Monday, January 23, 2012

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

KATEGORI NOVEL

Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000



KATEGORI CERPEN


Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000



KATEGORI PUISI


Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


  • Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
  • Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
  • Kepanjangan karya sayembara:
  • Novel: tiada had halaman.
  • Cerpen: sekurang-kurangnya 10 karya.
  • Puisi: sekurang-kurangnya 30 karya.
  • Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
  • Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013. Manakala tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)



atau



URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

SUMBER : ITNM

7 comments:

norsakinah,  January 29, 2012 at 8:17 AM  

salam..ada beberapa soalan yg ingin sya tanya..
untuk puisi, 30 karya berbeza tajuk atau tidsak?
dan ada tajuk atau tema yg ditetapkan?
terima kasih

cik asiey January 30, 2012 at 6:01 AM  

cerpen 10 karya,maknanya 10 cerpen yg berbza?

Unknown July 21, 2012 at 12:01 PM  

kalau nk emailkan penyertaan, perlu tandatangan gak ke?

putih_star July 24, 2012 at 11:50 PM  

sy ad pertanyaan, utk menghantar karya ini perlukan tandatangan juga ke??

Unknown February 22, 2013 at 1:28 AM  

bilakah pertandingan ini akan dibuka lagi??
jika ada saya berminat untuk mencuba.

bakarudeen November 27, 2013 at 9:44 PM  

bila keputusan akan diumum...kami da lama tunggu keputusan!

fidza wahab October 9, 2014 at 10:30 PM  

Memang tak nak umum keputusan kot. Cuma harap tolong jangan jaja karya peserta2 tanpa izin. Terkejut nampak salah satu tajuk penulisan saya di kaca tv... mungkin kebetulan, tapi syak wasangka tak mudah hilang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tentang AVA :

001916007-V (daftar perniagaan)

C-00-7, Blok C, Jln CU 1/A
Taman Cheras Utama,
56000 Kuala Lumpur,
Cheras.

Legal Disclaimer :

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian atau bentuk daripada tulisan, foto dan artikel di sini perlu mendapat izin daripada Agensi Villa Aksara dengan makluman melalui emel atau di ruang komen entri. Dan sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan atau foto tersebut dari blog ini. Terima kasih.
(BLOG INI DIBUKA PADA 11 MEI 2009)

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP