalau mahu berjaya, buatlah apa-apa yang patut untuk berjaya. Kalau tidak, terpulanglah Hany. Saya cuma tolong dan usaha. Masing-masing sudah ada fikiran, berfikirlah dengan bijak. Kalau mahu bercerita soal alasan ini memang takkan habis sampai bila-bila.

Mazni Aznita October 7, 2009 at 5:40 AM  

salam khar,

tertarik dgn entry khar serta keluhan kawan2 kat atas..kasihan pun ada dengan mereka yang sedang belajar dan sibuk dgn kerja-kerja pejabat..tapi masih mencuri waktu utk menulis..

tpi kalau kita jadikan penulisan sebagai minat utama, sibuk atau penat..kita pasti akan menulis walau hanya satu mukasurat sehari.Dan kita takkan sesekali menjadikan perkataan sibuk atau penat itu sebagai penghalang..sebab sekali kita sebut berulangkali penat dan sibuk..selama-lamanya kita akan terikat dgn dua perkataan itu.

sy juga sgt sibuk di sekolah dgn kerja2 yang tak pernah habis dan sgt penat bila balik ke rumah sbb tahu ada byk kerja rumah yg menanti..tp sebab minat yg amat mendalam..sy jadikan penulisan sebagai hobi masa lapang saya di mana sy tak mempunyai hobi lain spt berkebun,menjahit, berborak (lazimnya yg perempuan lakukan)..sy juga jadikan laptop sy cinta hati saya..yg mana harus sentiasa bertemujanji, saling mengungkap kata cinta dan saling pandang memandang..hehe teruk kan!

alhamdulillah setakat ini dalam kesibukan sy walau berganda sekalipun..sy rasa saya boleh maintain menulis hampir setiap hari kecuali demam. Mungkin jika anda biasakan utk membuka laptop setiap hari seprti sy, anda akan faham betapa cintanya sy pada bidang penulisan...

p/s : tulis satu ms sehari lebih baik dr tak tulis apa2 langsung..buat kawan2 semua, selamat berusaha!

Khar,  October 7, 2009 at 9:53 AM  

Anita - Terima kasih dengan kata-kata perangsang yang diberikan. Semuanya saya pulang pada kekuatan rasa dan kemahuan masing-masing untuk menjadi penulis. Saya enggan untuk memberi sebarang komen lagi tentang perkara ini.

Siapa yang cepat menangkap peluang, dia beroleh. Saya takkan selamanya dan selalu membantu kamu semua, kamulah yang bantu diri kamu sendiri supaya dapat dibantu oleh saya dengan izin Allah. Keputusan di tangan masing-masing, saya takkan paksa lagi mereka yang sudah mempunyai dayung di tangan untuk mengayuh sampan menuju pulau impian. Cukuplah teguran yang diberikan. Saya fikir kalau agensi sastera di barat takkan memanjakan kamu semua seperti apa yang AVA lakukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP